pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Sunday, December 22, 2024

untuk ketenangan hati

mm..aku nak tinggalkan pesan kat sini..
ada banyak pesanan aku nak tinggalkan..tapi untuk ketenangan hati aku, aku list down beberapa pesanan ringkas..
segala apa harta aku ada, wajib dibahagi mengikut faraid kepada both of my parents,
encik syed mohd shah bin syed hassan dan juga puan misliah binti rahmat @ abd rahman. 
anak-anak aku,
Layla Zulaykha binti Muhammad Asrul
dan juga Faiq Zulfiqar bin Muhamad Fazrin;
mengikut kadar faraid.
namun begitu, aku haramkan walaupun satu sen disalurkan kepada selain anak-anak aku yang aku namakan di atas ni. apa yang aku dapat hasil titik peluh aku, aku haramkan setiap sen jatuh ke pihak selain daripada anak-anak aku yang aku sebutkan nama di atas ni. jika ada yang konon mendakwa ada hak, aku nak kata pergi mampus sebab duit hasil titik peluh aku, hanya khas untuk parents dan anak-anak aku sahaja. anak-anak yang aku sendiri mengandungkan dan anak yang aku bertarung nyawa meneran. 
jadi, tak perlu sesiapa sahaja nak mengaku konon adik beradik dengan Layla Zulaykha mahupun Faiq Zulfiqar sebab nak menggunakan anak-anak aku sahaja. aku takkan izinkan dan aku bersumpah dengan nama Allah swt, celaka lah pihak-pihak tersebut jika berani mengganggu kehidupan anak-anak aku iaitu Layla Zulaykha binti Muhammad Asrul dan juga Faiq Zulfiqar bin Muhamad Fazrin.

yang benar,
Sharifah Mastura binti Syed Mohd Shah.

Saturday, December 21, 2024

ujian dereboneuklikasid

okay tak aku eja camtu? dereboneuklikasid. ni aku tak tengok kamus ke gugel ek. ada sekali tu aku search kat apps hikshoks, haha nak sebut t tapi taknak sebab aku masih tak boleh terima apps berat tahap cenggitu. makan ratus mb storage aku yew. dorang ada claim dna test sampai rm100k! hanya sebab nak tau kita ada darah dari negara apo. ahahahaha. bestnye kalau aku kayo cenggitu. memang aku teringin nak buek sebab aku nak tau aku nyer allergens apa and so on aku ni datang dari negara mano. bahahaha.

hmm Faiq pon kalau bleh aku boleh je sape kalau ada volunteer nak buatkan dna test kan.. aku okay jek. nantilah kalau aku kayo, aku buek. actually takde isu pon bab dna ke apo. tapi aku tau, mesti orang rasa macam eh miracle nya kamu tetiba exist without a dad. haha. lepas tu pandang him semacam and rasa macam amaze sangat! haa tu 5 minit je boleh lah..hahahahaha. nak bagi perumpamaan? aku ade satu! umpama aku layan cartoon Bluey and takleh brain bila hari ke berapa aku layan baru aku sedar Bluey and Bingo tu sisters! lah~~~ penat aku empathy jadi Bluey and mak and the dad. rupanya Bluey tu sister. tapi sebab warna biru so aku cm whatever jelah..tetap aku tengok Bluey tu as first born. so tau jelah Faiq ni apo. Bila dengan aku auto jadi Bingo and bila kat luar, jadi Muffin! ahahahaha. kengkadang jek dia ada sikit Bluey tapi macam episode yang Bingo admit dia pon ada side truly annoying, and tak berapa nak reti main sorang2, rupanya Mum dia guna istilah problem to solved... then, Bingo lah bila kat dalam rumah. 

paling sedih hahahhahaha ni buat aku nangis sikit and touching lebih sikit jelah.. bila Dad kata oh ni terlalu kasar ke untuk Bingo? sorrylah.. sebab Bingo and Bluey jarak umur tu agak jauh sikit..kan.. hahaha. 
paling aku rasa boleh go, masa Bluey introduce hadiah krismas kat seluruh family dia.. wuuu sedih... paling lawak masa Muffin nak rasmikan hadiah pelampung! hahahaha. Muffin memang kuang ajo perangai. mengajuk orang kuat! ahahahahhaa. 

aku layan Bluey dengan Faiq, wah bila tengok part Muffin overtired refuse to nap and sleep, pandai lagi dia "oh oh".. padahal dia pun sama jek. ahahaha.

memang best ah cartoon tu. semua aku boleh relate. 
dah aku cakap kat Faiq, semua watak Mum Dad and Bluey aku kaut. ahaha. 

last but not least, jangan ada yang lurus bendul lak pasal aku nyer permintaan satu juta ringgit malaysia tu..perumpamaan puteri gunung ledang yang minta hati nyamuk... itu jeklah.. 

and paling best episode cakap depan kipas masa bosan. ahahhaa. konon nak sehelai sepinggang, last2 swimming gear takde, towel tak bawak, lepas tu lapar.. ahahaha. nasib Mum tu kata penting kadang2 rasa bosan.. so sweet!! i loikkkeeeee!!! 

sebelum aku end this post, aku ada teka teki.
kalau tak buat background check family Bluey, rasanye Mum anak keberapa and Dad anak keberapa? 
aku saspek Mum anak first and Dad tu anak second born. sebab masa Bluey kata takleh tdo, padahal Mum dah nak tdo dah penat dah, tapi Bluey nak jugak turun..dan Mum kena baca storybook kat Bluey. siap bagi soalan "betul ke Mum tak rasa grumpy dengan Bluey?" macam nak kena cepuk jek soalan ek. dah sah2 mata Mum nampak nak tido. ahahahha. paling aku rasa idea bagus, bila Dad main puppet and Mum terus marah si puppet and buat merajuk siap kata "no we are not going to read your story book". ahahhaa. macam ni la aku rasa annoying dengan karakter Dad. tapi baguslah idea cenggitu. susah ek jadi Mum sebab nak kawal emosi like in a few second snap macam tu kan. transfer kat puppet unicorn tu. kalau rasa annoying cenggitu dalam sebulan sekali boleh lah..tapi kalau dah almost setiap minggu, kesian Mum nanti.. Dad ni pun menyirap aku tengok kengkadang. ahahaha. 

Friday, December 20, 2024

geng mak-mak

hola!
okay hari ni aku rasa macam sesuai je nak mini throwback pasal kenduri kahwin kawan sekelas aku masa aku form 4 and form 5. kalau nak diikutkan, wow lama dah memasing menamatkan zaman bujang aka zaman anak dara. mm..kalau ada pembaca setia blog aku ni, mengikuti updates blog aku semenjak ianya diwujudkan, boleh dikatakan lama gak aku setia dengan blog aku yang satu ni. before this pun aku ada jek blog sebelum dated 2013. tapi maklumlah zaman remaja, hehe..so aku dah delete sebab ikut emosi. wahaha. padahal aku menyesal tak sudah sebab dah terdelete blog lama aku. bukan apa, windu nak tengok zaman kelurusan waktu zaman tu. bak kata orang, zaman innocent. sekarang aku rasa, dah takde zaman innocent kot. wakaka. kalau ade pun, orang takkan percaya dah..bahaha. it's okay, yang penting He knows me very well. bukan He tu manusia. He, The Almighty. 

bukan apa, macam aku katakan, blog aku ni tak berapa sesuai dibaca oleh semua golongan lapisan masyarakat..macam contoh, orang cop aku ni type "have have". padahal kalau pakai kanta biasa je pun dah cukup dah sebenarnya, aku ni golongan b40 sahaja yang masih dikurniakan ayahanda yang cukup bertanggungjawab terhadap anak-anak. so, aku tak tau cmne anak-anak yang membesar tanpa nafkah oleh ayah memasing. jadi aku harap sangat, takde orang kecam aku ke apa sebab aku belum pernah lagi menidakkan hak seseorang yang layak untuk mendapat nafkah daripada seorang bapa. perjanjian yang dibuat oleh bekas suami aku dulu, Fazrin, dan bekas isterinya, sebelum aku (yang kini juga sudah menjadi bekas isteri), aku tak masuk campur langsung. yang aku tahu, dorang lebih selesa flex kat public pasal takde nafkah and so on. maybe sebab suka dapat derma kot. and hanya setakat nak menang hujahan, aku just questioned pihak bertanggungan dengat satu ayat "kalau aku kata jangan bagi, kenapa kau kena follow pulak cakap aku?". hehe.. saje nak tengok perginya macam mana. sama jek. pergi ke aku balik. susah ek sebab aku sorang takde team sangat bab macam ni.

bila aku kata aku ni kahwin dengan duda, orang cop aku penyondols and siap main sentiment "kalau jadi kat family kau cmne? bayangkan bapak kau kahwin dua? tak pun bapak kau ceraikan mak kau sebab nak ke janda anak satu?" huhu.. sejak dari tahun 2021 sampai sekarang ni, sentimen ni tak habis. aku rasa kalau nak menang pilihanraya, petik je isu ni confirm boleh menang dah tanpa bertanding. ahahah. cm tu jek ditiaukan pihak macam aku. padahal, masa aku kenal online si bekas suami aku Fazrin tu, waktu December 2020. itu pun dah masuk hujung-hujung dah. kan aku ada rekod video kitorang nak uruskan hal nikah segala kat youtube aku, tahun lepas tu..memang saje nak simpan lama-lama sebab nak tutup mulut orang yang kata aku ni penyondols. cukup je dialog "tengoklah ni Fazrin lah!" so aku pelik, petik je sentiment penyondols, padahal masa tu kitorang pergi apply kebenaran daripada mukim aku untuk bernikah kat Melaka Tengah. sebab aku daerah sini. He is from daerah Alor Gajah. and masa kitorang kenal online tu pun, Fazrin sendiri kata, kenapa ex wife dia apply nak kahwin semula tapi till end of December 2020, senyap je tanpa khabar berita apa. so the said borang mintak kebenaran nikah semula online tu, actually dah expired lama dah pun since duda ni dah bercerai on July 2020. macam mana aku dapat tahu semua ni? aku baca fail Fazrin yang simpan photocopy semua documents.

