so, aku tak taulah kenapa aku ni bila pregnant, memang anak aku jenis memasing tak ingin kot nak keluar masuk ke dunia. ape yang seronok sangat stay lama-lama dalam perut pun aku tak tau. memang dua-dua kandungan aku, bila sampai due date, taknak keluar. kalau yang first tu jangan cakaplah..dari maghrib, sampai ke esok pagi tu aku dah nak tertidur dah, barulah aku ni doktor kata dah boleh teran. siap bagi ayat motivasi, "ni kalau teran ni sekarang, semua segala sakit awak ni, terus hilang." mm..memang betul lah pun apa dia cakap. tapi tulah, dia lupa nak mention sakit kena jahit, sakit rahim kembang kuncup masa nak menyusu, sakit lenguh tangan plak masa first time menyusu and malas aku nak throwback balik waktu tu. haha. iye, aku memang kena jahit sebabnya anak first, walaupun dah berapa cm, aku digunting..scary ek kena gunting keadaan bawah tu..(so jangan tanyelah kenapa anak aku, memang aku bagi jarak tu jauh banyak).
nak cte pasal ape tadi? oh..okay baru ingat balik dah.
haa bila masuk anak aku yang kedua ni, sama gak tu. sampai due, dia taknak gak keluar ikut timing. nak suruh aku raya dulu masa tu. dahlah aku makin lama makin gemok weh masa tu. haha. paling lawak, aku dah serah diri ni kat hospital, hospital boleh senyap je ek tak update pape pasal kandungan aku. aku punya makan, memang enjoy habis. apa hospital serve, aku makan jek. haha. lapar memang tak ingat dah masa tu. tapi hati aku ni berat nak bersalin kat hospital tu, so aku just declare aku nak bersalin kat hospital yang aku memang rasa selamat untuk bersalin normal. memang naluri aku betul, rupanya, amek kau, estimate kandungan over 3.5 kg!
peh..tak berani aku nak stay hospital situ lagi. aku pun just tawakkal, and aku dah sign form untuk lepaskan aku masa tu, straight away aku pergi hospital yang aku bersalin anak first masa november 2017 dulu..
since due memang dah jauh, like supposedly 21hb, tapi dah sampai 27hb, seingat aku sebab birthday bapak aku masa tu aku kena chow pape roger, aku masuk hospital.
bila dah masuk, jawab soalan apa semua, so aku isi form untuk tanggung segala risiko bersalin normal..mengikut firasat ibu mengandung (cewahhh) aku memang nekad habis sebab aku percaya, mengikut rekod anak first, aku pernah teran anak aku Layla Zulaykha tu, berat 2.9kg. so, aku yakin, masa tu everything would be just fine to deliver secara normal. lebih satu doctor yang pantau aku masa tu. memang soalan tu banyaklah aku kena jawab sebab aku rasa, dorang memang nak make sure aku ada kemampuan nak meneran secara normal.
tapi paling tak leh blah, masa tu, kandungan aku tak bagi kerjasama sangat. CTG bacaan punyalah so so. tapi aku masih chill je sebab masa sepanjang check up, memang nurse bagi dengar bunyi jantung tu, memang jenis slow..compare to Layla Zulaykha dulu. so aku memang dapat merasakan ini budak, memang bukan girl.. ahaha. tapi aku diam je tak bagitau sesiapa pun. ahaha. pulak, aku punya glam kemain teruk glam. paling aku takleh blah, nak kena makan iron tablet ek. asal check up jek, kena gandakan. ahahaha. memang sah lah baby boy.
masa aku pregnant Layla Zulaykha dulu, muka aku cam gampang. sampaikan aku dah bersalin, barulah muka aku ni mak aku kata, haa baru nampak muka aku sebenar. lau tak, nampak muka aku masa zaman sekolah menengah, berminyak segala.
okay, oh masa aku nak bersalin Layla Zulaykha dulu, dua kali ek aku kena ubat induce. kali kedua baru rasa contraction. jangan samakan contraction natural tu dengan induce. ahaha. lama dari maghrib sampai esok pagi tu.
okay cte psal Faiq pulak. mm..nampaknya masa Faiq, aku tabah jelah memang kena induce jugak. nasib baik aku tak keluar ayat gampang macam dulu, "aa doctor, kalau saye nak balik rumah dulu boleh ke?". pdahal aku dah register masuk dah masa tu. ahaha. hospital tu baguslah sebab memang clear kan patient. dorang jenis tak simpan patient lama-lama.
