hola!
okay hari ni aku nak throwback pasal aku punya hamster, nama Mazna. aku beli hamster ni masa Mei tahun 2022. aku nak kata bahawasanya, inilah satu-satunya haiwan peliharaan yang paling lama bertahan sebab selama aku hidup, seperti yang semua orang tahu, kejap je pet aku hidup. well well well, hasil daripada risikan informasi melalui youtube, sorang youtuber ni memang bagus lah segala ilmu pet yang dia share. memang banyak membantu aku sepanjang aku ada si Mazna menemani kehidupan alam perkahwinan tanpa anak pada ketika itu. syabas, sharifah mastura!
aku share her link youtube which so helpful!
https://youtube.com/@victoriaraechel?si=kvhDSLbNDIF_LnFK
memang kali ni, aku betul-betul spend untuk Mazna. Mazna ni species winter white dwarf hamster which is aku beli, kat tempat pembiakan hamster kat area Bachang, Melaka. aku tak tahulah orang tu masih buat lagi ke tak. tapi memang banyaklah orang tu buat niaga kat rumah dia. mungkin masa tu rasa macam sunyi pulak kan asyik tengok muka sesama sendiri, so aku mintak Fazrin untuk belikan aku hamster. aku, bila bab-bab macam ni, aku tak malu sangat nak mintak. tapi kalau ada certain benda tu aku jadi malu sikit nak mintak duit. huhu. dan kalau dia nak bagi duit pun, aku macam tengok dulu untuk apa. kalau rasa aku tak berapa nak hargai sesuatu tu, aku tak minat sangat nak pakai duit dia bagi. macam contohkan, peralatan mandi, barang kecantikan, baju, kasut and so on. aku jenis entahlah tak minat kalau nak beli barang macam tu guna duit dia yang bukan nafkah bulanan. pelik kan? tapi kalau nafkah bulanan tu, aku memang hype untuk spend on food, or pergi jenjalan.
Mazna nampak comel je bila rumahnye baru lepas dibersihkan. |
tapi kalau contoh aku bergaji, macam contoh masa pkp boleh keluar epf which is sebulan rm1000 kan, aku memang tak kedekut pun untuk spend on myself especially toiletries. kalau setakat makeup ni aku memang tak minat sangat, just adequate untuk basic je buat ghaso-ghaso cam pegi kenduri kahwin ke kan. tu jelah. tu pun sekarang ni aku dah dispose makeup yang mana dah lebih 12 months tu. sejak ada Faiq, aku jadi tak minat nak pakai perfume and cantik-cantik sebab bila nak spend waktu bersiap tu, Faiq pun busy loghat nak kasih sayang. ahaha. jadi aku stress bila nak keluar yang perlukan aku ni pakai cantik-cantik. so last aku melawa, tu lah masa aku pregnant Faiq. ahaha.
okay, so Mazna yang buat aku isi kekosongan kehidupan dan bosan takde apa nak buat masa tu. memang syok bila ada budget khas untuk pet kan. segala macam aku beli sebab seronok punya pasal. tapi nak ada hamster ni memang kena rajin. cuma kesian Mazna masa aku dah sampai due date and Faiq pun dah keluar, Mazna semakin hari aku dah abaikan kebersihan rumah dia. kesian Mazna. aku decide taknak seksa dia macam tu sebab rasa macam berdosa jek bila aku dah sampai tahap nak mampu nak jaga kebajikan Mazna, so aku lepaskan je Mazna kat laman rumah aku. aku rasa Mazna pun dah ghaib and segala rumah Mazna aku donate kat kawan sekerja Fazrin. Fazrin cerita kat aku yang kawan dia pun ada bela hamster. so aku be like, okay. amek jelah rumah Mazna yang mewah tu. ahahaha. untuk beginner macam aku, rasa macam mewah lah rumah hamster saiz macam tu, tapi kalau dah masuk intermediate, tu kira torture hamster sebab ruang tak cukup sangat nak bagi dia explore. tapi okaylah, sepanjang aku jaga Mazna kali ni, memang lama sangat sebab from May 2022 sampai lah beberapa bulan selepas aku lahirkan Faiq. lama okay setahun tu. aku pun tak ingat bulan berapa aku lepaskan Mazna.
memang best ah ada Mazna kat rumah sebab aku nak stay overseas tak dapat, so apa salahnya aku ada kan Mazna dalam rumah. huhu. seronok sangat. main susun atur rumah Mazna masa tu. |
hari ni tetiba aku rindu pulak nak ada hamster. ahaha. tapi tu lah, aduh memang kena jaga rapi dan rajin sebab hamster sejenis pengotor. ahahaha. actually hamster kalau kat luar negara tu stay dalam hutan, bersih jek. tapi bila dah jadi house pet, kitalah kena jaga rumah dia and so on. so far okaylah masa tu aku memang rajin and sangat seronok ada Mazna. sekarang ni pulak aku rasa macam nak ada something kat rumah like bunny ke kan. kucing aku tak minat sebab leceh nak jaga. plus, aku memang alah dengan cat dandy. sampaikan aku pernah mintak klinik untuk bagi aku shot khas untuk alah kucing. dengan nanti hidung aku berhingus and mata aku berair gatal-gatal. lepas tu mula tergaru-garu kulit. dulu pun ada mak aku bela kucing kat rumah, memang merana hidup aku. haha. bulu gugur takleh blah si Hemo.