tapi bila lepas kahwin, i dont know why..rupanya aku ni kambing hitam jek sebenarnya. hanya sekadar alat untuk dijadikan salah oleh kedua-dua belah pihak. sebab tu aku sedih and down sangat sebab setiap page aku cari kekuatan, lahh takde plak. aku tak minat sangat nak membahan orang. sebab aku boleh bahan orang sendiri. just cari motivation je untuk keeps me going. sedih gaklah. sampai sekarang aku rasa takde orang pun nak kawan dengan aku oleh sebab segala fitnah kedua-dua belah pihak samada pihak bekas suami aku tu Fazrin and tak kurang jugak pihak bekas isterinya yang dah pun kahwin lain. tu aku pelik, bila duda kahwin janda jadi isu. bila janda kahwin dengan orang bujang, eh takde plak isu like bapak tiri ke apa ke kan. double standard ek. tak adil sebab aku ni dah sudi kutip ex kau, tapi kau meroyan kata kena rampas suami. yelah aku pergi rumah kau, memalam, ketuk pintu kata, "eh bak sini laki kau aku berkenan lah nak kahwin dengan dia". tak pun, masa kau tengah jenjalan dengan "anak-anak kita" tu, ahaha.. aku duk meja sebelah kata "eh laki kau ni comel lah aku tengok. meh lah duk sebelah meja aku, tinggalkan jek family kau yang sedia ada tu." perumpamaannya begini. 

tak boleh ke cakap dengan dunia tipu-tipu kau tu, (hati-hati sebab suka menipu kat dunia tu, lama-lama nanti mencuri aku tak tau ek), kau sakit hati tengok ex husband amek keputusan untuk start kahwin dulu sebab tinggalkan kau, then jumpa harta karun lumayan. lumayan tu, dapat rasa epf aku sejak 2011. anak aku Layla pun dapat merasa sikit, and kenapa tak inform, korang pun dapat gak habuan sikit? bab tu senyap plak? diamkan kenapa? malu kan? dah canang satu dunia, kau rasa Fazrin nak keluar duit beli tuala kepam anak-anak kau, beli jajan yang jauh dari bidang dia tahu, dan siap belikan alat mandi like sabun, berus gigi ubat gigi. pernah tak cakap thanks kat aku? tak pernah. sebab tu aku kata, bunga aku bagi, taik kau lepaskan kat aku. jangan tanye kenapa aku bising sampai hari ni sebab? tak reti hargai pemberian dari aku. nak aku cakap aku haramkan ke semua tu? boleh jek kalau nak ikutkan hati aku yang dah kena scam. 

hmm dahlah. aku malas nak panjangkan cerita macam ni lagi. penat. bertubi-tubi. semua kau repost kisah yang aneh-aneh. seronok dengan komen segala tu kan? aku doa semoga terpalit kat kau semula semua komen yang kau repost tu. lagi-lagi post lepas aku nikah, kau post pasal laki bersetubuh dalam rumah dengan janda and marah isteri, DAN masa 30-11-2022, kau repost pasal bapak sape pergi haji and hilang kat Mekah. aku perhati jek perangai kau yang musibat. dah tu, boleh plak ramai bersorak ek. siap baru-baru ni, ada plak yang perli aku, "tak pergi zoo ke?". aku nak beli ayam siang-siang hari tetiba orang ayam perli aku "tak pergi zoo ke?". motif aku nak pergi zoo ek? tahun ni aku dah pergi zoo percuma. ahaha. kesian aku, tiket zoo husband taknak keluar duit untuk aku sorang. he said membazir. things like that he said membazir. jadi aku nak, kau sendiri mahu faham, selama ni, semua video aku, pergi sana sini, makan aku kat luar yang berjenama, outfit shopee aku, segalanya duit hasil dari ayah aku dan hasil titik peluh aku sendiri. macam aku cakap, aku ni pemurah..so aku belanja jelah suami aku Fazrin masa tu. 

tak faham aku. kalau kau jenis kaki kitai duit suami, jangan nak samakan aku dengan kau okay? aku ni sebelum jenjalan aku tanya berapa budget dia. siap bergaduh ada sekali tu, nak turun breakfast je padahal, aku angin sebab Fazrin taknak disclosed budget. bukan apa, aku jenis makan bayar sendiri so aku tau nak order dalam budget. kalau budget rm20, kalau setakat sarapan, okaylah aku tau nak makan apa. ingat aku ni bodoh sangat ke bab kewangan? 

aku beli barang anak pun pakai nafkah aku sebagai isteri masa tu. kau fikirlah sendiri, betapa sayangnya dan kedekutnya aku dengan diri sendiri tapi aku suka dan seronok nak beli barang anak aku. tak bolehlah memasing nak tibai aku tak tentu pasal. aku menyusu anak aku ni pun aku tak mintak upah. bila mintak upah, kang ada claim itu ini memekak. bila tak claim, eh konon plak nak claim anak aku plak. so aku tak faham apa masalah manusia sekalian. memang sejenis tak leh tengok aku ni dendiam, tak kacau orang, buat hal sendiri..aku post masak kat rumah, tetiba orang cop aku mintak sedekah. apa musibat perangai. aku umur dh 36, apa masalah aku nak tayang beg ke kasut segala? tayang jelah anak aku, apa aku masak, beli makanan apa, dah itu jek orang duk rumah buat. flex bilik kemas, flex rumah bersepah kengkadang. itu pun jadi masalah. padahal suami aku pun chill jek wife tak kerja. yelah tak kerja.. masak, kemas rumah, buang sampah, basuh bilik air, anak menempel dengan aku 24 jam, itu semua tanggungjawab tanpa perlu bayaran? wow, bab nafkah batin nak claim. bab tu semua percuma. huhu.  
so sebenarnya kau marah jelah family bekas suami kau ke apa sebab yang ajak aku ni keluar lepas aku ada anak, kebanyakan mak mertua yang suruh. memula aku ni layan jek tapi lepas tu aku baru perasan, eh ni lain macam jek. rupanya nak lagakan aku dengan family bekas isteri. lagi teruk, nak buat aku ni dibenci oleh adik beradik si bekas suami aku Fazrin ni. aku kalau dah Fazrin kata esok jom keluar, memang jari aku ni laju jek cari tempat kitorang lepak makan kat internet. salah aku gak ke?! 
masa aku lepas failkan cerai on May 2024, dia datang claim nafkah batin. boleh kira berapa jek bagi duit kat aku. supposedly sama jek macam setiap bulan rm500. tapi culas. dah shoppee aku tertunggak. padahal beras tu, jem makan roti, tu semua pakai shoppeepay. tau ke? tak tau kan? waktu makan elok2, makan sama2.. bila time hutang bayar, aku bayar sorang2.. padahal shopee aku dah nak habis dah pun bulan 10 hari tu. tak memasal nama aku buruk kat shopee. korang tau ke? tak pon kan. 

tetiba soalan orang tanye, boleh ke hidup tanpa suami? kan aku kata boleh. sebab selama ni memang aku yang banyak berkorban. family aku yang bantu aku and bekas suami kau nampak gah. shirt Hard Rock ori kot, Levis ori, selipar Nike ori, semua just letak je kat badan bekas suami kau masa tu. tapi takkan ler dah masuk 2022, 2023, and sampai 2024, masih nak claim lagi semua tu? mana pergi husband baru kau? sebelah kau tu kan husband baru. tak faham aku.. kang busy dengan life aku, tetiba husband kau berkenan dengan aku, aku tak tau. sebab masa dia kenal kau pon, kah title janda anak dua kan? huhu..aku harap takde lah netizen ke, admin ke jadi batu api. kalau dah makan gaji untuk jadi batu api, esok2 tekak pecah, mata berair, demam sebulan aku tak tau ek admin. 

buat lah post puji sharifah mastura bekas isteri yang tersangat cekal dan tabah. walaupun menjadi mangsa dianiaya oleh pelbagai pihak, namun beliau masih enjoy dengan life kerana..yelah mungkin memang betul He knows her very well. ahaha.

ala biasalah dunia glamour, tk dapat naik cara baik, burukkan orang lain supaya nampak diri terer. aku pun tak ingin nak glamour cuma, just say nice things bukan menempik pada situasi aku yang langsung tak kena pada tempat. kan zalim tu.. cuba duduk kat tempat aku pulak, apa orang lain rasa? nak rasa secebis kebahagiaan tapi digulai hidup-hidup. lama ek dari 2021 sampai 2024. aku takleh brain kalau ada agent cia yang buat siasatan sampai ke date Youtube aku di publish pun jadi isu. padahal tahun je lain. Allahu. cubalah try duk kat tempat aku pulak. yang mana content creator ke, youtuber ke, date korang buat akaun Youtube, tetiba dikaitkan dengan life orang lain yang takde kena mengena dengan korang. try lah duk kat tempat aku plaks. and selama ni rakyat jelata boleh open minded isu anak tak dapat nafkah, anak luar nikah tak dapat nafkah, so sekarang kalau nak soal status anak aku si Faiq, agak-agak aku boleh dapat immunity and support tak macam ex wife Fazrin jugak? hehe tanye jek...

