pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Wednesday, December 11, 2024

throwback: 12th of March, 2021.

hello!

tengah buat apa tu semua? hehe.

dah aku bosan takde apa sangat nak buat..kat area rumah aku ni, hari ni cuaca agak mendung je start siang tadi. ada gak lah hujan waktu tengah hari nak ke petang. jadi, aku takdelah nak bawa Faiq main kat luar ni. ni pun, Faiq dah tidur dah.

well, since aku ni suka sangat edit gambar, gambar yang paling tak boleh nak move on, ialah gambar aku nikah. walaupun serba serbi kurang, especially dari segi kos make up, bunga palsu, baju nikah, henna, and most important of all, aku tengah risau pasal keputusan ijazah sarjana muda aku masa tu. wahaha. so sebenarnya, muka nervous ke, muka lapar waktu photoshoot yang mana lelaki dah kejar nak solat jumaat and aku pulak, reload email, tak masuk-masuk. memang keputusan final exam selalu masuk dalam email. huhu. tapi aku rasa, muka aku lebih kepada.."apa aku buat ni ek?" haha. macam tak percaya je aku boleh kahwin pulak time tu. aku nak salahkan covid-19 and pkp lah. boleh ke? haha. yelah, mati kutu punya pasal kat rumah. 

well, kalau dah jodoh aku memang cari sendiri online..cumanya, beza kat sini, takde orang tengah yang terlibat. kalau dulu tu, aku kenal kawan online budak utem and he introduced aku kat kawan dia, Asrul. but this time around, website yang sama je jugak, aku berkenan plak dengan Fazrin. aku nak recall ayat "saya tak selalu kat sini, ni nombor phone saya." bahahaha. oleh sebab website tu, memang aku dapat kengkawan yang elok, so aku takde masalah pun untuk berkawan kat situ. tapi untuk safety aku, aku memang filter umur. website tu kalau orang yang tak biasa sangat, mesti terkejut teruklah sebab ada je orang jenis spam yang macam tak berapa nak waras kan, cerita something yang tak begitu menyopankan. yang aku pelik tu, lama pulak akaun-akaun macam tu. wahaha. 

ada je sorang kawan ni, dah memang elok dah. masa tu aku dalam fasa lost contact dengan Asrul. rasanya kalau tengok clue, memang dah ada bau-bau nasi minyak masa tu. tapi, since ada satu ayat from his parent yang buat aku sentap, (bukan sentap sangat pun, just aku macam..mm tetiba terfikir, kenapa lak macam tu. huhu. tapi bila fikir balik, ada betul jugak kot. cuma aku maybe masa tu like, attitude whatever.) yelah, manalah aku tahu bila dah kahwin, kena ada fasa pregnant and so on sampai ada anak segala. ahaha. aku pregnant pun memang jenis mengejutkan. like, what the heck. aku tak period! (masa tu lah..eh tapi aku rasa dedua anak aku mengandung, sama jek. tetiba aku leka dan lalai). 

okay, tak adil pulakkan aku nak sorok pulak pic kahwin. takpelah, walaupun maybe aku ni dah ditulis jenis kahwin tu tak berapa nak kekal, aku boleh je nak flex sikit pic kahwin aku. jangan ada yang dengki dahlah. kitorang pun dah cerai. so, ikut suka akulah nak flex sebab kebetulan aku punya makeup sendiri memang on point sikit. lagi pulak editor pic agak over terlebih. aku takdelah rupa korea pon. javanese terlebih adalah. tapi aku rasa, bila aku dah makin tua ni, aku rasa aku banyak pulak ikut rupa arwah nenek aku yang bahau tu. huhu.

okay, thanks buat jurufoto yang aku tak kenal tetiba offer nak buat photoshoot aku kahwin. katanya, kawan adik lelaki aku. apa lah aku ni, selalu je bila kahwin, takde bajet. manalah aku tau, bila aku tengah takde bajet, eh ada je plak orang sanggup nak kahwin dengan aku. bahaha. so sekarang ni pun aku risau gak mana tahu tetiba ada orang ajak kahwin. hahaha. mohon insaf ye, sharifah mastura. belum setahun lagi kau cerai, dah fikir pasal kahwin lagi pulak. padahal, kalau nak ikut planning, umur 40 kan baru nak kahwin. itu pun maybe sebab sekarang ni rasa kosong sikit sebab aku masih stay single.

okay, aku nak flex gambar kahwin aku yang kedua. (takleh nak janji aku ni takkan kahwin lepas ni, sebab hati aku berat mengatakan, ada someone macam berkenan nak memperisterikan aku jek.) aku tak tau lah siapa tapi hati aku memang berat berkata begitu. 

cuma aku minta Allah jauhkan dengan manusia yang ada niat tak elok ke and ada niat yang tak baik atau niat jahat, (kalau baik niat tu bagi dia tapi bukan baik bagi aku pun, kira aku taknak macam tu)..yelah macam contoh aku kata kan, dalam hidup aku, takde istilah berbaik untuk anak-anak. 

sekarang pulak, anak aku dua-dua datang dari hasil perkahwinan aku dengan dua bekas suami. so, anak aku Layla Zulaykha tu ada satu abah, and Faiq Zulfiqar pulak ada satu baba. aku? forever alone. wahaha. 

okay, macam biasa lah perempuan, sejenis takleh move on bila ada pic yang happening sikit. lebih-lebih lagi, aku yang jarang nak makeup sangat. cuma aku kalau makeup, aku ignore yang tepek-tepek kat kulit muka, and just highlight eyebrow and lip balm sikit. kalau rajin, aku pakai eyeliner sket. aku malas nak tepek sangat sebab aku rimas rasa muka aku ni tak bernafas jek. sebab tu aku pilih Silkygirl jelah untuk tepek-tepek kat muka sebab aku kulit orang Asia. dah sah-sah cuaca khatulistiwa, kenalah pakai product Malaysia. hmm.. tapi ni pun dah lama aku takde facial wash. cian aku.

okay, aku nak belek album kahwin jap. so ni jelah hasil aku edit..dengan jayanya!






okay, dah puas kita flex gambar outdoor, gambar indoor pulaks.


aku gelak tutup muka masa tu. bukan apa pon. 


wow..betul gak ye hasil penyusuan dengan Layla Zulaykha
walaupun lima bulan je masa tu, berapa tahun kemudian,
kurus gak ek badan aku. bahaha. 



ni gambar paling aku favourite the most!
sebab nampak macam best friend kan?
best friend ke tu..susah nak jawab. 
hahahaha.
time sweet best friend lah,
time roh kudus masuk dalam badan
masing-masing, taknak dah aku ingat.


okay, dah tu jelah aku rasa nak share pasal perkahwinan aku kali kedua. aku doa semoga Faiq Zulfiqar merupakan anak bongsu aku. cukuplah sekadar Layla dan Faiq dalam hidup aku. aku tak mampu nak bahagikan kasih sayang lagi. aku pun sedih takde orang sayang aku. cia3. poyonye. kengkawan aku masih sayangkan aku, kira bersyukur di situ..cuma aku harap, dorang takdelah carikan jodoh untuk aku. haha. kan aku dah kata, lepas ni, aku dah kena cari orang yang boleh dwibahasa dengan aku. 

okay goodnight semua pembaca setia!

p.s. fuh bakat edit aku sekarang agak luar biasa.