tapikan, paling aku rasa sebak, and terharu banyak masa tu, sorang doctor ni pesan kat aku, kita doa yang baik-baik. okay? awak doa je yang baik-baik..memang nak menangis lah aku masa tu, risiko masa tu memang banyak..tapi sebab doctor tu kata, estimate ni below 3kg, kalau over pun just 3.2kg something. aku lega sikit bila dengar macam tu..
aku start recite ada verse ni, elok selepas aku kena induce. alhamdulillah..memang cantik timing aku bersalin.. semua level aku rasa in more appropriate way.. aku contraction, then aku masuk tandas rasa macam nak terberak (dah jadi tradition kot tiap kali nak bersalin, aku rasa nak macam nak terberak), ada bloody show masa tu, then elok je aku naik katil sebelum di tolak masuk dewan bersalin, air mentuban tu pecah rasa suam je. aku punya gampang boleh terkeluar ayat "saya rasa basah...wuu".
fuh dah macam dalam tv aku ditolak. hampeh phone kat tangan masa tu aku tak sempat nak rekod buat vlog. paling gampang, bag baju baby nurse silap capai. ahahaha. bukan nak salahkan nurse, tapi maybe sebab aku lupa nak keluarkan letak atas katil. bag lain ada panties yang dibawak masa tu kalau tak silap aku. ahaha. sian anak aku, takpelah, nak buat macam mana..
masuk dewan bersalin, aku konon nak meneran ala-ala freestyle gitu, acah-acah bouncy ball. nasiblah dorang kata eh baring je elok-elok atas katil ni. transfer katil khas untuk bersalin..okay, kejadian nak meneran aku malas nak cerita sebab memang dah jadi tradisi jugak mungkin.. aku pakai teknik masa kursus bersalin dulu, "bayangkan kamu sedang sembelit..dalam tandas...". maaflah, anak-anak sekalian, ni je aku mampu praktik kan masa tu sebab nak teran secara betul.. and aku dibantu oleh team medik sekalian, yang memang dah pakar untuk handle kes aku..
yelah, risiko macam-macam.
alhamdulillah, 2.36pm, aku selamat dan baby pun selamat.. terkejut aku tengok jantina. huhu. sampai termenung masa sesi letak bayi kat dada nak bagi rangsangan susu.. tapi apakan daya, sama je macam dulu, aku termenung dan hampir tidur sebab letih dan penat meneran. takde pun aku macam dalam tv tu, like senyum ke apa. dua kali bersalin, memang aku terkedu lepas tu. lepas tu aku tidur berdengkur.
masa Faiq, bila nurse tu angkat dah, aku nak tidur, tapi kena makan dulu. biskut dengan milo panas masa tu. menangis aku sebab lapar padahal dah makan sebelum tu. aku dengar suara baby aku nangis lama pulak. masa tu aku rasa memang urat aku putus banyak dah. benda simple aku takleh nak fikir. aku nak tidur je masa tu sebenarnya. (nak nangis pulak bila ingat psal ni).
nurse pulak expect aku ni masuk second born, dah jenis mahir. padahal aku dah lupa dah. 2017 weh. manalah aku nak ingat teknik selepas kelahiran. patut pun lah tak digalakkan bersalin umur 30 lebih masa tu. kira lewat gak ah masa tu. memang letih dan penat. lepas tu jadi blur. haha. lagi teruk, sebelah susu aku tersumbat. berjam-jam aku duk kendong anak aku masa tu tapi dia masih menangis sebab tak keluar susu masa tu. tak memasal kena marah dengan aku. memang lawak ah masa tu bila aku fikir balik. lawak sebab kebuduhan diri aku sendiri yang tak expect pon akan berlaku tersumbat. dengan katil tinggi..aku tak ingat masa Faiq ni ada jahit ke tak tapi aku rasa ada je jahit sebab masa dalam pantang, memang aku rasa ada benang (lau tak silaplah)..part jahit tu aku tak ingat pulak. kalau Layla Zulaykha tu memang aku ingatlah sebab wuii sakitnya jahit tu terasa (aku plak jenis sakit sikit je dah ah uh ah uh). ahaha. tengok darah boleh pitam aku ni.
okay aku nak cerita pasal..Faiq.
masa aku nak hari keluar hospital, memang ada pakar bayi akan check anak..
so anak aku diagnosed, ada masalah kaki..
kalau bahasa biasa, aku rasa kaki pengkau. selain kuning (jaundice) sebab aku darah O+, confirm anak akan kuning, so anak aku ada kaki pengkau lak, which is tak straight sangat kaki dia. tapi tahap biasa jelah tak perlu operation. (insaf pulak aku bila throwback macam ni..tapi wahaha..bila ingat moment kitorang kat rumah ni, aduhai..tak jadi aku nak insaf. maybe sebab aku memang train dia macam budak normal kot).
okay, so aku even dalam pantang pun kena attend department carakerja untuk dapatkan nasihat and cara nak rawat kaki pengkau ni. aku ada sikit seriau lah bila kena urut kaki baby baru lahir kot. fragile kan.. doctor kata, maybe sebab anak aku lama sangat dalam kandungan and kantung pun kecil je masa tu. tak tau kenapa aku memang nampak lebar bila aku pregnant. alhamdulillah, masa tu 2.7kg je berat si Faiq.