padahal memang anak aku dengan Fazrin, yang jadi isu just aku laporkan cerai tu lewat. mm..camne? aku belum tanya lagi isu ni kat siapa siapa pun sebenarnya. tapi Fazrin dah surrender, tak bagi hak anak aku. so..camne? nak buang Bin atau nak tukar Bin? mana-mana aku okay jek sebab, macam aku kata, he treated me hell since 2021. so aku dah well trained dah kalau nak ikutkan 2024. segala barang kemas aku beli dari epf pon, dah aku jual. nak nangis. sebab tu aku mintak 1 juta ringgit malaysia kalau ada yang nak kahwin dengan aku. takde dakwa dakwi sebab aku dah cukup merana. tapi aku ni stok-stok muka Boyan, so aku kena lah cari makan macam orang lain.. masuk ofis, kerja pagi sampai petang, amek anak dari taska and so on..berpisah dengan anak waktu siang, repeat, segala. weekend, bawak anak jenjalan macam yang orang lain semua buat kat media social. huhuhu..

cedih kan?
tak reti buat edit video cedih letak lagu nangis. 
gelak jelah dalam blog sebab buduh diri sendiri.
baik terlebih. 
takpelah, semoga syurga tempat aku.
sebab tak tau nak share dengan sape, nak marah sape, bebel jelah sensorang kat internet. padahal kalau nak buat aduan, 24jam pon tak cukup sebab ibarat dah jatuh, ditimpa tangga. 


tadaa!! kitorang semua dah jadi mak!! 
anak aku Faiq atas riba aku, barisan duduk atas sofa,
Kina with her two sons (aku fikir anak dia girl rupanya boy),
syud with anak Fifa, Ida with her baby dalam nursing cover,
Fifa and hujung tu aku tak tau nama, lupa).
budak-budak tu dua girls in yellow kebaya kurung songket anak yang aku lupa nama tu, budak kecil ala princess tu, anak Syud yang bongsu and budak lelaki sebelah dia tu,
anak Ida yang first, sebaya je dengan anak aku Layla. Layla takde dalam pic sebab tak stay dengan aku (macam yang aku story dalam post sebelum ni).


okay, thanks sebab sudi masih nak bercakap dengan aku. walaupun aku dapat slight impression and aku perasan aku dapat stared yang agak keterlaluan, aku just ignore jelah. lagi berapa hari jek sijil cerai nak keluar. kuatkanlah aku untuk tempuh segalanya.. 

to both pengantin, yang selamat diijabkabulkan pada 7hb December, 2024.. semoga kalian mendapat barakah dan dikurniakan cahaya mata yang comels-comels! kalau dalam fasa merancang, just enjoy je life as husband and wife, tak perlu fikir sangat biar jelah happens naturally.. semoga kekal hingga ke akhirnya.. 

mm tu jelah aku nak nukilkan..
selagi tak dapat sijil cerai, aku rasa dah macam burung yang kena ikat tak boleh terbang jauh.. 
sebab tu aku stress sangat.. cedih.. huhuhu..
and like, takde orang pun nak layan aku berceloteh.
so sunyi sebab Faiq ni belum pandai cakap lagi.
wahahah.. tapi kalau nak ikutkan, sama jek.
waktu aku kahwin pun, mana ada orang layan aku borak sangat sebabnya, itulah.. segala fitnah aku kena hadap. 
hmm..
rasa macam nak book appointment kaunseling untuk luahkan segala yang terbuku dalam hati aku jeklah sebab nak mintak pendapat sikit "apa kata anda?" "kenapa saya dijadikan mangsa keadaan?" bahahahha. tapi aku tak tau sebab semua orang busy kerja and busy dengan life memasing. kalau mesej pon just pendek-pendek jek. ni dah macam nak suruh and paksa aku cari jodoh. haaaa kang jadi lagi terjumpa jodoh serupa sebelum ni, hancur life aku. bila aku tengah macam ni takde orang nak melayan aku sangat bebel, ke bercerita..bila aku decide nak kahwin plak, tetiba kena halang plak nanti. memang malang habis dah life aku.
kurniakanlah someone yang amek berat pasal aku ya Allah.. 

and kalau ada yang rasa tak suka aku sebab apa aku taip kat atas ni adalah kau, fyi, aku pon tak suka kau repost sentiment raih simpati. so kalau kau ada team bersorak untuk kau sorang dalam dunia ni, aku pon ada team untuk bersuara untuk diri aku sendiri, which is, aku, sharifah mastura. one honest voice can be louder than a crowd. at least, belajar jadi honest dengan diri sendiri kenapa si aishah ditinggalkan kerana nak ke siti khadijah? perumpamaan. melawan arus. so how? and why? aku malas nak amek tahu sebab dua-dua pihak nak jaga aib masing-masing "konon", tapi salah cara. dibuli aku sorang diri. tiga pihak kalau nak diikutkan, pihak kau orang dua and pihak aku jugak. thats why, aku firm nak teruskan aduan laporan lafaz cerai luar mahkamah segala. sebab yang lalui semua aku sorang. dapat lak partner jenis taknak amek tau and taknak sikit pon stand untuk aku tapi guna game sama supaya orang lagi benci aku. i'm like... pfft!! 
its like a guy tak bagi two girls berbaik, sebab? 
and kalau berbaik pun aku taknak sebab? 
sebab dah terbukak perangai memasing... bila aku takde duit, dipijak aku nih. bila aku claim family aku tengah susah, orang tak percaya malah lagi diajak dicabar keluarkan lagi setiap sen yang kitorang ada. kan? 
Allahu.. so you don't have to play the victim sepanjang zaman sebab selalunya yang victim ni selalu orang kata "play victim". yang play victim yang seronok dijulang. kan? 
tapi jangan lupa..aku pun ada doa.. aku pun ada anak-anak..
aku pun ada bekas suami..aku pun ada parents.. aku pon ade adik beradik.. aku pon ada Allah macam kau jugak. k? and another thing is, aku dah tau apa silap kau, which is still be friend with him siap ucap birthday segala bagai sebab tu kau konon masih simpan perasaan tapi actually aku dah masuk line masa tu pon sebab iddah kau dah lama habis and kau masih nak acah masih husband and wife masa tu, i dont get it. sebab mulut ex husband kau cakap lain yang kau orang dua dah lama tak stay sebumbung since awal tahun 2020 dah pun. so sebab tu aku tak amek tau pasal Fazrin selepas birthday aku 30hb November 2024 hari tu.. and thats why aku langsung dah tak amek tau about him sebab aku dah tau dah, he will use the same technique against me, which is nak buat aku malukan diri sendiri. sebab tu aku sanggup duakan diri aku supaya aku tak dimalukan oleh family Fazrin and all, sebab aku tau dorang jenis macam mana.. suka competition yang end up rugikan aku sendiri nanti.. jadi kalau kau suka nak jadi trophy and bahan competition, silakan untuk family kau and family dia. jangan libatkan family aku. tapi aku tak pasti kalau tu je cara nak scam orang financially, itu hal memasing lah.. aku just nak buat hal sendiri jek. sebab aku dah tau game memasing camne.. pantang akaun bank aku ada duit, mulalah memekak traffic area rumah aku ni. bila aku dah kosongkan, baru memasing senyap. umpama main judi versi posting instagram.. kan? tu yang sampai ke ayer keroh followers kau duk ganggu life aku. hebat kau ek. jual ape hebat sampai cenggitu? dunia tipu-tipu? tapi followers datang menghantui life aku? yeke tipu-tipu? mm? siap tiru body language pic kau? yeke tipu-tipu? nak tanya nih.. mm??  betul ke kerja rider? ke gambar jek? aku boleh je ngaku tak kerja.. 

pesanan ringkas: aku tak minat nak buat kempen mengundi di mana-mana. so jauhkan aku and anak-anak aku dari geng terpaling politik ni semua. nanti kalau ada pru, aku datang celup jari. balik. tengok tv tunggu result. kalah ke menang ke sama jek, ic aku tetap cenggitu muka nenek-nenek. tak tau pehal. lesen pon pic dah macam hantu aku tak tau apehal. pic yg lawo2 asek cicir saje. pasal politik je pon sampai nak follow aku g mana2.. alahai.. apa aku nak buat laporan lepas dah dapat sijil cerai ek? saya harap supporters and followers anda tidak mengekor saye dan anak-anak saye di real life dan di alam media. boleh ke? aku pon takde masa nak tentukan anak aku ni patut undi apa nanti. dah besar nanti pandai-pandailah fikir sendiri. takkan mengundi pon aku nak kena ajar suruh undi apo. letih~ haha. 



