pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Sunday, December 8, 2024

entahlah

 بسم الله

okay hai.

sebelum tamatnya tahun 2024 ni, aku nak habiskan segala jenis drama yang aku kena hadap sepanjang tempoh dari tahun 2016 sampai tahun 2024. bagi aku kira dah berapa tahun. peh! dah 8 tahun. 

tapi aku nak tolak tempoh waktu aku dapat kedamaian iaitu sejak bulan ogos 2019 sampailah ke bulan mac 2021. 

walaupun ada sikit drama ketahian in between ogos 2019 nak ke mac 2021 tu,

aku just nak tolak je ketepi sebab, drama berlaku atas banyak faktor sebagai contoh, pandemik global covid-19 dan aku pulak busy tamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda (walaupun tua tapi ade je lagi student yang lagi tua, tetap namanya ijazah sarjana muda ye, kalau lepas level ni, orang panggil ijazah sarjana).

so actually kira aku ni noob je kalau dalam uni tu. 

aku rasa mental dan emosi aku dah cukup diperah dah sejak mac 2021 sampailah ke hari ni. semua ni hanya disebabkan isu aku kahwin dengan duda anak tiga. 

okaylah, aku tak taulahkan kenapa ada orang bila dah bercerai especially lelaki lah, taknak declare anak dia berapa orang dah sebenarnya. 

sebab rata-rata janda mahupun ibu tunggal, memang akan declare anak dorang dah berapa. pelik kan? aku pulak secara peribadi, aku takde masalah pun dengan isu macam ni yang penting jujur. yelah, lain orang, lain kehendak. tak elok scam orang dengan sorokkan fakta yang buat aniaya kaum wanita..dan juga kaum lelaki juga.

since even kengkawan aku pon ada yang tak tahu pun psal status aku, aku nak highlight sikit lah kat sini. bukan apa, masa sekolah and masa study dulu, aku busy collect sijil. bila pilih jalan untuk kahwin, melambak plak sijil aku kena collect lagi. sampai aku sendiri pun tak tahu kenapa sampai jadi macam ni ye.

aku kahwin, lepas tu lepas kahwin, sampai nak pecah kepala otak aku ni kena tahan mental dengan suami. aku bukan nak salahkan suami or diri aku sendiri, tapi entahlah. aku tak tau apa yang halang diri aku ni, daripada mendapat satu nikmat kahwin yang aman damai, dan tak begitu sadis, menyedihkan dan sangat-sangat meletihkan kehidupan aku ye.

jadi di sini, biarlah aku berehat sebab aku dah tak sanggup lagi hadap alam perkahwinan yang sangat dan amat memeritkan. manisnya tu kalau nak diringkas dan rumuskan, alahai..hampir 5 peratus jelah dari 100 peratus aku bagi. sebab segala jenis special day like birthday, anniversary, hari raya, semua aku yang try hard nak celebrate and try hard nak adakan segalanya serba serbi indah dan cantik, lengkap. aku pon tak taulah kenapa dengan nafkah sebulan rm200 masa first kahwin and nafkah sebulan rm500 masa second time kahwin, aku boleh flex macam terpaling bahagia di alam semesta. wakaka.

sudahlah.

aku penat. haha.

cian kat parents aku,

sebab lama bertahan dengan menantu hantu sekalian. 

ala chill jela. 

takkan wording macam ni pon nak terasa hati kan?

sesuai lah dengan 'barang murah' korang perjudikan aku sorang. 

so, aku harap takde dah langau yang datang menempel dekat aku lepas ni. 

bising kuat, habuk pon takde.

aku sorang2 buat kerja.

yelah aku kan masa dorang kenal tu, kerani jek and 'sales girl'. dalam kepala dorang, aku ni takde parents. just nampak aku dari luaran je, ada kereta, tumpang rumah banglo dua tingkat, plat number dua digit, iphone, atas bawah branded..and so on. tapi, macam dalam drama tu, nak cliche kan aku, tu yang ghaib aku punya hati dan perasaan..

lagi satu belum sebut lagi bab watak yang pegang title lawyer, student uitm, undang-undang pulak tu, dan yang paling tak adil, 'freehair'. 