L ni maksud left (kiri) |
oh ye, thanks to one of the mum kat facebook. her child pun kena clubfoot and aku minta sikit sokongan untuk kuatkan semangat aku dalam tempoh tu. |
macam biasalah ayat aku memang jerit sakit sebab dah sah-sah aku tengah rehat.
tapi dalam lasak tu, ada gak dia punya takut. ahaha. contoh, mandi. walaupun kengkadang aku delay waktu mandi, lahh..masih nak rasa terkejut pulak kena siram air.. padahal aku dah pakai teknik siraman dari bawah dah tu. siap pakej air lap lap badan sikit. ahaha. pun nak nangis jugak.
aku taknak galakkan mandi air heater tu sebab nanti kulit kering. macam dulu pon kan. pipi dia habis teruk. bila aku start mandikan air biasa, kulit dia makin elok dah.
so..sekarang dia dah pandai jalan siap berlari. tapi aku tengok, selalu gak ada jatuh-jatuh. dia jatuh tu kalau over excited and over penat. menyampah aku kalau dah over excited tu. hilang dah careful. aku yang seriau tengok. darah aku ni turun naik bila tengok dia punya over berani. lagi satu, kalau dia dah tahap nak tidur kan, tapi taknak mengaku sleepy, benda kecik pon boleh menangis macam apo.
hari tu jek, dia pergi pecahkan telur. terus aku beli telur gampang banyak-banyak. ahahaha. elok je dua biji telur tu dia amek, lagakan sekali. wahahaha. memang mendapatlah kemarahan aku dah hujung-hujung hari. aku boleh kata, bila masuk time dinner around 7pm, aku dah start penat mental dah. macam iklan tv tu kan, nak marah tapi sabo.. tapi aku memang bebel sepanjang masa dah sejak ada Faiq. letih layan perangai.
memang bijak lah Faiq ni. aku je kena tahan sabau dengan dia sebab hari-hari kan mcam ni. sampai aku dah belajar masak nasi lemak. ahaha. semua sebab si Faiq sorang, AKU DAH PANDAI MASAK NASI LEMAK! jap nak jerit satu dunia. ahaha.
paling aku rasa tak leh blah, skang ni dia dah tahu tunjuk "nak nak". tak berhenti cakap "nak nak". hua!!!! hahahhahaah. aku bagi susu dalam cawan, dia geleng kepala. huahahahahah. kalau dah tidur siang tu, bangun2 je tetbe nak nangis. pagi2, mintak aku goreng nasi. ahaha. selagi aku tak goreng, selagi tu dia cakap nak. siap pergi kat suis suruh aku masak. ahahaha.
tapi, hari ni aku test sikit. pakai ayat, hmm..faham pulak tu apa aku cakap. so sebenarnya kalau dia datang perangai taknak faham apa aku kata tu, memang sengaja nak aku sakit jantung ke darah tinggi agaknya. okaylah, dah faham apa aku cakap. cuma aku kena sentiasa ingat "cause and action" phase.. sebab ni dah masuk fasa baru..
tapi bagus tu, nampak ulat kecil, pandai ek amek mainan soft toy nak penyekkan ulat. nampak lipas, tunjuk buat muka terkejut. nampak bird, excited. tapi aku tak tau camne nak buat dengan masalah nampak motor, tunjuk motor. ni je masalah aku takleh settle. orang dalam rumah ni semua dah resign bab motor. semua dah berhijrah naik kete. aku memang dah sah-sah takkan terjebak dengan motor. dah kenapa aku kena amek lesen segala. kalau dah motor pun aku nak adjust tongkat pun hampir roboh motor nanti. ahaha. nantilah aku fikirkan. memang kena adjust basikal yang ada kat rumah ni. tapi tinggi lah pulak. tak boleh. bahaya. sabo jelah Faiq. belajar dulu kick the ball. asyik duk main passing tangan je awaknye Faiq.
jap aku share sikit pasal moment kaki tu kat sini..
huhu..siapa je tak seriau nak tengok baby kena tidur pakai sandal macam ni.. |
comel je waktu ni..tak banyak ragam pun masa ni. huhu. |
alhamdulillah..dah boleh berjalan dah pun Faiq sekarang.. |