Tuesday, December 17, 2024

2024

haihh.. kalau nak diikutkan like tahun ni supposed to be tahun aku..tahun dragon. tapi tulah apehal hambar takleh blah tahun ni. tetiba jadi bulan islamic segala. ahaha. padahal tahun sebelum-sebelum ni punyalah flex tahun baru cino. kan. bila masuk tahun ni, eh hambar plak. ahaha. memang tahun ni tak side aku langsung ek. penat mak aku teran aku waktu tahun 1988 dulu.

tapi macam biasalah, lumrah kalau diri aku ni, takde jawapan pendek. bila orang tanye umur berapa, aku kena kira pakai calculator umur sendiri. lepas tu, banyak soalan macam contoh, eh lahir 1988 tapi kenapa spm 2006? patut 2005. eh kenapa satu kelas tapi orang panggil akak? bukan sebaya ke? aaa penat ek nak explain. kalau seribu orang tanye, 1000 orang aku kena jawab. tu belom lagi kalau orang questioned, eh kenapa kata belajar kolej (actually uni tapi aku saje je nak vibes kolej, salah ke? tak pon kan), tapi boleh jalan sana sini apa semua. tu belom lagi kalau ada yang jumpa review aku kat agoda, dah tahap vip dah. wakaka. pastu, nanti ada kata, eh kenapa kata school perempuan jek tapi ada je kawan lelaki? lagi nanti ada plak meroyan, eh kata study, tapi mana dapat duit beli kereta?

aaa susah ek sebab rupanya dah 2011 tolak 2024, rupanya dah 13 tahun yang lalu aku dah start life sebagai seorang manusia. tu aku pelik ah nape bebudak skang macam, fikir aku ni bebudak tak cukup umur lau aku pergi kedai. mungkin lepas ada dua anak ni, aku makin hari makin pendek kot. macam biasalah lagi, anak aku bila aku pegang, nampak dah besar sangat. tapi bila orang lain pegang, terus nampak kecik. so fitnah lah aku, lagi aku seronok kumpul pahala. alhamdulillah. 

cte die cmni, aku lahir kat johor. darjah 5 aku dah pindah melaka sebab ayah aku kerja bank (bukan askar) ada jenis tukar branch. kalau dalam melaka maybe the whole negeri dia dah stay kerja. so lepas dah retired (oo nama retired sbb dh over tired lah kot tu ahaha), and aku decide nak kahwin masa 2021, dorang pindah johor. mm.. so aku sekolah jelah macam biasa kat melaka. takde masalah pon. ada je aku kengkawan masa sekolah and aku pun jenis aktif dalam bidang aku sendiri contoh, suara aku pepagi dah memekak satu bangunan sekolah sebab dapat jemputan guna suara aku untuk memekak kat mic sekolah. aku pun tak tau masa tu apa aku baca ke cerita tapi ikut jelah skrip. maybe sebab masa kat johor, waktu aku darjah 4 ke darjah 3 lau tak silap, aku menang competition bercerita bahasa inggeris. 

so bila dah habis upsr tu, aku masuk sekolah menengah kat area alor gajah which is kt area tanjung bidara duk hostel, bukan hotel. nama je duk hostel tapi boleh kata setiap minggu parents aku datang. kengkadang pagi aku balik rumah, basuh baju pakai mesin, petang tu balik asrama balik. cenggitulah rutin duk asrama. sekolah tu masa tu, aku last batch ada peralihan (remove class) setahun. dorang nak ajau bahasa arab kot. aku follow jelah masa tu. masuk tahun depannya, dah aku naik form 1, mixed skali dgn budak kelahiran 1989.. dah standardise.. so aku lambat setahun. aku pmr waktu 2004. then aku pindah skolah, kat area telok mas masuk asrama jugak. mixed dgn budak 1989 so dorang mmg pnggil aku akak. ada je lagi kengkawan aku masa skolah lama tu kitorang masuk skolah tu sama-sama. pon di akak kan jugak kitorang. takde big deal sangat pon. cikgu memang berkenan kt kitorang sbb jenis rajin sikit. sikit je tak banyak mana pon. ahaha.

then aku isi borang upu. masuk foundation. aku tak masuk asasi kpm. aku masuk foundation uni terus. dua tahun gak ah aku lepak foundation, then diterima masuk uni. patutnya aku rasa lepas spm tu aku rest setahun tapi tak. aku follow cm org lain gak. masuk uni, jumpa beruk sepahkan bilik aku, aku nangis call mak aku, kata nak balik. kalau tgk youtube lama aku, tu sume ade yg dalam bilik uni. ahaha. then aku takleh catch up so by 2010 tu jugak aku balek rumah. ahaha. sempat satu sem je kot. pelik sbb ptptn aku kemain mencanak naik. ahaha. tahun depan aku kerja, aku bayar balek. jgn risau. inshaallah. 

bosan gak duk rumah masa tu. tapi ayah aku bijak gak lah dia suruh aku belajar lesen memandu. aku follow jelah. bosan aku tak minat pon. tu yang masuk exam, first tu semua failed kecuali bukit. kali kedua baru okay sikit dan lulus. ahaha. then aku kerja lah kat ofis jadi kerani masa 2011. best gak masa tu. dapat plak akak ofis happening. memang best. then dah berapa bulan aku g kerja adik aku hantar. adik aku lagi drive and ada lesen dulu dari aku masa tu. so memasing dh fade up nk hantau aku g kerja sbb dia pn busy dgn kelas masa tu. then ayah aku hantar. then aku naik bas. gampang gak balik keje naik bas ek. tapi lepas tu aku seronok sbb hari2 aku singgah mekdi. so maybe ayah aku jeles dgn life aku takde komitmen masa tu, dia apply kan loan beli kereta under student. 

gaji aku masa tu dalam melaka rm750 je starting. ahaha. lepas tu naik 950 kot lau tak silap. tapi setiap bulan aku tak miss hulur duit kete kat ayah aku rm450 setiap bulan. sekali je aku pernah miss lepas tu aku kena bebel. insaf terus aku. dah kerja dengan gaji ciput cenggitu, tapi untuk bebudak jakun macam aku, rasa dah kayo sangat sebab dapat slip gaji sendiri. ahahahaha. masa tu kengkawan aku busy study lagi tapi kitorang masih contact and hangout dgn each other. duit belanja memang ayah aku bagi lah masa tu sebab gaji aku dah memang ke duit payment kereta. so ikat 9 tahun. kiralah sendiri bila waktu aku habis bayar duit kereta masa tu. uhuhu. so boleh dikatakan, duit aku rasanya memang aku just buat belanja baju kasut jelah kot. makan ayah aku tanggung. so aku memang makan je kat kedai setiap hari. aku pon tak tau apsal aku tak bawak bekal. sape je nak masak pepagi waktu tu. nama pon dak asrama, keje memang keje jelah. aku bukannye ade tgjawab pape pon nak kena jaga adik2 ke apo. mak aku jelah yang busy kt rumah. tu pon kitorang dah besar masa tu, mana ada kitorang sepah2 ke apa kan. so kat rumah muka aku balik keje, tido. kalau ade jemputan lepak memalam, aku pegi jelah sebab yelah kehidupan bersocial lah katakan. ada tahun aku single ada tahun aku dgn boyfriend. skang dah lama dah putus. sebab memang kejap baik kejap kang gaduh. zaman tu memang biasa cenggitu. dgn dia sorang masa tu memang lama kitorang kawan. bukan kawan tapi couple. since kitorang couple masing2 kerja, so bila ada waktu free tu kitorang jumpa jelah tengok wayang sebab memang hobi kitorang layan movie wayang. sebab maybe jenis tak minat nak borak sangat kot. ahaha. kalau borak pon pakai sms je masa tu. berbayar okay. ahahah. paling lawak bila gaduh, hantar mesej kosong! ahahaha. gampangnye. tapi aku ada masalah pape mmg aku cte kt dia. dia memang dh mcm abang lah. tak sporting tapi matured enough. tiap kali birthday, ade je hadiah nak bagi aku. memula perfume, beshe2, pastu bila dia makin lama naik pangkat, fuh perfume bukan kaleng2 hadiahkan aku. bahahaha. beza bulan je pon tapi sama tahun. bila hamster aku mati masa tu sebab takde knowledge bela hamster, tu yg makan timun and tomato je manjang masa tu, siap pakej mandi bagai, mati Kiko tu. sampai ke sudah aku simpan, and bila dating, baru aku cakap hamster aku dah mati. so dia tolong tanamkan. kitorang tanam tepi pantai. ahaha. 

pastu masa 2012, aku sambung study kt kolej kesayangan aku, uitm. memula kelas sabtu jek then lepas satu ke dua sem, pindah jadi sabtu ahad. masa tu aku kerja je lagi. sebulan kelas dua kali and aku drive sendiri shah alam - melaka. zaman muda kan masa tu. then aku tak ingat bila aku break up dgn ex boyfriend aku tu. tu memang final dah. aku pon tau dah dia dah kawen waktu aku lepas cerai. sekarang sama je dengan aku ada anak girl and boy. sama je second born lelaki, first born girl. okay sambung balik...cerita aku, masa tu cam biasa la aku busy kan diri kerja and dengan blog. instagram apa sume burple jangan lupa skali. ahaha. mantap gak, social life ada, work life ada, student life pon ada. best je kan sebab jadual memang full habis. aku memang stay melaka jek. weekend stay hotel. agoda memang dpt promo banyak. dari otel executive aku dah rasa and hotel budget pon aku stay. nak dapat hotel yang tetap tu, makan masa gak sebab aku explore kawasan tu jenis senang drive tak jem and dekat dengan makan places. sbb ahad pagi aku dah check out nak masuk kelas pagi. dana macam biasalah, ayah aku gak. minyak tol sekali. (mm apa aku buat lepas ada anak, aku taknak kerja ek?) ahahah. so akal jadi pendek bilamana dah ada anak. blur terus.

aku sempat kahwin sebab maybe dah jodoh. aah ek lupa nak fikir pasal jodoh. walau rasa macam tak sampai waktu nak kawen masa tu. tapi kena paksa sebab pihak laki taknak istilah langkah bendul, last2 sama je dia scam family dia gak. anak aku jadi paling bongsu dikalangan cousins yang lahir sama tahun. ahaha. sama jek kalau langkah bendul. wahahah. lantak korang lah sebab aku tak tercapai akal aku fikir psal pembuatan anak ni. tetiba eh pregnant.

tu jelah. nak kata. 2016 kawen, 2019 cerai. 
2020 masuk uni, 2021 habis blaja kawen lagi.
bosannye life lepas dah abis blaja. 
skang 2024, anak aku tahun depan nak masuk 2 tahun. yay! anak aku Faiq ni lah.. huhu.. Layla next year 8 tahun. 

