pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Friday, December 27, 2024

iphone 11

okay hari ni aku nak story sket camne aku beli iphone 11. aku ni takde lah ikut update phone sangat. selama ni pon aku selalu dapat phone jenis turun temurun. 

so masa orang heboh pkp masa 2021 yang kes kejap kang naik and kejap kang menurun, aku plak pergi decide untuk kahwin and let's cut it short, aku decide nak buat pupillage aka chambering. so dalam pada aku tengah fikir nak chambering kat mana or maybe masa tu dah pergi interview ke apa aku tak ingat sangat lah, boleh je kalau nak recall tapi aku malas plak nak korek balek memori aku so aku just story basis jelah. 

so aku apply withdrawal epf masa tu. entah lah ada manusia ni duk mengajar aku boleh je withdraw actually kalau nak diikutkan tak perlu sangat pun memandangkan takde keperluan untuk ke arah itu pun sebenarnye. tapi masa tu plak kan phone aku blackout. phone aku memang sepanjang zaman sebab dah turun temurun, so masalah battery kena replace. iphone ni kalau dah kena replace battery and masa tu plak iphone aku tak compatible sangat dengan updates yang ado di pasaran masa tu. 

sbb tu aku tak suka sangat bila iphone asek update model baru sebab nanti model lama nak catch up payah. nanti dorang limit kan certain model je boleh layan ios baru. aku ada gaklah tanye kedai masa tu and dorang nak replace battery tu like, bukan dalam budget aku. aku dah terkedu sket masa tu. so disebabkan peer pressure iaitu husband aku sendiri masa tu (skrg dah rasmi ex husband-2, kena letak la kang ade orang lain prasantan lak aku cte pasal die sedangkan aku pon dah tak ingat dia sape melainkan binti kepada Layla jek..jangan kecam aku memang sinis, sebab tu istilahnye sarcasm).. aku pon dengan penuh debaran memikirkan boleh ke aku commit untuk 3 kali payment, dan terus terklik. laju je ek masa tu. 

tapi awal2 aku dah bgtau staff tu.. aku nak buat installment..so for the first time aku dapat merasa iphone baru! mm best sikit jelah sebab pakai duit sendiri and tahu diri buat installment. tapi sebab aku masa tahun tu takde komitmen sangat pon, so boleh jelah beli..


so seingat aku, masa ni maybe aku dah start chambering kot and aku masih dapat payment untuk pupillage masa tu cash. 

okaylah, sampai ke hari ni aku masih pakai iphone 11 ni..
cumanya itulah, bagi kat tangan si Faiq ni, habis kadang dia campakkan aje. kesian dah satu lense dah pecah. takleh nak kata apa sebab Faiq bukan Layla. ahahah. kalau sekali kata nak tu, bila dia dah pegang, aduh, aku yang bukan spesis mengalah sangat ni, terpaksa be like whateverrrr.
ahahaha.

okay aku rasa kan, ikan selar bagus untuk penyusuan susu ibu..eh tetiba lak haha sebab aku tadi dinner buat grill ikan selar (bukan selar kuning). sebab aku perasan bila aku grill ikan selar, meriah susu keluar..

tu jelah nak story pasal how do i buy my iphone 11. bye.