hardest goodbye
samsung a7 lite lte
It is time...to let go..of the pass.
(Tarik nafas...hembus...)
Bismillah...
Maka hari ini 1/7/2022 aku akan melepaskan segala yang terbuku di hati sanubari aku. Perit? Tak. Sedih? Tak. Suka? Pun tak. Perasaan aku, numb. Seolah-olah kebas segalanya.
Terlalu awal untuk aku berkahwin lagi tapi apakan daya aku terlalu lemah untuk meneruskan kehidupan aku di hari mendatang. Aku ingin mencurahkan segala kasih sayang yang masih berbaki ini kepada mereka yang memerlukan. Menyesal? Kadang-kala. Bersyukur? Aku biar masa menentukan..bukan mudah untuk menimbang segala baik dan buruk seseorang. Insyaallah aku kuat.
Aku buka fail anak aku...fail keluarga yang pernah aku impikan selama ini...ya Allah maafkan aku...kerana telah melukai hati anak aku...kerana gagal untuk menyatukan kembali dua hati yang pernah menyayangi mu anak.
It's okay, the rest is His job. Aku telah berusaha mengikut kemampuan aku..dan aku letak segalanya di tangan Dia yang satu..kerna kudrat hatiku hanya sekadar ini.
Layla, andai kata aku pergi dulu..ketahuilah..ini sejarah keluarga kita.
Cerita Sedih Hari Ini
Okay hai.
Aku nak gelak pun ada sekarang ni sebenarnya. Haha. So dalam beberapa hari ni aku tak tau lah apa yang aku nak men sedih sangat. Macam ada benda je yang buat hati aku sayu. Apa pun aku tak pasti. Apa yang pasti aku seronok sebab dah period macam biasa and jadi normal. Penat gak bila dah setahun lebih tak period. Huhu.
Nak dijadikan cerita, semalam patutnya aku ni dah habis period tapi semalam elok je ada darah macam period. Aku pun terus google symptom miscarriage sebab last month aku ada sore breast and fatigue ya amat. Macam tetiba aku jadi cepat letih. Nak kata covid, tak. And lately aku tidur siap snoring weh! Hahahahaha. Cam babun je rasa.
Aku pun risau sebenarnya sebab masa first day period pun memang ada blood clot. Tapi satu jelah macam tak berapa nak obvious. Tapi yang pelik period kali ni lain macam sebab darah tu macam keluar hancur2. So semalam sebelum tidur aku google lah, eh terkena pulak symptom miscarriage tu like cramping, leg cramp, spotting and bleeding. Terus aku tidur sebab tak sabar nak pergi klinik esok pagi.
Dahlah kereta aku ni tengah bermasalah kan. So aku pun naiklah grab. Aku pergi klinik Amal kat area Bukit Katil tu sebab malas nak pergi KK malas nak duduk sana lama2. Bukan apa, memang perut aku sakit sangat2 macam senggugut tu. Tak tau lah tu memang period pain ke apa sebab aku ni jarang nak ada period pain. Kalau ada pun mesti one day before period.
So dengan nervous bercampur sedih bercampur emosi aku pun sampailah klinik. Ada lah dalam 20 minit tunggu giliran...bila masuk je doctor tu cam relax je tengok aku. Aku pulak dah prepare awal2 untuk drama sedih. Haha. Aku pun cerita lah kisah period aku and kisah injection 'depo' aku sejak last year. Like baru last month aku decide nak stop kejap sebab rindu nak period. Dah lama tak beli pad. π€£ (Nak dapat cuti puasa ler tuuu).
Tapi aku lupa nak bagitau pasal blood clot masa first day period tu. Aku just bagitau pasal pagi ni punya je. Aku amek lah gambar siap2 and tunjuk kat doctor. Huhuhu...doctor pun ajak pergi scan. Nervous weh!
Alhamdulillah...doctor scan cakap semua okay. Segala jenis yang berkaitan kesihatan aku semua normal and cantik. Siap explain tengok aku punya ovari bagai. Aku tengok lah monitor scan tu nampak lemak aku (otak kau lemak! Hahahah) aku tengoklah screen monitor tu padahal tak faham pun, so kalau doctor cakap semua cantik takde apa yang perlu di concern kan, aku pun lega. Dalam hati dah gelak sebab takde drama sedih untuk hari ni. Lol. Aku just terpana and terkejut je bila doctor cakap ni darah istihadah.