so aku umur berapa? kiralah sendiri. 
2024 tolak 1988. 
nanti ada mulut sambal tanye
eh dah umur berapa pun taknak pakai skap ke?
ni biasa. maybe dah takde isu nak bahaskan dengan diri aku, so bahaskan pasal skap pulak.
penat ek dengan manusia sekeliling. 
padahal kita ni usaha jadi baik ikut kita punya dugaan,
tapi dia nak duga kita pulak dgn ayat-ayat cenggitu.
dalam malaysia ni pdahal ramai je lagi manusia,
tapi aku je lah kot yang paling malaysia,
so ade yg sakit mata kat situ.
untuk ape pon aku tak tau.
and another thing is, 
kalau jumpe akaun bukan2 tu, bukan akaun aku ye.
aku siap declare akaun aku lama aku yg mana satu,
kira dah cukup baik dah. 
kalau rasa nak kata aku ni berubah ke tak ke,
itu memasinglah. akaun pon dah berzaman sampai 15 years ago, bior jelah kat situ.
ade je aku dapat komen pelacurs,
i'm like.. lahh.. tak penah tengok cte high school musical la tu agaknye. penat. dulu idola aku sharpay evans. 
tapi kalau orang kelantans especially, kaum lelaki, jenis nak acah berdakwah, sedap mulut sambal dia jek kata perempuan pelacur. yelah pengaruh ombak rindu la kot. letih ek. tu yang nak kerja dengan geng2 dia jek. sampai berani tabur fitnah tak ingat plak akhirat kalau bab ni. huhu. 

aku bukan nak kata apa, masa aku lawat kelantan, yelah dah pernah kawen dgn orang sana, aku rasa sama jek kelantan dengan negeri lain. ape yang orang hype pelik sangat pon aku tak tau. ahahaha. kau masuk celah pelusuk dunia memang lah jumpa pondok. taman perumahan ade bersepah aku tengok. dlu masa aku nak pergi settle kes anak aku, siap aku lepak uitm lagi. pkp masa tu. entahlah bila aku dah jalan satu malaysia, sama je sume tempat aku tengok. aku pon tak tau pehal orang nak bezakan tempat. orang je kot lain. tapi so far kalau aku jenjalan, okay jek. bila kahwin masuk family orang llain, ahh tetiba aku jadi siamang. orang lain semua manusia. aku je siamang. perumpamaan nye mcm tu lah. 

and by the way aku bukan goddaughter kepada sesape pun. godson ape tah lagi. aku takde godfather ek. ahahha. yang sambut aku waktu lahir adalah nurse kat spital. jangan tertipu dengan make up story oleh parents aku. ahahha. 

so..happy 2024 untuk aku walaupun hambar!!

masih takleh move on dengan pic last year.

comel je kan Faiq. sama cam aku.
tapi eyelashes dia kalah aku.
dah macam watak Sesame Streets.

Saturday, December 14, 2024

busy je aku hari ni

aku nak tidur dah mengantuk ya amat!!
hari ni aku punya jadual punyalah full.
tetiba je pepagi Faiq nak mandi. aku layankan jelah. wahaha nape aku rasa mengantuk sangat ni weh.
lepas tu kitorang pergi isi minyak sket and pergi beli sarapan and heading to our favourite place to chill a bit. esok aku continue cerita. ngantuk dah sangat. bye yall. 

Friday, December 13, 2024

aglio olio buat ghaso ghaso

haih..hari ni aku takde mood sangat nak taip blog. 
bukan sebab apa, petang tadi aku pergi kedai, tak taulah aku kebetulan ke apa kan, sebab kalau aku nak keluar, gate rumah aku ni pakai remote. and satu alam semesta akan dengar gate aku ni bila terbukak. dan-dan ada pulak yang kebetulan eh nak keluar jugak ke.. bukan apa, aku tak sukalah kan nanti tetiba dalam cctv, nampak aku keluar and then, tetiba orang kaitkan aku dengan orang yang keluar kemudiannya pulak. kalau perempuan takpelah, ni lelaki. actually dah banyak kali dah pun benda macam ni jadi. aku tak berapa nak selesa sangat bila jadi benda macam ni. bukan apa, bak aku katalah, kalau helok tu okaylah ni tak, yang pelik-pelik. haha. risau aku akan keselamatan diri aku sendiri. bukan nak kata apa, kengkawan laki aku jenis havoc. so risau ek ada orang nak dengki aku, nak gosipkan aku plak dengan tah siapa-siapa. ingat aku ni jenis tangkap muat ke?
tidak sama sekali. dulu pun aku boleh termenung panjang fikir kalau anak aku tak comel macam mana. risau weh. alhamdulillah, memang comel-comel anak aku. kadang aku pelik, ada parents jenis taknak mengaku anak bila dapat anak tak berapa nak comel. dahlah taknak mengaku anak, nak paksa orang lain pulak terima anak dorang. padahal boleh je kot cari kelebihan budak tu. tapi biasalah kan, ada parents perasan dorang dah cukup lawo atas dunia ni. padahal filter je pon. ahaha. aku ni lau pakai filter, artis pon takleh nak cari makan. tapi apakan daya, nak jadi watak sampingan pon aku ni tak layak sangat. ahahah. tapi kalau bab hafal skrip panjang-panjang tu maybe boleh kot. huhu. so sekarang, bila kita tengok tv, dah boleh kagumi watak yang paling banyak skrip dia boleh ingat. kahkah. 

oh lupa aku nak cerita pasal aglio olio kan sebenarnya. semalam, masa breakfast, aku dah goreng nasi untuk Faiq, but then aku macam bosan dan lapar. maklumlah musim dah hujung tahun macam ni memang asyik lapar je kan. sebab tu kalau beruang tu, bila dah masuk tempoh, dia start hibernasi, duk diam-diam and prepare food depan mata. so aku dah hujung tahun ni dah rupa beruang. hibernate je kerja. ahaha. aku harap takde orang samakan calory intake aku dengan manusia biasa lah. aku masih fasa menyusu Faiq. huhu. bukan lemak je dibako, satu badan aku terbako. ahaha. tapi dah masuk dua hari ni, aku layankan perangai Faiq. so far, okay dah kitorang. aku harap, aku dengan Faiq dah boleh jadi sebaik ni sampai bila-bila. tapi tu lah, drama queen aku dah transfer meresap pulak dalam badan Faiq. ahahahaha. tapi takpe. yang penting, drama wajib obvious supaya aku boleh detect apa yang nak disampaikan.

eh lambat ah nak tunggu cerita pasal aglio olio!
oleh sebab dah lama aku tak buat aglio olio ni, just pakai minyak biasa jek dah elok jadi. bukti, hasil pan ni elok je minyak kan lepas aku dah masak. huhu. plain jelah sebab pagi lagi masa tu.

before aku lupa, petang tadi aku ajak Faiq keluar main kat area laman rumah aku ni, cam biasa lah aku konon nak buat projek gembur tanah. ahahaha. bukan apa, aku dah jumpa teknik buang lalang dengan betul. walaupun makan masa yang mungkin it is going to take me forever to do it, aku okay jek sebab bosan banyak takde apa sangat nak buat. so petang-petang sekarang bila rajin, aku start kemas tanah. cabut akar lalang. mm.. tengah aku dah siap sikit and aku cam malas je nak teruskan lagi tadi tu, Faiq sudah mula dengan perkataan "nak". ahahaha. sekarang dah makin advanced. ingatkan food je yang dia boleh detect apa yang dia nak, rupa-rupanya peralatan berkebun (aku pakai istilah berkebun jelah sebab aku tak tau apa istilah bermain dengan tanah yang sebenar), pon dia dah boleh tau dia nak apa. what the heck..dia tunjuk kat area aku letak mainan korek tanah dia, then satu-satu aku tunjuk dia masih geleng. aku dah start nak masuk roh kudus dah haahaha. (roh kudus tu aku guna istilah ni sebab masa tengok Conjuring, subtitle malay ke indonesia tah pakai ayat roh kudus), dalam kepala aku, apa benda yang dia nak ni. nasib baik aku ni masih boleh fikir lagi, rupanya dia nak aku hulur beg kertas yang semalam kitorang pakai buat kumpul lalang smaller version. aku terkedu di situ. ahahaha. semalam ke kelmarin ek dia dah boleh ingat.

lepas tu, aku dah detect. Faiq dah boleh tahu kalau menu sarapan and makan petang tu dah start berulang masuk hari ketiga. ahahahah. masuk hari ketiga dia dah taknak makan lagi. ahahaha. fuh lagi lah aku jem otak. padahal aku beli supaya minggu tu habis terus. macam contoh, aku harap kentang goreng boleh buat Faiq gemuk yelah sebab kalau dah asyik timbang berat, slow je kenaikan..so it is like yay! semua boleh dimakan. tapi aku pun kena hati-hati dengan trans fat jelah buat masa sekarang. yang lain tu dah cukup nutritious dah. nak nutritious macam mana lagi kan..dah sah-sah belakang setiap packaging makanan siap dah kira kadar kalori, protein and so on. so aku selang-selang. kejap kang ayam, kejap kang daging, minggu ni sebab dah bengang pasal kejadian telur, aku menelur jelah sepanjang minggu ni. ahaha. 

bukan apa pun, Faiq jenis tak gemar lauk kuah-kuah. sebab aku dah pakai beras zakat 14 inggit, so takde kuah sangat pon tak begitu menjadi masalah sangat. Faiq dah ikut macam aku, sejenis layan clear sup. yang penting, taknak sup yang banyak sangat perisa. kosong plain tapi kurang MSG sikit. 

