pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Wednesday, December 25, 2024

disember 25 haribulan

okay sementara aku tengah tunggu mesin basuh tolong aku basuhkan baju, aku nak update blog aku. pagi ni sejuk je kan bila bangun pepagi. paling bagus adalah, Faiq bangun tanpa membuat hal di pagi hari. hehe. kuss semangat nak layan kerenah di pagi hari. 

untuk lunch aku buat sup ayam and kentang,
memang favourite Faiq kalau aku masak sup ayam.
resepi simple jek:
air
masuk blackpepper 6 biji
masuk kentang
masuk ayam
masuk daun ketumbar (coriander)
..and aku setting induction cooker ikut
'soup' and timer lebih kurang 40 minit.
bila lagi 10 minit left, masuk garam sikit jek.
(Faiq tak suka sangat perasa or rempah heavy aku perasan).


pagi ni aku planning nak bercuti kat rumah jek. (memang aku sejenis duk rumah tak kerja pun, takde gaji sangat, so...takde beza sangat lah tapi kena pandai adjust mood dalam rumah.. ala macam tak biasa lak kan waktu pandemik 2020 dulu.. stay kat rumah, set up bilik ikut mood and so on..)

barang dalam rumah ni bertahun memang ada so 
aku just amek and susun je ikut tema.

so pagi ni aku buat set up kengkonon rumah aku ni ada salji. ahaha. apa salahnye sekali sekala.. ikut tema percutian..baru aku sedar rupanya budak tengah cuti sekolah ek.. aku masih stuck kat umur fasa budak setahun lebih so, aku tak amek port sangat bab sekolah. memandangkan Layla pun tak stay under aku, so, i have no idea whatsoever pasal fasa budak sekolah zaman now. ada kengkawan aku just share jelah pasal anak dia..last two weeks ke last week tengah busy exam ek? okay memandangkan aku takde nak ke arah ke situ, so aku kat rumah jelah dengan Faiq masih di alam toddlerhood kanak-kanak riang. 

okay baju tema merupakan baju tidur sepanjang siang.
kitorang dah siap mandi jangan risau.

nama pun di alam kanak-kanak riang, so hari ni aku bagi kebebasan untuk Faiq buat ape je dia nak. oh ye, sorry semua..takde istilah Layla 2.0 mahupun Faiq 2.0. hari ni aku dah selamat period. ahahah. bukan apa, dah 9 ke 10 hari lewat. so perkara yang aku busy google hari tu is pasal kenapalah aku tak period. so the reason is high stress level. mm memang stress ah kan.. aku pun sampai leka tak perasan yang aku belum period. so hari ni dah terkeluar, lega sikit aku rasa. 

dah semalam aku dah gelabah tapi masih berlagak chill sebab kengkonon rasa wahh seronok gak ek lau Faiq ada adik. so sebelum tidur aku siap pesan, Faiq takmo lah nakal-nakal..dengar cakap mamma.. Faiq okay dah cuma taknaklah baling-baling rezeki.. campak makanan tu kan rezeki.. huhu.. itu jeklah.. kemain sweet siap aku kata, dalam perut mamma ada baby lah.. ahahaha hampeh. saje je ayat nak sedapkan hati. padahal aku takleh dah bayangkan camne kalau aku drive carseat baby kat mana, car seat Faiq kat mana. isy mesti masa tu Faiq dah start lasak and dah pandai taknak kena pimpin ke apa kan..aku plak busy nak kendong baby ke kan.. ya Allah thanks jugaklah sebab tak duga aku sampai tahap cenggitu sekali. pastu aku siap fikir camne lah kalau aku takleh handle, dah terpaksa hantar baby tu kat kengkawan aku yang mana dah kahwin tapi teringin nak ada baby lagi ke kan (aku rasa kengkawan aku memang berkenan sangat lah dengan anak aku).. tapi pstu pulak aku jadi sayu, sebab mana tahu kot2 dah amek anak aku jadi anak angkat, sekali dorang ade anak betul pulak. memang kesian lah baby tu nanti.. pehh siap nak menangis aku semalam.

tapi alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.. takpelah dugaan sebelum ni pun aku rasa dah cukup mencabar keimanan aku.. minta dijauhkan perkara sebegitu.. 

hari ni aku biar Faiq pilih tekan youtube sendiri.
so dia pilih Frank Sinatra, Nat King Cole and siapa tah lagi sorang, suara atok-atok lak berkumandang
kat tv area kitorang hari ni. sambil tu,
aku main game tampal magnet kat cawan
dengan Faiq.

okay ape je aku buat pepagi ni ek.. haha jangan gelakkan aku.. 


kengkonon tema Home Alone.
makan biskut dengan susu.
dah sampai ke sudah kitorang mengantuk
sebab minum susu pepagi. Faiq siap hari ni
day nap dua kali. punya merdu suara atok omputih dia.
ahahaha.

memang apa aku pegang, Faiq akan usha
and merasakan bahawa makanan kat tangan aku
lagi sedap dari kat tangan dia. aku tak faham. 
ahaha. padahal aku dah setting sama jek
pinggan and cawan. 

khemah Faiq. Layla, mami bagi Faiq taw 
selipar croc Layla. huhu. special edition
aku beli masa aku jadi Sales Advisor kat H&M dulu.


pandai jek Faiq cakap mamma bila tengok
gambar kat magnet tu. 

so hari ni memang bestlah sebab aku and Faiq spend time together bonding kat rumah. siap aku bukak movie and Faiq ketawa tengok movie Luck kat appletv+. takdelah kitorang duduk sepanjang movie tu, aku sempat set up movie night untuk malam ni dalam bilik. and paling best aku lap kipas and cam biasa, aku memang akan basuh filter aircond bilik aku. bukan filter yang orang pro buat tu. just basuh penapis yang boleh cabut tu jek lah. bila bukak je baru aku rasa nyaman sikitlah compare to sebelum ni. adalah sebulan dua kot aku tak cuci filter tu.. 

memang mendapatlah aku kalau dah besar
Faiq kata minat elektrik. sebab dia tengah fasa
seronok tengok lampu. and suka duk mengemas plug..
maybe mengikut arwah atok aku..
sejenis bidang elektrik..

okay tu jelah nak cerita untuk hari ni.
takde apa sangat pun aku nak update. 
bye!

so ni lah arwah atok aku,
Syed Hassan yang aku kata sejenis
bidang elektrik.. aku sangkakan arwah atok aku
sejenis askar sebab garang (tapi bukan garang pun,
he loves to say something directly and actually
yang banyak sentap dengan ayat dia adalah
kaum hawa ahaha)..
aku pernah kena.
masa raya, aku dah kerja waktu tu.
aku salam with expectation dapat duit raya,
sekali elok je dia tegur aku, 
"eh awak bukan ke dah kerja?"
aku dah pegang sampul duit tu terus ditarik balik.
hahahahahahahah.
aku tak nangis dengan ayat dia tapi aku 
nangis sebab malu dah beratur nak salam 
dengan cousin yang lain 
(aku pon tak terfikir langsung psal duit raya pon
masa tu)..
dah pegang sampul tu pastu ditarik balik 
ahahahahha. 
and nenek aku, wan tu, huhu.
wan aku pun bukan Sharifah..

okay, semoga roh mereka dicucuri rahmat senantiasa..
semoga roh mereka berdua kelak masuk ke syurga abadi..

bye!

oh wait..
so nama aku be like this..
sharifah mastura binti syed mohd shah bin syed hassan bin fazal shah.
sampai situ je aku tau.