Istihadah? Memang aku tak pernah pun alami benda macam ni. Orang kata istihadah ni darah penyakit. Aku belum google lagi sebab penatnya aku rasa bila darah tu keluar and sakit perut aku. Aku pun ceritalah kat doctor apa yang aku risau sangat. So bila drama sedih takde, aku pun cover lah dengan penyakit yang aku tgh hadap lepas pergi mandi air terjun bulan dua hari tu. Hahahahahaha. Thank you doctor bagi ubat!
Aku rasa orang dalam klinik tu mesti macam tertanya2 apa aku buat kat klinik tu. Ni lah aku benci nak pergi klinik sorang2 sebab orang tengok aku lain macam ya Allah. Aku tak buat pape lah weh dan aku bukannya budak sekolah! π₯² Kat kaunter staff tu tanya kenapa, aku pun cakap "hari tu saya period sampai hari ni tak habis dan pagi tadi keluar darah beku." Siapa yang dengar tu tengok aku sampai aku duduk. Like pandang apo kau?! Aku dah 34 tahun lah. Pakcik2 kat situ pun asek lah tengok aku. Yelah semua orang datang berteman, berlaki bini, aku pulak dah nampak macam mangsa banjir. Stress gue.
Bila staff panggil aku untuk bayar and ambil ubat, sorang pakcik ni sibuk je tengok ubat apa aku ambil. Wahahahahaha. Dah lah aku datang naik grab, pastu siap ambil ubat bagai, ya Allah...rasa macam foreigner dah. Pakcik ni pandang2 aku cakap indonesia kang baru kau tau! Haha. Be like "iya pak aku lagi hamil, ngapain lo?" Hahahhaha.
Alhamdulillah...dapatlah bawak balik cream and bedak. Huhu. Hmm pastu nak balik, kena pakai grab lagi. Masuk je grab, driver bukak lagu paling aku benci iaitu genre dangdut. Omg. Aku dah dress up kpop dah ni. Teruslah aku tweet "rileks rileks aku lempang jugak kau ni kang nak lagu rileks rileks". Eh macam dengar pulak pakcik tu. Terus tukar lagu kpop la lisa! Hahahahahahahah.
Aku pun apa lagi, terus fe feeling kayangan tengah jalan2 kat singapore sebab duduk kat seat belakang siap pakai seat belt.
Apa pun agak letih hari ni sebab kaki aku memang lenguh dah berapa minggu ni tak tau kenapa. Nak rehat dulu sebab tak larat dah nak hidup. (Eh apo kau ni).
Rehatlah sebab doctor cakap ni mungkin gangguan hormon sebab dah setahun lebih aku inject 'depo', so nak period balik tu dia ada gangguan sikit macam darah beku. Aku masih macam tak boleh terima sebenarnya tapi confirm lah takde apa sebab masa scan memang nampak perut kosong. Huhu. Alhamdulillah. Serius aku dah overthinking sampai kena pergi bedah kat hospital. Haha. Dah siap2 dah nak buat wasiat bagai. Siap termenung lagi.
Okaylah selamat ber ramadhan!
P/s: jgn kacau aku tgh dalam fasa moody, mood swing, pms, kewanitaan dan sewaktu dengannya. Maklumlah baru nak merasa period setelah sekian kalinya. Wahahahha.
Maksud Raja Sehari
Hmm..terasa awkward sebenarnya aku nak tulis post kali ni. Aku pun tak pasti kenapa tapi secara jujur, memang aku akan tergelak dalam hati bila throwback balik pasal ni. Even tengok gambar pun aku masih tergelak sampai ke sudah (tapi dalam hati jelahkan).