tadi aku belanja Faiq nasi ayam. adakah silap aku sebab benarkan Faiq untuk hirup sup straight from the bowl? sampai hari ni entahlah aku senyum je bila tengok Faiq layan sup macam tu. tak kisahlah bungkus atau aku sendiri yang masak, seronok tengok Faiq makan macam tu. huhu. tapi takleh biar lama sangat, nanti perangai dua pusar datang, habis ayam and nasi siap pakej celup dalam sup, duk keluar masuk dari mangkuk, bila dah time nak wash his hands, terbang ayam and nasi atas karpet. huhuhu. aku bila time makan, sekarang ni kan, roh kudus tak masuk sangat dalam badan. tapi bila dah petang ke kan, kalau Faiq dah start begitu, aa memang menempahlah suara petir dari aku. ahaha. macam team rxz yang lalu lalang minggu lepas, cair je kan tahi telinga bila dengar. Faiq bila dah start macam tu, lagi akh bengang bila dah elok dah tidur siang, bangun-bangun duk ehek ohok ehek ohok semua tak kena. kalau pagi tu elok pulak duk kejut aku bangun. 

tu jelah story aku pasal kelmarin, semalam and hari ni. aku nak cerita something pelik. ahaha. netizen zaman skang ni memang anti aku sorang ke camne ek? ahahah. kalau dulu masa aku ada Layla, busy algorithm aku dengan culture "bapa adalah cinta pertama anak perempuan pertama", sampai nak muntah aku sebab aku tak macam tu pon. ahaha. bukan istilah cinta hati tapi lebih kepada apa ek? independent macam bapa kot istilah lagi tepat. ni sekarang, wah busy plak algorithm "anak lelaki teman rapat si bapa". padahal sebelum aku ada anak lelaki, elok je memasing be like.. "anak lelaki merupakan kesayangan mak nye, itulah tanggungjawab anak lelaki terhadap maknye". eh lepas aku dapat anak lelaki, dan dan algorithm jadi "anak lelaki follow bapa". pon nak muntah gak aku sebab kalau dah aku ni jelmaan bapak aku, dah sah-sah elok sangat dah Faiq follow aku. independent. kan senang esok-esok ada wife, boleh independent jaga family. aku pun taknak serumah dengan menantu. huhu. aku pun jenis memang tak suka nak serumah dengan mentua. so aku tahulah macam mana keadaan menantu. aku pun dah start buatkan tabung belajar and tabung kahwin untuk Faiq. bahahah. oleh sebab Faiq ni dilahirkan oleh aku yang memang ada jejak parents, so, aku harap taste wife pun ikut jejak lelaki side aku. huhu. mm kalau nak ikut taste, memang kitorang jenis tak minat dak-dak curly hair ek. (aku dah tau dah apa netizen fikirkan. bahaha.) bu the way, my dad pun lahir-lahir mana ada curly hair, bila dia zaman bujang jadi curly aku tak tau kenapa. tapi wavy bukan curl sangat pun. aku tengok gambar pakcik aku masa zaman dorang kids, semua straight hair macam arwah atok aku! maybe sebab zaman tu flex rambut afro, so i have no idea macam mana dorang boleh jadi wavy hair bila dah beso. aku plak masa lahir pun sama. elok je lembut. aku just suspect masalah shampoo sebab masa aku zaman kids, aku dah stop pakai shampoo baby. 

so anak aku memang Layla and Faiq, aku memang stay je biarlah pakai shampoo baby. kalau tak pun, biar jelah organik pakai air jelah. kesian rambut elok-elok, takde masalah kulit kepala, kang tak memasal build up chemical atas scalp. cian dah. nanti salahkan genetik pulak, padahal masa lahir elok je. 

okay goodnight. 


Thursday, December 12, 2024

mazna

 hola!

okay hari ni aku nak throwback pasal aku punya hamster, nama Mazna. aku beli hamster ni masa Mei tahun 2022. aku nak kata bahawasanya, inilah satu-satunya haiwan peliharaan yang paling lama bertahan sebab selama aku hidup, seperti yang semua orang tahu, kejap je pet aku hidup. well well well, hasil daripada risikan informasi melalui youtube, sorang youtuber ni memang bagus lah segala ilmu pet yang dia share. memang banyak membantu aku sepanjang aku ada si Mazna menemani kehidupan alam perkahwinan tanpa anak pada ketika itu. syabas, sharifah mastura!

aku share her link youtube which so helpful!

https://youtube.com/@victoriaraechel?si=kvhDSLbNDIF_LnFK

memang kali ni, aku betul-betul spend untuk Mazna. Mazna ni species winter white dwarf hamster which is aku beli, kat tempat pembiakan hamster kat area Bachang, Melaka. aku tak tahulah orang tu masih buat lagi ke tak. tapi memang banyaklah orang tu buat niaga kat rumah dia. mungkin masa tu rasa macam sunyi pulak kan asyik tengok muka sesama sendiri, so aku mintak Fazrin untuk belikan aku hamster. aku, bila bab-bab macam ni, aku tak malu sangat nak mintak. tapi kalau ada certain benda tu aku jadi malu sikit nak mintak duit. huhu. dan kalau dia nak bagi duit pun, aku macam tengok dulu untuk apa. kalau rasa aku tak berapa nak hargai sesuatu tu, aku tak minat sangat nak pakai duit dia bagi. macam contohkan, peralatan mandi, barang kecantikan, baju, kasut and so on. aku jenis entahlah tak minat kalau nak beli barang macam tu guna duit dia yang bukan nafkah bulanan. pelik kan? tapi kalau nafkah bulanan tu, aku memang hype untuk spend on food, or pergi jenjalan.

Mazna nampak comel je bila rumahnye
baru lepas dibersihkan.

tapi kalau contoh aku bergaji, macam contoh masa pkp boleh keluar epf which is sebulan rm1000 kan, aku memang tak kedekut pun untuk spend on myself especially toiletries. kalau setakat makeup ni aku memang tak minat sangat, just adequate untuk basic je buat ghaso-ghaso cam pegi kenduri kahwin ke kan. tu jelah. tu pun sekarang ni aku dah dispose makeup yang mana dah lebih 12 months tu. sejak ada Faiq, aku jadi tak minat nak pakai perfume and cantik-cantik sebab bila nak spend waktu bersiap tu, Faiq pun busy loghat nak kasih sayang. ahaha. jadi aku stress bila nak keluar yang perlukan aku ni pakai cantik-cantik. so last aku melawa, tu lah masa aku pregnant Faiq. ahaha.

yang bekas purple tu adalah toilet Mazna
tempat mandi pasir. dulu masa aku ada Kiko,
aku pergi mandikan Kiko pakai air. manalah tak 
mati Kiko masa tu. makan tomato and cucumber je 
masa tu Kiko. kesian..

okay, so Mazna yang buat aku isi kekosongan kehidupan dan bosan takde apa nak buat masa tu. memang syok bila ada budget khas untuk pet kan. segala macam aku beli sebab seronok punya pasal. tapi nak ada hamster ni memang kena rajin. cuma kesian Mazna masa aku dah sampai due date and Faiq pun dah keluar, Mazna semakin hari aku dah abaikan kebersihan rumah dia. kesian Mazna. aku decide taknak seksa dia macam tu sebab rasa macam berdosa jek bila aku dah sampai tahap nak mampu nak jaga kebajikan Mazna, so aku lepaskan je Mazna kat laman rumah aku. aku rasa Mazna pun dah ghaib and segala rumah Mazna aku donate kat kawan sekerja Fazrin. Fazrin cerita kat aku yang kawan dia pun ada bela hamster. so aku be like, okay. amek jelah rumah Mazna yang mewah tu. ahahaha. untuk beginner macam aku, rasa macam mewah lah rumah hamster saiz macam tu, tapi kalau dah masuk intermediate, tu kira torture hamster sebab ruang tak cukup sangat nak bagi dia explore. tapi okaylah, sepanjang aku jaga Mazna kali ni, memang lama sangat sebab from May 2022 sampai lah beberapa bulan selepas aku lahirkan Faiq. lama okay setahun tu. aku pun tak ingat bulan berapa aku lepaskan Mazna.

aku memang suka tissue bedding jenama ni sebab 
takdelah messy sangat dalam tu. mahal ya amat
tissue bedding tu ye. setiap minggu kena rajin bersihkan.
tapi bukan buang semua supaya scent Mazna tak hilang.
kalau tak, memang marahlah Mazna nanti sebab penat dah
Mazna locate territory dia.


memang best ah ada Mazna kat rumah sebab aku
nak stay overseas tak dapat, so apa salahnya 
aku ada kan Mazna dalam rumah. huhu. seronok sangat.
main susun atur rumah Mazna masa tu.


hari ni tetiba aku rindu pulak nak ada hamster. ahaha. tapi tu lah, aduh memang kena jaga rapi dan rajin sebab hamster sejenis pengotor. ahahaha. actually hamster kalau kat luar negara tu stay dalam hutan, bersih jek. tapi bila dah jadi house pet, kitalah kena jaga rumah dia and so on. so far okaylah masa tu aku memang rajin and sangat seronok ada Mazna. sekarang ni pulak aku rasa macam nak ada something kat rumah like bunny ke kan. kucing aku tak minat sebab leceh nak jaga. plus, aku memang alah dengan cat dandy. sampaikan aku pernah mintak klinik untuk bagi aku shot khas untuk alah kucing. dengan nanti hidung aku berhingus and mata aku berair gatal-gatal. lepas tu mula tergaru-garu kulit. dulu pun ada mak aku bela kucing kat rumah, memang merana hidup aku. haha. bulu gugur takleh blah si Hemo.

nampak tak bila mana pic bawah tu, 
leceh ek nak kena bersihkan kawasan
Mazna makan and berak. belum cerita lagi bahagian
Mazna sorokkan makanan kat
area sebelah tu. 

