pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Wednesday, December 11, 2024

throwback: puteri confinement care services

hai. actually takde mood sangat aku nak cerita pape hari ni sebab, kalau dah sehari tu, panjang berjela aku taip, penat gak otak aku ni duk perah idea nak dapatkan modal taip blog ni. kalau sebelum ni bestlah sebab menaip. tapi sekarang ni aku just update blog ni, pakai phone jek. so tak berapa nak syok sangatlah. huhu.

okay, macam aku kata dalam post sebelum ni kan, bila aku dah start cerita pasal anak, aku memang susah nak berhenti. haha. aku dah share story pasal waktu bersalin, so now.. aku nak share pasal tempoh berpantang pulaks!

(tengah aku taip ni, Faiq tengah on the way nak tidur and dalam pada nak tidur, aku dah jadikan habit pulak, untuk menyusu sampai dia sendiri masuk alam tidur. kalau nak ikut baik hati aku, aku suka biar dia lepaskan sendiri je puting susu aku, tapi kadang-kadang kalau aku tengok dia dah masuk lena sikit, aku tarik slow-slow. tapi aku perasan dalam minggu ni kan, dah dua ke tiga kali gak lah dia duk gigit puting susu aku. tapi tu petanda gigi nak naik. macam sebelum ni.. group support yang aku join ada ajar nak buat macam mana. tapi, bila nak masuk gigi taring dah start nampakkan jelmaan kat gusi tu, termasuk gigi selepas taring tu, dah naik sikit, woah..dia punya cengkam gigitan tu, elok je ek kat hujung tu. memang sakit. huhu. actually bila nak tarik pun kena ada teknik gak.)

okay..aku nak buat review confinement care services..

bila cerita pasal confinement care services ni, aku dah boleh buat penghargaan kepada someone lah iaitu bekas husband aku. penat gak ek asyik nak pakai isitlah ex husband. sebab tu aku ni suka panggil nama je. haha. boleh ke? tak pe je kan? 

thanks to Fazrin sebab dah berjaya tunaikan impian aku untuk dapatkan confinement care services sewaktu lahirnya Faiq. masa mula-mula ada Faiq, actually elok je kitorang dua. tak taulah sejak bila kitorang jadi panas bertekak bagai sampai nak runtuh masjid. okay, makanya dah runtuh dah pun dengan sendiri..

aku pilih pakej ni..


oh ye, macam mana kitorang kumpul duit nak cecahkan sampai jumlah sebanyak ni?

Fazrin masa tu buat advanced payment dengan company dia kerja. sebab tu aku rasa kecewa je sikit bila he decides to leave the said company. bulan-bulan tolak gaji. untuk deposit, memang aku kumpul sikit-sikit kalau tak silap. dalam tempoh aku pregnant tu, setiap minggu aku ketepikan rm20 untuk berpantang, and another rm10 untuk pergi babymoon! tapi tu lah..sayang sangat sebab Faiq tak dapat aku buatkan aqiqah.. sedih banyak kat sini sebenarnya. aku kesal sangat. awal tahun ni ada something berlaku and maybe sebab tu, Fazrin choose to leave the said company. aku harap sekarang dia dah boleh recover and tak ulang lagi kesilapan dia sebelum ni. aku harap sangat, orang terdekat dia pun dah tak pressure dia untuk buat perkara yang mendatangkan musibah dan masalah. ini je aku harap. bila dah dapat satu kebebasan, hargailah sepenuh hati. tak perlu ikut tunjuk ajar yang tak elok tu..nanti, memakan diri sendiri je k?

okay, so..

ala boleh je aku share link je kan kat album gambar waktu aku berpantang.. 

tapi mana tahu, boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa, boleh je pakai contoh menu yang ada..

aku ni nak kata strict tak pun sangat waktu berpantang.

aku pun tak tau sangat kenapa kena berpantang tapi aku try jelah buat ikut mana yang boleh aku follow. 