Macam mana aku nak mula eh. Okay lah, ceritanya macam ni. Last year, waktu PKP aku kenal dengan someone ni. Lelaki lah of course. Kat mana aku kenal this someone? LOL. Disebabkan PKP, and aku pun terasa diri aku extremely single (bila Layla takde memang sumpah baru aku rasa single, kalau tak, aku busy je layankan dia, like, aku masih okay lagi bila hidup dengan Layla even without partner...tapi bila Layla dah balik kampung, aku jadi sunyi yang amat sangat) so...aku start lah online chatting..HAHA. Disebabkan aku ni spesis perempuan yang memang tak berminat untuk usha or couple dengan classmate aku sendiri or even dengan officemate or colleagues (tak tau lah kenapa tapi for me, memang kalau classmates tu is classmate, and colleagues tu is colleague, like even aku minat kau pun, memang takdo nya sampai ke tahap nak kahwin sebab bagi aku, classmates and colleagues tu ada satu garisan khatulistiwa yang memisahkan antara private life aku and education plus career aku. So, memang aku tak pernah la ter imagine untuk bercinta dengan classmate or colleague sendiri) and the fact that schoolmate lelaki pun aku takdo sebab aku memang sekolah menengah dari Form Peralihan sampailah ke Form 5 aku memang girls' school, so, option yang aku ada is..online chatting.
Apa yang lawak adalah bila mana aku boleh berkenalan dengan orang dalam Melaka. Actually, aku tak pernah pun terfikir nak ada relationship dengan orang Melaka sebab rasa macam Melaka ni is tempat aku membesar dari Darjah 5 so, me personally kenot brain. LOL. Rasa macam bila ada relationship dengan orang Melaka ni, macam menjalin hubungan dengan family sendiri lah senang cerita! Tapi, bila aku kaji balik, adik aku kahwin dengan orang Melaka, and adik aku lagi sorang tu pun kahwin dengan rakyat Melaka yang dah lama menetap kat sini, so, I'm like...okay...pape jelah kan. Sambil dalam hati bisik, okay gak kawan dengan orang Melaka, senang sikit nak dating LOLOLOLOL!
Nak throwback balik, waktu tu aku tengah hujung final semester LL.B (adui aku masih nak tergelak bila ingat-ingat balik). Maybe end of December 2020. Masa tu dah nak PKP balik. Huu..sedih sebenarnya bila ingat balik (apo, aku ni kejap kelakar, kejap sedih LOL). Sedihlah sebab bila teringat balik kenapa aku end up online chatting. But the thing is, semua okay je waktu aku kenal this particular someone. Aku happy sangat sebab ada kawan waktu tu. Ada kawan nak bercakap even dalam video call sahaja. Huhu. The sweetest thing masa tu adalah bila mana, aku dah benak buat assignment kat rumah and fully online class dari pagi sampai ke malam, ada yang teman aku dalam video call. Masa tengah jawab final exam pun this particular someone masih setia teman aku dalam video call. Yang paling aku suka sekali bila dapat makan sama-sama through video call. (Yelah masa tu PKP, nak keluar makan apanya, jadi seronoklah ada teman waktu makan huhu). Okaylah, nak dijadikan cerita, kitorang ni sama-sama pernah berkahwin dan masing-masing memang dah ada anak (syukur alhamdulillah...aku dah tak perlu beranak lagi..hihihihi..entahlah, aku jadi trauma nak beranak lagi...banyak sebab lah, thanks Abg Fazrin sebab memahami).
Okay lah, terlari daripada topik pulak. We decided to get married. Macam biasalah, aku bab-bab nak berjimat ni memang lah nombor satu. Aku be like, bagus jugak kahwin waktu PKP ni, tak payah nak buat majlis...huhuhu...aku pun memang masa tu takde income or saving untuk kahwin. Just aku memang suka nak lepaskan yang basic. Entahlah, aku ni memang nasib hidup aku macam tu agaknya. Asal kahwin je, bila aku tengah takde duit. Pishangg~ Tapi, aku ni expert lah bab-bab yang mana boleh cut cost, aku memang utilised habis-habis. Disebabkan masa tu aku pun tengah tunggu result final semester, memang aku rasa macam budak baru habis sekolah je bila Abg Fazrin ni ajak aku kahwin. Apa pun aku takde. Nak beli baju nikah pun aku macam nak menangis. LOL. (Oh ya, nanti aku post gambar hari waktu nikah).