nampak tak bila mana pic bawah tu, leceh ek nak kena bersihkan kawasan Mazna makan and berak. belum cerita lagi bahagian Mazna sorokkan makanan kat area sebelah tu. |
tapi Hemo tu comel je macam Stitch dalam cerita Lilo and Stitch. mata dah macam marble warna biru. tapi bila sampai time nak bersihkan tahi dia dalam tray tu, memang taklah aku nak layankan. memang mak aku yang nak bela kucing dalam rumah masa tu, so memang dia jelah settle kan si Hemo masa tu. aku just layan Hemo cenggitu-cenggitu jek lah. aku memang tak minat dengan kucing.
rindu pulak kat Mazna. aku harap dia dah terbang ke atas langit dan masuk ke alam syurga dah. miss you, Mazna. comel je kan, bila ada someone aku sayang (manusia), aku mesti akan beli haiwan peliharaan. so now aku nak list down pet aku:
Katie & Dylan (kura-kura masa aku Form 4 kalau tak silap);
Kiko (hamster masa zaman bercinta dengan ex boyfriend kesayangan, dah kitorang tanam kat pesisir pantai Klebang, Melaka);
Akiko Kaoru (sugar glider masa zaman bercinta dengan Asrul, kitorang dah tanam kat laman rumah aku sekarang ni..tapi aku beli sugar glider tu sebelum aku kenal Asrul, aku berkawan dengan kawan dia, Afif); and
Mazna (winter white dwarf hamster yang paling beruntung sekali sebab paling mewah masa tu Mazna aku jaga dengan jayanya waktu dalam tempoh perkahwinan aku dengan Fazrin).
so sweet je kan?
ada gak aku bela selit-selit ikan gapi tapi aku rasa aku jenis tak minat kot nak bela ikan. ada sekali bulan hari tu dalam tahun ni, aku beli kura-kura and ikan, mati gak. kesian. cuma masa aku ada sekali tu bela ikan gapi dengan Fazrin, sampai beranak-pinak ek. jadi banyak sampaikan burung datang banyak singgah kat rumah aku sebab rupanya kolam ikan gapi tu menarik perhatian burung rupanya. tapi ikan gapi ni aku bagi Fazrin jelah yang uruskan sebab aku suka tengok jek, nak bela tak minat sebab kesian, selang berapa hari ada je yang mati.
okay, tu jelah aku nak story.
aku kan suka nak throwback.
tapi aku ni throwback tak ikut masa pun. ikut suka aku jek kalau hari ni aku teringat psal apa and so on. bukannya aku jenis throwback macam repost memories kat facebook tu pon. ada orang suka nak teringat oh bulan ni apa pernah jadi and so on. aku jenis tak macam tu. kalau contoh aku tengah mood sweet and ada something aku nak kenang, straight away idea tu datang and aku akan ingat apa yang jadi waktu bila tengok gambar and all the videos yang aku simpan.
ni pun, phone aku bila aku dah kurangkan, eh tambah lagi. and another thing is, bila aku capture satu gambar tu, banyak yang aku nak story. ada je idea tu datang. tapi disebabkan dea tu banyak, aku delay and simpan je so tak dan nak update straight away time tu. kalau nak recall the memories, inshaallah boleh. so this is one of the method aku sembuhkan diri aku. it's like, cherished and appreciate all the memories that i've been keeping for so long. sebab tu, aku memang tend to stay single selagi boleh instead of cari someone untuk isi kekosongan waktu aku. aku jenis orang yang macam ni. sebab tu bila break up tu, aku takkan contact orang tu lagi sebab dah banyak memories aku simpan and cukup untuk aku spend waktu selepas itu, untuk dihargai moment aku bahagia. huhu.
so, bila mana aku dapat memories kahwin yang tinggal bersama dalam tempoh sepanjang aku nikah sampailah hari mahkamah declare cerai tu, memang aku rasa kosong sikit. sikit jelah takdelah over sangat. bagus jugak sebab Fazrin pun jenis tak layan sangat bila aku buat aduan pape. sekarang aku lagi relax and chill sebab aku memang sejenis macam ni. kalau aku rasa nak ada someone special, baru aku cari. kalau dah break off macam ni, aku prefer nak rehat je. penat mental emosi. huhu. hmm tu jelah aku nak share.
goodnight!