hola! okay aku nak story pasal semalam. S E M A L A M like Y E S T E R D A Y. haa dah siap besau dah font. semalam aku tengah busy google pasal something important, then dalam pada aku tengah leka ber google tu, sambil baca hasil google apa semua, elok je aku toleh kanan, ada seseorang tarik bakul telur atas meja. belum sempat lagi aku basuh telur yang baki 10 biji dalam bakul tu sebab lepas dah beli telur tu aku busy nak mandikan Faiq apa semua. aku sempat basuh 20 biji and transfer dalam reusable container telurs. masa tu jangan cakaplah, aku punya istighfar, mengucap, takbir semua memang terkeluar. belum lagi aku punya ceramah, kaunseling, pakej sekali dengan aku punya why, where, whom, whose, who, what, how segala. tambah lagi satu, woi.
dalam hati aku masa tu be like, ni memang dah lama dah ni benak. jadi aku memutuskan bahawa, semalam aku dah memang patut buat lawatan ke pantai. jangan tanyalah pantai mana sebab dalam melaka ni memang pantainya, budak tadika pun boleh kira. in general.. kalau nak spesific ikut border line, memang baik aku apply je job kat jabatan perikanan terus.
so semalam, aku pack barang nak pergi pantai. aku punya bayangkan aku dapat main air sambil bawa Faiq masuk dalam air, memang tak ingat dah. tapi dalam pada aku tengah busy mengemas tu, Faiq ikut je aku ke sana ke sini. paling aku tak leh blah, aku jadi blur bila mana, aku keluarkan balik baju aku dah siap simpan and decide to just wear baju masa lepas mandi. dalam tengah macam tu, aku boleh ek tak prasan baju mandi aku tercicir. dah sampai sana, aku selongkar beg baju kitorang, elok je ada spender dengan bra mandi. aku cam...what the heck... ada lah 20 minit aku bagi ceramah kat Faiq. dah kitorang dua je participant hari ke pantai semalam. takkan aku nak bebelkan jiran sebelah rumah aku plak kan. tak pun, tetiba aku bebel suis kipas ke suis lampu ke, kereta aku ke. Faiq punya pandai, sorok belakang khemah buat macam tak salah yang semalam aku busy nak pakai baju, dia pun busy nak mintak dukung. C L I N G Y habis.
aku bukan manusia travel light. aku memang angkut satu rumah kalau travel. |
so before nak berlepas tu, aku singgah speedmart beli titbit segala. budget untuk makanan, aku allocate rm50 termasuk lunch and dinner. so semalam, aku capai:
muruku ikan rm1.85,
biskut marie rm3.49
keropok cheese rm2.15
kek coklat rm2.65
mineral water rm1.50
nasi lemak rm1.60 aku beli dua
so total: rm14.85
aku parking jap kat area parking lot area kedai and consider lambat breakfast masa tu..aku layan nasi lemak. Faiq dah busy dengan kek coklat. aku suap sikit nasi lemak part mana yang tak pedas.
(dalam pada aku tengah story ni, aku tengah angin dengan Faiq sebab hari ni pulak bangun-bangun je dia dah start mic nangis tak tentu pasal tunjuk jacket and beg aku nak ajak keluar rumah. aku dahlah sejenis nak bangun pepagi lagi-lagi belum cecah pukul 8 pagi pon, dah buat hal. semalam aku bungkus roti john, sampai masuk angin perut aku nak kejarkan si Faiq punya dinner time, then aku suap nasi goreng cino, halah makan ciput je. aku dah macam nak pengsan dah kepenatan semalam. aku lentok jap dalam kereta sambil pegang bungkusan makanan. Faiq plak aku tak faham bila aku dah kepenatan cenggitu, dia busy nak pegang sudu, since dia dah tahu makan sendiri, aku just pantau sambil mata aku lelap jap. semalam dengan pagi ni dia buat aku angin. bila dah prepare food depan mata, dia makan berapa small bites and the rest tu dia start main campak-campak. lepas tu nanti, bila aku tengah busy nak released tension dengan perangai dia tu, biasalah aku taip blog..masa tu lah dia busy pulak kata lapar. so aku layankan je..eh belum pape, aku punya pinggan semalam aku bangun kul 2 ke tiga pagi, makan roti john sebab perut dah okay sikit, so aku tinggal jelah atas meja and proceed tidur balik.. so tadi ni dia elok je capai and habis sos terpercik atas lantai. ya Allah, perangai..padahal aku dah letak breakfast atas meja dah. meja tu memang size dia jek. tak reti nak duk elok-elok and makan. nak jugak buat aku angin satu badan. aku dahlah tengah stress dengan satu masalah dunia aku)...
kelmarin tu aku before tidur memang baca artikel pasal 'baby boy needed to be baby a little more longer than a baby girl'.. so tak pelik kenapa otak Faiq memang lambat developed sebab otak budak lelaki memang sejenis slow mengembang compared to budak perempuan. anak aku Layla, memang sejenis boleh main sendiri even aku buat main phone ke, gosip ke kat phone, and so on. kira macam aku pantau dia main but then dia tak bother pun nak interrupt aku. tapi si Faiq, makin umur meningkat, semakin hari semakin childish. aku tak taulah berkait rapat dengan perkara yang aku tengah risaukan ke apa sebab dah jadi satu habit plak aku tengok. kalau esok jadi gak cenggitu, sahlah.