So, mungkin dah sampai seru...untuk aku mendirikan masjid (ke...rumahtangga eh?), aku pun kahwin dengan this particular someone. Aku pun tak taulah apa yang aku fikir masa tu, tapi semua macam mudah je urusan tu. Family Abg Fazrin ni, siap nak buatkan majlis untuk kitorang. Aku sebenarnya tak biasa untuk ada majlis kahwin versi Melayu sebab aku memang spesis perempuan yang dah cukup happy dengan majlis pernikahan yo. Satu, mungkin sebab aku tak suka nak membazir and lagi satu, aku mungkin tak cukup Malay. Hue3. (Okay lah, to be honest, aku sebenarnya had no idea of the real Melayu wedding. Apa yang aku tahu adalah menerusi pembacaan short stories waktu Form 1 kat sekolah dulu, tajuk 'Of Bunga Telur and Bally Shoes', yang mana, kalau Melayu wedding tu, mesti complete bila ada bunga telur. So that's why, aku memang suka bila orang kahwin, dapat bunga telur and bila aku kahwin, aku masih suka nak bagi orang bunga telur. Memang takat ni je yang aku faham bila sebut adat Melayu wedding).
Bila Abg Fazrin bagitahu aku yang his mom nak buat majlis sehari selepas hari kitorang bernikah, aku just agree tapi aku cakaplah yang aku personally memang takde budget nak sumbang apa-apa. Tapi part paling aku rasa terharu is, bila his mom siap nak prepare decoration untuk our bilik pengantin. Ya Allah, sumpah aku terharu. Aku pulak, langsung tak prepare apa-apa kat rumah aku sendiri. Thankfully my mom agreed untuk masak after the hari pernikahan tu.. memang agak sayu lah aku rasa waktu tu. Aku sedih sebab masa aku buat huge decision untuk kahwin tu, Layla takde di tempat kejadian. Hati aku kosong sangat waktu. Ditambah lagi dengan hati aku nervous bila mana nak tunggu result final exam. Masa tu honestly aku rasa macam betul ke ni nak kahwin.
Tapi, aku rasa happy sangat dapat kenal dengan Muhamad Fazrin ni sebab, he taught me a lot. Banyak perkara yang aku belajar from him especially on how to deal with my anxiety. Tapi kan, (eh tapi lagi..haha), aku paling kagum dengan kesabaran dia yang sangat lah tinggi. Tak tau nak explain macam mana, it's just, huuu...nak nangis pulak bila sebut pasal ni...it's like, aku baling sampah tapi dia bagi aku bunga lepas dah tolong aku kutip and bakarkan sampah tu.πππ (dahlah, ter menangis pulak aku jadinya bila teringat our kehidupan di alam perkahwinan ni). I love you so much it hurts.
Dahlah, aku nak share gambar waktu majlis bersanding..yang terlalu Melayu bagi aku ni. Huhuhuhuhu...
Muka excited masing-masing. |
Ni lah bilik pengantin yang aku cakap tu...katil je aku dapat import dari Ayer Keroh. huhu. |
Hipster betul pelamin ni. |
Aku suspect family aku tengah gelakkan aku sebab dah nampak pengantin perempuan acah puteri Melayu yang ketot. |
Aku pun tak pasti kenapa pengantin tu digelar raja sehari sedangkan, aku ni tak berapa nak tinggi. |
Tak tau lah kenapa kena turun bukit, lepas tu kena naik balik. :D |
Gigih nak ikut SOP taw. Penjarakan social namanya. |
Lepas tu ada yang tegur...tak payah lah nak SOP kalau tengah bersanding. |
Done peluk tangan. lol. |
Aku tak sangka lah my dad boleh buat benda ni dengan jayanya. |
My mom masa ni dah bagi ceramah pendek dah pasal benda ni haha! |
Ni pun nak loghat2 jugak renjis air kat aku. |
Sedih jugak aku masa ni sebab kawan-kawan aku takde. |
Aku masih blur...dalam hati be like, apalah yang aku buat atas pentas ni. |
Dah habis bergambar, akhirnya dapat jugak aku makan. Lapar jugak masa ni sebab penat kena pakai baju puteri-puteri ni. |
:) |