tapi Hemo tu comel je macam Stitch dalam cerita Lilo and Stitch. mata dah macam marble warna biru. tapi bila sampai time nak bersihkan tahi dia dalam tray tu, memang taklah aku nak layankan. memang mak aku yang nak bela kucing dalam rumah masa tu, so memang dia jelah settle kan si Hemo masa tu. aku just layan Hemo cenggitu-cenggitu jek lah. aku memang tak minat dengan kucing. 

rindu pulak kat Mazna. aku harap dia dah terbang ke atas langit dan masuk ke alam syurga dah. miss you, Mazna. comel je kan, bila ada someone aku sayang (manusia), aku mesti akan beli haiwan peliharaan. so now aku nak list down pet aku:

Katie & Dylan (kura-kura masa aku Form 4 kalau tak silap);

Kiko (hamster masa zaman bercinta dengan ex boyfriend kesayangan, dah kitorang tanam kat pesisir pantai Klebang, Melaka);

Akiko Kaoru (sugar glider masa zaman bercinta dengan Asrul, kitorang dah tanam kat laman rumah aku sekarang ni..tapi aku beli sugar glider tu sebelum aku kenal Asrul, aku berkawan dengan kawan dia, Afif); and

Mazna (winter white dwarf hamster yang paling beruntung sekali sebab paling mewah masa tu Mazna aku jaga dengan jayanya waktu dalam tempoh perkahwinan aku dengan Fazrin).

so sweet je kan?

ada gak aku bela selit-selit ikan gapi tapi aku rasa aku jenis tak minat kot nak bela ikan. ada sekali bulan hari tu dalam tahun ni, aku beli kura-kura and ikan, mati gak. kesian. cuma masa aku ada sekali tu bela ikan gapi dengan Fazrin, sampai beranak-pinak ek. jadi banyak sampaikan burung datang banyak singgah kat rumah aku sebab rupanya kolam ikan gapi tu menarik perhatian burung rupanya. tapi ikan gapi ni aku bagi Fazrin jelah yang uruskan sebab aku suka tengok jek, nak bela tak minat sebab kesian, selang berapa hari ada je yang mati. 

okay, tu jelah aku nak story. 

aku kan suka nak throwback.

tapi aku ni throwback tak ikut masa pun. ikut suka aku jek kalau hari ni aku teringat psal apa and so on. bukannya aku jenis throwback macam repost memories kat facebook tu pon. ada orang suka nak teringat oh bulan ni apa pernah jadi and so on. aku jenis tak macam tu. kalau contoh aku tengah mood sweet and ada something aku nak kenang, straight away idea tu datang and aku akan ingat apa yang jadi waktu bila tengok gambar and all the videos yang aku simpan. 

ni pun, phone aku bila aku dah kurangkan, eh tambah lagi. and another thing is, bila aku capture satu gambar tu, banyak yang aku nak story. ada je idea tu datang. tapi disebabkan dea tu banyak, aku delay and simpan je so tak dan nak update straight away time tu. kalau nak recall the memories, inshaallah boleh. so this is one of the method aku sembuhkan diri aku. it's like, cherished and appreciate all the memories that i've been keeping for so long. sebab tu, aku memang tend to stay single selagi boleh instead of cari someone untuk isi kekosongan waktu aku. aku jenis orang yang macam ni. sebab tu bila break up tu, aku takkan contact orang tu lagi sebab dah banyak memories aku simpan and cukup untuk aku spend waktu selepas itu, untuk dihargai moment aku bahagia. huhu. 

so, bila mana aku dapat memories kahwin yang tinggal bersama dalam tempoh sepanjang aku nikah sampailah hari mahkamah declare cerai tu, memang aku rasa kosong sikit. sikit jelah takdelah over sangat. bagus jugak sebab Fazrin pun jenis tak layan sangat bila aku buat aduan pape. sekarang aku lagi relax and chill sebab aku memang sejenis macam ni. kalau aku rasa nak ada someone special, baru aku cari. kalau dah break off macam ni, aku prefer nak rehat je. penat mental emosi. huhu. hmm tu jelah aku nak share.

goodnight! 

Wednesday, December 11, 2024

throwback: 12th of March, 2021.

hello!

tengah buat apa tu semua? hehe.

dah aku bosan takde apa sangat nak buat..kat area rumah aku ni, hari ni cuaca agak mendung je start siang tadi. ada gak lah hujan waktu tengah hari nak ke petang. jadi, aku takdelah nak bawa Faiq main kat luar ni. ni pun, Faiq dah tidur dah.

well, since aku ni suka sangat edit gambar, gambar yang paling tak boleh nak move on, ialah gambar aku nikah. walaupun serba serbi kurang, especially dari segi kos make up, bunga palsu, baju nikah, henna, and most important of all, aku tengah risau pasal keputusan ijazah sarjana muda aku masa tu. wahaha. so sebenarnya, muka nervous ke, muka lapar waktu photoshoot yang mana lelaki dah kejar nak solat jumaat and aku pulak, reload email, tak masuk-masuk. memang keputusan final exam selalu masuk dalam email. huhu. tapi aku rasa, muka aku lebih kepada.."apa aku buat ni ek?" haha. macam tak percaya je aku boleh kahwin pulak time tu. aku nak salahkan covid-19 and pkp lah. boleh ke? haha. yelah, mati kutu punya pasal kat rumah. 

well, kalau dah jodoh aku memang cari sendiri online..cumanya, beza kat sini, takde orang tengah yang terlibat. kalau dulu tu, aku kenal kawan online budak utem and he introduced aku kat kawan dia, Asrul. but this time around, website yang sama je jugak, aku berkenan plak dengan Fazrin. aku nak recall ayat "saya tak selalu kat sini, ni nombor phone saya." bahahaha. oleh sebab website tu, memang aku dapat kengkawan yang elok, so aku takde masalah pun untuk berkawan kat situ. tapi untuk safety aku, aku memang filter umur. website tu kalau orang yang tak biasa sangat, mesti terkejut teruklah sebab ada je orang jenis spam yang macam tak berapa nak waras kan, cerita something yang tak begitu menyopankan. yang aku pelik tu, lama pulak akaun-akaun macam tu. wahaha. 

ada je sorang kawan ni, dah memang elok dah. masa tu aku dalam fasa lost contact dengan Asrul. rasanya kalau tengok clue, memang dah ada bau-bau nasi minyak masa tu. tapi, since ada satu ayat from his parent yang buat aku sentap, (bukan sentap sangat pun, just aku macam..mm tetiba terfikir, kenapa lak macam tu. huhu. tapi bila fikir balik, ada betul jugak kot. cuma aku maybe masa tu like, attitude whatever.) yelah, manalah aku tahu bila dah kahwin, kena ada fasa pregnant and so on sampai ada anak segala. ahaha. aku pregnant pun memang jenis mengejutkan. like, what the heck. aku tak period! (masa tu lah..eh tapi aku rasa dedua anak aku mengandung, sama jek. tetiba aku leka dan lalai). 

okay, tak adil pulakkan aku nak sorok pulak pic kahwin. takpelah, walaupun maybe aku ni dah ditulis jenis kahwin tu tak berapa nak kekal, aku boleh je nak flex sikit pic kahwin aku. jangan ada yang dengki dahlah. kitorang pun dah cerai. so, ikut suka akulah nak flex sebab kebetulan aku punya makeup sendiri memang on point sikit. lagi pulak editor pic agak over terlebih. aku takdelah rupa korea pon. javanese terlebih adalah. tapi aku rasa, bila aku dah makin tua ni, aku rasa aku banyak pulak ikut rupa arwah nenek aku yang bahau tu. huhu.

okay, thanks buat jurufoto yang aku tak kenal tetiba offer nak buat photoshoot aku kahwin. katanya, kawan adik lelaki aku. apa lah aku ni, selalu je bila kahwin, takde bajet. manalah aku tau, bila aku tengah takde bajet, eh ada je plak orang sanggup nak kahwin dengan aku. bahaha. so sekarang ni pun aku risau gak mana tahu tetiba ada orang ajak kahwin. hahaha. mohon insaf ye, sharifah mastura. belum setahun lagi kau cerai, dah fikir pasal kahwin lagi pulak. padahal, kalau nak ikut planning, umur 40 kan baru nak kahwin. itu pun maybe sebab sekarang ni rasa kosong sikit sebab aku masih stay single.

okay, aku nak flex gambar kahwin aku yang kedua. (takleh nak janji aku ni takkan kahwin lepas ni, sebab hati aku berat mengatakan, ada someone macam berkenan nak memperisterikan aku jek.) aku tak tau lah siapa tapi hati aku memang berat berkata begitu. 

cuma aku minta Allah jauhkan dengan manusia yang ada niat tak elok ke and ada niat yang tak baik atau niat jahat, (kalau baik niat tu bagi dia tapi bukan baik bagi aku pun, kira aku taknak macam tu)..yelah macam contoh aku kata kan, dalam hidup aku, takde istilah berbaik untuk anak-anak. 

sekarang pulak, anak aku dua-dua datang dari hasil perkahwinan aku dengan dua bekas suami. so, anak aku Layla Zulaykha tu ada satu abah, and Faiq Zulfiqar pulak ada satu baba. aku? forever alone. wahaha. 