aku dah tak tau nak provide self space, security camne lagi dah kat Faiq. semua barang aku dah kena letak tinggi-tinggi lau tak semua dia nak capai. aku kata "no" tak jalan. kalau nak ikut history, memang segala jenis budak dalam rumah ni sejenis yang cakap bebaik tak jalan sangat. bebel pun tak jalan sangat. so aku buat jelah mistakes, error and consequences. penat dah aku give up.
dahlah aku nak cerita pasal kejadian pantai. actually ada something kejadian yang aku malas nak cerita kat sini sebab aku rasa dorang just nak perhatian publisiti murahan je dari blog aku and daripada aku sorang. so better aku just focus on moments aku and Faiq je. biasalah sendiri nak ignite and spark aku punya sweet moments dengan Faiq, then dorang datang dengan niat untuk ruined that particular moments. one word aku nak pesan, kumpul duit beli tripod tak sampai rm20 pun. sorang collect rm2 darab dengan 15 kepala, dapat tripod sebatang. ini tidak, habis satu dunia dorang nak buat jadi kuli dorang amek pic. lainlah kalau ada orang lalu nak volunteer ke apa. aku tak suka group cenggitu. dah tahu jalan ramai2, tak reti bawak tripod. and paling aku tak suka, sejenis, gambar dia kita elok amek, bila gambar kita taknak offer pun tolong amekkan. (ni untuk situasi yang sejenis suka nak suruh orang amek gambar dorang tapi dorang bila dah dapat, gambar kita pun amek so so jek. menyirap dapat manusia cenggini ek. tak salah pun kau offer balik amekkan pic. contoh, kalau kita g jenjalan berdua je kan, then nampak lagi satu group jalan berdua ke or small family ke or a group of people..bila sorang in that particular group kena amek gambar, and normal la stranger macam aku kalau nampak memang rasa kesian and decide to volunteer amekkan pic. then kalau bagus, dibalas dengan courtesy amekkan pic aku pulak. ni tak, buat selamba badak jek suruh orang lalu lalang amekkan pic pastu rasa dah macam terpaling happening kat situ. ingat, orang volunteer lain, orang yang kau suruh mintak tolong tu lain).
memang niat aku nak buat Faiq happy masa pergi pantai semalam. so memang aku nampak Faiq enjoy sangat. and the most moment aku paling suka is bila mana, memula nampak dia geli nak pijak pasir pantai tapi lepas tu elok dah pijak pasir pantai. alhamdulillah..ya Allah bersyukur sangat aku rasa semalam. kalau Layla masa dulu, first first dah nangis. tapi bila dah aku buat tak tau, boleh start main dengan pasir cuma masa tu just main je dengan hands. then bila ada cousin, Faris, barulah she starts to pijak pasir.
bila tengok dia dah comfy main dengan pasir pantai, aku proceed next step..ajak Faiq main pasir kat pesisir pantai. ombak pun takde sangat semalam. bila dah petang lewat sikit baru ombak low to medium. so aku intro play dengan toys, isi air dalam container and so on.. then dia tak sengaja masuk dalam air, nampak terkejut sikit tapi aku tak responsive sangat sama ada empathy or sympathy takde. aku just show encouragement. fuh next and next and next, mmm terus jadi moana dah. ahaha. memang aku rasa seronok sangat sebab Faiq dah dapat water confident. okay so aku dah boleh prepare beli baju mandi lepas ni pulak. nak pindah depan pantai, masih dalam consideration. eh! ahahaha.
Faiq masa ni lambat pick up sket. aku nak shot main drumstick ayam, tapi dia boleh tengok je ayam aku plak. bila off camera baru dia "oo now i get it". sebal aku. ahaha. |
untuk lunch aku sempat beli bubur and ayam seketul rm5.00 in total:
dua bubur nasi ayam
ayam goreng peha dua ketul
adalah dalam rm18.00..
so rm14.85 + rm18.00
jadi rm32.85..
and aku sempat isi minyak semalam,
dalam rm14.00..
so..total rm46.85..
tandas untuk aku and Faiq nak mandi and buang air nak kencing rm1.50 tapi aku bagi je rm2.00..sebab rasa tengah kayo sikit semalam. semalam jeklah kayo. ahaha.
so total.. rm48.85..
and masa nak balik, aku beli nasi goreng cino, and roti john sedap total rm14.00..
rm62.85..
okay jom aku kira tolak duit minyak:
rm62.85 minus rm14.00 (ron95)
= rm48.85,
tolak duit tandas rm2.00
= rm46.85#
betul kan dalam budget, makan under rm50.
sebab aku jek dengan Faiq masa tu and takde proper planning sangat nak picnic masa tu.. bukan camping ye tapi picnic..aku pon tak aesthetic pon.
and by the way aku tengah busy edit pic sebab aku tengah fasa jumpa apps baru. seronok!! nanti aku nak beli apps ni.
nanti aku share camera roll baki photos untuk album ni.
bye.