pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Sunday, December 8, 2024

proses kehidupan aku yang sebal


okay,

aku nak share sikit pasal diri aku yang semakin hari lunyai ditelan zaman.

aku harap kengkawan aku tahu kenapa aku tak upload pun gambar kahwin, kalau ada pun lambat and so on. sebab belum pape, aku dah kena cerai. aku malas nak ulang cerita kenapa sebab cukuplah aku tak bagitahu pihak mahkamah kenapa. aku biar jelah si suami yang mengadu depan orang berotoriti. takkan aku ni gila pulak nak suruh manusia waras untuk ceraikan aku. padahal aku dah excited kot masa kahwin. heh.

okay ni proses mahkamah masa cerai, 
like baru je berapa bulan kahwin, dah cerai.


so perakuan nikah, dibubarkan sebab cerai lafaz pertama.
(yang ada cop panjang-panjang tu, 
ialah cop rasmi batalkan lagi sekali perakuan nikah sebab cerai lafaz pertama)



bila perakuan nikah dah dibatalkan,
dapat pulak perakuan cerai.
(yang ada cop panjang-panjang tu pulak,
ialah cop rasmi batalkan semula perakuan cerai
sebab dalam pada aku failkan sahkan lafaz cerai,
aku failkan pengesahan rujuk juga).


so ni pengesahan rujuk.
(boleh bersama semula tapi aku rasa,
bukan boleh bersama. lebih kepada,
dah boleh sambung bergaduh lagi.)

betul, memang tak lama..
kitorang cerai semula.
(cop panjang-panjang tu,
batalkan sijil rujuk kitorang)

so ni aku buat pengesahan memang tahap final punya.
tak sangguh aku nak tahan keadaan
yang bergaduh memang takde penghujung dan
masing-masing memang degil taknak beralah.


maka, dapatlah sijil rasmi yang final..
selamat tinggal hai hai bye bye.
(tapi dibubarkan juga sijil cerai ni sebab, 
pada tahun 2021, aku decide untuk kahwin
dengan duda anak tiga, 
(1 lelaki, 2 perempuan).
kiranya masa aku kenal si duda ni,
aku masa tu janda anak satu).
____

okay, so aku sambung pulak proses 
sebal lagi dalam life aku yang seterusnya..
nampak happening je kan,
semua pic aku kengkonon happy je..
tapi sebenarnya,
makan tahun gak aku simpan sendiri..
lagi teruk,
aku kahwin waktu pkp,
takde orang sangat nak dijemput.
kalau dah aku kahwin kali
kedua, aku memang give up dah
nak buat majlis. 
so aku nak pujuk hati aku,
aku pilih pejabat agama untuk
nikah. memang besar angan-angan aku
masa tu, nak kekal sampai ke sudah,
tapi apakan daya,
roh kudus nak masuk dalam badan
suami aku masa tu. haha.
maka makan cerai jelah aku
sepanjang tahun.








okay ni keputusan aku dapat..






okay so now kitorang dah memang cerai dah.
just tunggu sijil cerai.
duda ni skang ade empat orang anak (seorang lelaki umur sekolah menengah, seorang perempuan umur 7 tahun, seorang perempuan umur 5 tahun dan seorang lelaki umur 1 tahun lebih).
yang anak duda ni iaitu seorang lelaki umur 1 tahun lebih, merupakan anak yang aku hamilkan dan lahirkan.

so, bila dah cerai macam ni, aku sekarang dah pegang title janda anak dua. 
senang kan nak faham?
anak aku yang first umur 7 tahun perempuan, memang sebaya dengan anak si duda ni. nama dan birthday lain ya.

ex husband aku Asrul,
and anak aku yang first tu nama Layla Zulaykha,
dan juga aku, lahir dalam bulan November.
anak aku yang last dengan Fazrin, lahir dalam bulan April 2023. 

so sekarang,
menurut pemahaman aku,
Asrul stay dengan Layla Zulaykha umur 7 tahun;
aku stay dengan Faiq Zulfiqar (umur 1 tahun lebih);
Fazrin stay dengan anak dia yang first lelaki umur sekolah menengah (aku tak tau form berapa dah);
and bekas isteri Fazrin (yang dah kahwin baru dah pun masa 2021 juga, stay dengan dua orang anak perempuan tu umur seorang 7 tahun dan seorang 5 tahun, dan dah ada lagi seorang anak perempuan umur 1 tahun lebih juga hasil kahwin dengan suami barunya). 

ni jelah aku nak explain tentang diri aku dan bekas suami-suami aku.