okay, macam biasa lah perempuan, sejenis takleh move on bila ada pic yang happening sikit. lebih-lebih lagi, aku yang jarang nak makeup sangat. cuma aku kalau makeup, aku ignore yang tepek-tepek kat kulit muka, and just highlight eyebrow and lip balm sikit. kalau rajin, aku pakai eyeliner sket. aku malas nak tepek sangat sebab aku rimas rasa muka aku ni tak bernafas jek. sebab tu aku pilih Silkygirl jelah untuk tepek-tepek kat muka sebab aku kulit orang Asia. dah sah-sah cuaca khatulistiwa, kenalah pakai product Malaysia. hmm.. tapi ni pun dah lama aku takde facial wash. cian aku.

okay, aku nak belek album kahwin jap. so ni jelah hasil aku edit..dengan jayanya!






okay, dah puas kita flex gambar outdoor, gambar indoor pulaks.


aku gelak tutup muka masa tu. bukan apa pon. 


wow..betul gak ye hasil penyusuan dengan Layla Zulaykha
walaupun lima bulan je masa tu, berapa tahun kemudian,
kurus gak ek badan aku. bahaha. 



ni gambar paling aku favourite the most!
sebab nampak macam best friend kan?
best friend ke tu..susah nak jawab. 
hahahaha.
time sweet best friend lah,
time roh kudus masuk dalam badan
masing-masing, taknak dah aku ingat.


okay, dah tu jelah aku rasa nak share pasal perkahwinan aku kali kedua. aku doa semoga Faiq Zulfiqar merupakan anak bongsu aku. cukuplah sekadar Layla dan Faiq dalam hidup aku. aku tak mampu nak bahagikan kasih sayang lagi. aku pun sedih takde orang sayang aku. cia3. poyonye. kengkawan aku masih sayangkan aku, kira bersyukur di situ..cuma aku harap, dorang takdelah carikan jodoh untuk aku. haha. kan aku dah kata, lepas ni, aku dah kena cari orang yang boleh dwibahasa dengan aku. 

okay goodnight semua pembaca setia!

p.s. fuh bakat edit aku sekarang agak luar biasa. 

throwback: puteri confinement care services

hai. actually takde mood sangat aku nak cerita pape hari ni sebab, kalau dah sehari tu, panjang berjela aku taip, penat gak otak aku ni duk perah idea nak dapatkan modal taip blog ni. kalau sebelum ni bestlah sebab menaip. tapi sekarang ni aku just update blog ni, pakai phone jek. so tak berapa nak syok sangatlah. huhu.

okay, macam aku kata dalam post sebelum ni kan, bila aku dah start cerita pasal anak, aku memang susah nak berhenti. haha. aku dah share story pasal waktu bersalin, so now.. aku nak share pasal tempoh berpantang pulaks!

(tengah aku taip ni, Faiq tengah on the way nak tidur and dalam pada nak tidur, aku dah jadikan habit pulak, untuk menyusu sampai dia sendiri masuk alam tidur. kalau nak ikut baik hati aku, aku suka biar dia lepaskan sendiri je puting susu aku, tapi kadang-kadang kalau aku tengok dia dah masuk lena sikit, aku tarik slow-slow. tapi aku perasan dalam minggu ni kan, dah dua ke tiga kali gak lah dia duk gigit puting susu aku. tapi tu petanda gigi nak naik. macam sebelum ni.. group support yang aku join ada ajar nak buat macam mana. tapi, bila nak masuk gigi taring dah start nampakkan jelmaan kat gusi tu, termasuk gigi selepas taring tu, dah naik sikit, woah..dia punya cengkam gigitan tu, elok je ek kat hujung tu. memang sakit. huhu. actually bila nak tarik pun kena ada teknik gak.)

okay..aku nak buat review confinement care services..

bila cerita pasal confinement care services ni, aku dah boleh buat penghargaan kepada someone lah iaitu bekas husband aku. penat gak ek asyik nak pakai isitlah ex husband. sebab tu aku ni suka panggil nama je. haha. boleh ke? tak pe je kan? 

thanks to Fazrin sebab dah berjaya tunaikan impian aku untuk dapatkan confinement care services sewaktu lahirnya Faiq. masa mula-mula ada Faiq, actually elok je kitorang dua. tak taulah sejak bila kitorang jadi panas bertekak bagai sampai nak runtuh masjid. okay, makanya dah runtuh dah pun dengan sendiri..

aku pilih pakej ni..


oh ye, macam mana kitorang kumpul duit nak cecahkan sampai jumlah sebanyak ni?

Fazrin masa tu buat advanced payment dengan company dia kerja. sebab tu aku rasa kecewa je sikit bila he decides to leave the said company. bulan-bulan tolak gaji. untuk deposit, memang aku kumpul sikit-sikit kalau tak silap. dalam tempoh aku pregnant tu, setiap minggu aku ketepikan rm20 untuk berpantang, and another rm10 untuk pergi babymoon! tapi tu lah..sayang sangat sebab Faiq tak dapat aku buatkan aqiqah.. sedih banyak kat sini sebenarnya. aku kesal sangat. awal tahun ni ada something berlaku and maybe sebab tu, Fazrin choose to leave the said company. aku harap sekarang dia dah boleh recover and tak ulang lagi kesilapan dia sebelum ni. aku harap sangat, orang terdekat dia pun dah tak pressure dia untuk buat perkara yang mendatangkan musibah dan masalah. ini je aku harap. bila dah dapat satu kebebasan, hargailah sepenuh hati. tak perlu ikut tunjuk ajar yang tak elok tu..nanti, memakan diri sendiri je k?

okay, so..

ala boleh je aku share link je kan kat album gambar waktu aku berpantang.. 

tapi mana tahu, boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa, boleh je pakai contoh menu yang ada..

aku ni nak kata strict tak pun sangat waktu berpantang.

aku pun tak tau sangat kenapa kena berpantang tapi aku try jelah buat ikut mana yang boleh aku follow. 

ahaha. tapi, awal-awal aku dah bagitahu kat Fazrin yang aku memang akan confirm benci kat dia sepenuh hati bila mana aku dah ada anak nanti. selama mana kitorang stay sama-sama, gaduh ke apa, memang aku okay je lagi. tapi bila start aku pregnant, penat aku nak bergaduh dengan dia. lepas tu, bila dah beranak pulak, lagi menambah-nambah Fazrin tu suka mencabar keimanan aku. aku tak tau kenapa dia buat macam tu. tapi aku memang tak suka lelaki bila aku dah penat-penat beranak, lepas tu saje cari pasal nak buat aku marah. lepas tu nanti, nak claim aku ni meroyan plak. eh. pdahal sendiri dah jealous bila tengok aku lebihkan anak daripada dia. huhu. tapi bila anak aku ni lelaki, huhu, terkena balik lah macam mana dia buat aku dulu. bukan niat aku pun nak buat dia jealous ke apa, tapi aku harap dia fahamlah apa perasaan aku masa tu, dia nak flex ada anak dengan aku. yelah, masa aku kahwin dengan Fazrin, anak aku Layla Zulaykha tu takde pun stay dengan aku. kitorang pernah jumpa sekali je masa awal tahun 2022, dalam bulan February macam tu. okaylah, umur 4 tahun lebih, dah boleh cakap nak kencing sendiri. aku tak taulah bila nak start potty training dengan si Faiq ni.

okaylah, aku share the sepuluh hari aku bermanja dengan akak confinement lady ni. her husband yang tolong shave kan rambut Faiq masa tu. dah sampai sekarang ni rambut Faiq masih belum timbang. aku pun dah lupa kalau dah timbang, duit tu nak buat apa. kalau sebelum ni, masa Layla Zulaykha, aku bagi kat Asrul je untuk settle kan bab-bab ni. 





tapi lawak ek, Fazrin baru first time tanam uri sendiri. haha. tahniah lah aku ucapkan. dua-dua anak aku, uri memang kat sebelah je bilik aku, kat area tanah bawah tu. dah tanam sebelah-sebelah. so sweet!

tapi Layla Zulaykha dulu pun, aku just kira pakai silver jelah. tak mampu nak timbang ikut kadar gold. rambut punyalah lebat. ahaha.




oh ye, aku actually focus more on meal preparation sepanjang waktu awal sepuluh hari lepas aku bersalin. sebab yelah masa tu tengah fasa lemah kan. bila masuk lepas dua minggu tu, aku dah kuat sikit dah nak sambung balik aku punya confinement meal planning. 

jangan tuduh aku ni tak reti masak plak k? 

aku dah boleh dah jaga perut suami. huhu. tak caye ke?

nanti aku share hasil aku masak sewaktu aku bahagia..hehe.. in the meantime, aku share dulu moments minggu awal selepas bersalin.

oh ye aku nak bagitahu, barang dapur like lauk and nasi, buah and so on, kita sendiri kena ada kan.. jadi confinement lady just provide service untuk masak and focus more on kita punya physical and dalaman supaya sembuh dengan elok.. so far, memang happening and aku bersyukur sebab, memang sangat best ada pengalaman macam ni. ni je aku rasa pengaruh oleh artis malaysia yang aku salute habis boleh follow. haha. walaupun budget tak berapa nak artis, tapi untuk buat ghaso-ghaso tu, aku bagi star banyak-banyak..aku happy sangat! 

alhamdulillah..

kalau cerita throwback pasal ni, cewahh..sebab tulah aku boleh terjatuh hati dengan Fazrin. ahahaha. sebab tu aku kata, aku takleh nak simpan dendam sangat. teruk macam mana pun kitorang gaduh, wuwuwuwuwu.. aku rasa dia teman yang aku boleh harap lagi-lagi part bersocial. aku ni jenis malas nak ber social sangat. kalau dia tu jenis boleh borak dengan sesiapa jenis ramah. sama je macam Asrul. tapi bila perangai memasing tu dah datang, bak kata aku, roh kudus dah masuk dalam badan, memang tak dapek den nak nolong lah. ahahaha.



nanti aku share lagi baki hari aku berpantang masa tu.