ahaha. tapi, awal-awal aku dah bagitahu kat Fazrin yang aku memang akan confirm benci kat dia sepenuh hati bila mana aku dah ada anak nanti. selama mana kitorang stay sama-sama, gaduh ke apa, memang aku okay je lagi. tapi bila start aku pregnant, penat aku nak bergaduh dengan dia. lepas tu, bila dah beranak pulak, lagi menambah-nambah Fazrin tu suka mencabar keimanan aku. aku tak tau kenapa dia buat macam tu. tapi aku memang tak suka lelaki bila aku dah penat-penat beranak, lepas tu saje cari pasal nak buat aku marah. lepas tu nanti, nak claim aku ni meroyan plak. eh. pdahal sendiri dah jealous bila tengok aku lebihkan anak daripada dia. huhu. tapi bila anak aku ni lelaki, huhu, terkena balik lah macam mana dia buat aku dulu. bukan niat aku pun nak buat dia jealous ke apa, tapi aku harap dia fahamlah apa perasaan aku masa tu, dia nak flex ada anak dengan aku. yelah, masa aku kahwin dengan Fazrin, anak aku Layla Zulaykha tu takde pun stay dengan aku. kitorang pernah jumpa sekali je masa awal tahun 2022, dalam bulan February macam tu. okaylah, umur 4 tahun lebih, dah boleh cakap nak kencing sendiri. aku tak taulah bila nak start potty training dengan si Faiq ni.

okaylah, aku share the sepuluh hari aku bermanja dengan akak confinement lady ni. her husband yang tolong shave kan rambut Faiq masa tu. dah sampai sekarang ni rambut Faiq masih belum timbang. aku pun dah lupa kalau dah timbang, duit tu nak buat apa. kalau sebelum ni, masa Layla Zulaykha, aku bagi kat Asrul je untuk settle kan bab-bab ni. 





tapi lawak ek, Fazrin baru first time tanam uri sendiri. haha. tahniah lah aku ucapkan. dua-dua anak aku, uri memang kat sebelah je bilik aku, kat area tanah bawah tu. dah tanam sebelah-sebelah. so sweet!

tapi Layla Zulaykha dulu pun, aku just kira pakai silver jelah. tak mampu nak timbang ikut kadar gold. rambut punyalah lebat. ahaha.




oh ye, aku actually focus more on meal preparation sepanjang waktu awal sepuluh hari lepas aku bersalin. sebab yelah masa tu tengah fasa lemah kan. bila masuk lepas dua minggu tu, aku dah kuat sikit dah nak sambung balik aku punya confinement meal planning. 

jangan tuduh aku ni tak reti masak plak k? 

aku dah boleh dah jaga perut suami. huhu. tak caye ke?

nanti aku share hasil aku masak sewaktu aku bahagia..hehe.. in the meantime, aku share dulu moments minggu awal selepas bersalin.

oh ye aku nak bagitahu, barang dapur like lauk and nasi, buah and so on, kita sendiri kena ada kan.. jadi confinement lady just provide service untuk masak and focus more on kita punya physical and dalaman supaya sembuh dengan elok.. so far, memang happening and aku bersyukur sebab, memang sangat best ada pengalaman macam ni. ni je aku rasa pengaruh oleh artis malaysia yang aku salute habis boleh follow. haha. walaupun budget tak berapa nak artis, tapi untuk buat ghaso-ghaso tu, aku bagi star banyak-banyak..aku happy sangat! 

alhamdulillah..

kalau cerita throwback pasal ni, cewahh..sebab tulah aku boleh terjatuh hati dengan Fazrin. ahahaha. sebab tu aku kata, aku takleh nak simpan dendam sangat. teruk macam mana pun kitorang gaduh, wuwuwuwuwu.. aku rasa dia teman yang aku boleh harap lagi-lagi part bersocial. aku ni jenis malas nak ber social sangat. kalau dia tu jenis boleh borak dengan sesiapa jenis ramah. sama je macam Asrul. tapi bila perangai memasing tu dah datang, bak kata aku, roh kudus dah masuk dalam badan, memang tak dapek den nak nolong lah. ahahaha.



nanti aku share lagi baki hari aku berpantang masa tu.