woah, penatnye aku nak kena pegang semua title jahat dan sebagainya dalam alam perkahwinan sebab perangai memasing tak letih duk nak mencabar keimanan, aku sorang. dahlah family aku jenis takkan side kat aku. sadis ye.

bila aku diam, jadi mental.

bila aku bising, aku pulak yang jadi mangsa. tapi dek kerana aku ni mangsa yang takde support, lagi nampak aku ni segalanya..yang jahat, yang teruk, kalau accident tu dah tahap total loss. sian ye aku ni. inilah aku, sharifah mastura binti syed mohd shah.

sedih dan sadis perjalanan kisah hidup aku.

tahun ni je aku tak taulah berapa banyak air mata aku mencurah-curah kalah hujan dah. banyak perkara aku just ignore dan aku try untuk lepaskan je semua sebab ya Allah, sambil taip ni pun betapa sebaknya aku tak tau nak cakap apa. bila aku gelak, orang marah, bila aku nangis, pun orang marah jugak. belum lagi bila aku maki. 

aku jadi tak tau aku ni apa dan siapa sebenarnya. yang jadi mangsa dahlah aku, yang jadi mangsa keadaan, anak aku pulak.. aku cuba kawal..kadang-kadang aku kalah juga dengan diri sendiri.

kesian anak aku, faiq ni.

aku jatuh, aku jatuh dan jatuh ditimpa tangga lagi. takde sorang pun datang nak tegakkan aku. sedih ya Allah.

orang tak tau, orang cuma tengok apa yang aku pakai. padahal yang bukan standard aku tu, mak aku yang bagi. contoh, purse aku. aku tak minat pun brand tu tapi dah aku terpaksa pakai sebab purse lama aku dah koyak. 

sedih lagi jadi mangsa financial abuse, physical abuse, sxual abuse. kalau aku ni kuat, dah lama aku tampil berdepan dengan akak polis, nak nangis depan dia sebab teruk dan lunyainya aku. tapi sebab aku ni lemah, aku taip jelah bebel sorang diri. kadang aku gelak, kadang aku nangis. takde ke doa aku dapat untuk mudahkan segala urusan aku?

takde. 

sebab tu aku kecilkan diri aku. 

aku tak tau nak bagitahu siapa.

teramat sedih.

itu pun aku tak taulah macam mana aku boleh dapat label penyondols lagi.

ya Allah.

aku simpan sorang2 banyak sangat.

orang fikir kahwin cerai tu mudah je.

tapi penuh dah failkan aku kat rumah.

aku pulak sikit pun tak berganjak dari tempat aku duduk like, sejak aku kahwin, sampai sekarang aku masih setia terperuk dalam bilik ni.

kereta aku sejak 2011 aku langsung tak tukar. aku tambah sticker sikit nak bagi motivasi sebab aku memang takde niat nak dapat kereta baru dan aku tukar rim dan juga tayar sebab hasil aku kerja dari 2011 sampailah aku pregnant masa 2017.

kalau boleh sekarang ni aku nak menangis puas2 kat someone sebab aku dah taktau nak buat macam mana lagi.

parents aku memanglah hidup, tapi aku tak dapat pun kasih sayang macam tu..

dari kecik sampai sekarang, semua aku dipersalahkan.

sebab tu aku rindu sangat kak leha kesayangan aku.

dia je tahu isi hati aku.

sedihnya aku rindu sangat kak leha (akak ofis aku dulu).

kalau ade pihak nak amek kesempatan lagi pada diri aku ni, aku dah tak tau nak hadap macam mana lagi.

tolonglah kesiankan aku.

sudah2lah tuduh aku yang bukan2.

disebabkan umur aku, dibandingkan dengan entah siapa2 jauh lagi muda dari aku,

tapi pengalaman hidup tak sama jalan dengan aku,

dipaksa aku telan pengalaman orang lain pulak.

tergamak betul.

macam aku ni, takde jalan aku sendiri pulak.

nak nangis lagi aku.

orang kata aku drama pulak.

tapi sekali aku nangis,

dah jadi selang2.


hari ni aku okay,

esok aku nangis.

lusa aku okay,

lepas tu nangis balik.

ya Allah aku tak taulah.

siapalah yang buat aku mcm ni sebab aku tak rasa ni aturan Allah.

Allah tak sekejam ni.