Maksud Raja Sehari

 Hmm..terasa awkward sebenarnya aku nak tulis post kali ni. Aku pun tak pasti kenapa tapi secara jujur, memang aku akan tergelak dalam hati bila throwback balik pasal ni. Even tengok gambar pun aku masih tergelak sampai ke sudah (tapi dalam hati jelahkan)

Macam mana aku nak mula eh. Okay lah, ceritanya macam ni. Last year, waktu PKP aku kenal dengan someone ni. Lelaki lah of course. Kat mana aku kenal this someone? LOL. Disebabkan PKP, and aku pun terasa diri aku extremely single (bila Layla takde memang sumpah baru aku rasa single, kalau tak, aku busy je layankan dia, like, aku masih okay lagi bila hidup dengan Layla even without partner...tapi bila Layla dah balik kampung, aku jadi sunyi yang amat sangat) so...aku start lah online chatting..HAHA. Disebabkan aku ni spesis perempuan yang memang tak berminat untuk usha or couple dengan classmate aku sendiri or even dengan officemate or colleagues (tak tau lah kenapa tapi for me, memang kalau classmates tu is classmate, and colleagues tu is colleague, like even aku minat kau pun, memang takdo nya sampai ke tahap nak kahwin sebab bagi aku, classmates and colleagues tu ada satu garisan khatulistiwa yang memisahkan antara private life aku and education plus career aku. So, memang aku tak pernah la ter imagine untuk bercinta dengan classmate or colleague sendiri) and the fact that schoolmate lelaki pun aku takdo sebab aku memang sekolah menengah dari Form Peralihan sampailah ke Form 5 aku memang girls' school, so, option yang aku ada is..online chatting.

Apa yang lawak adalah bila mana aku boleh berkenalan dengan orang dalam Melaka. Actually, aku tak pernah pun terfikir nak ada relationship dengan orang Melaka sebab rasa macam Melaka ni is tempat aku membesar dari Darjah 5 so, me personally kenot brain. LOL. Rasa macam bila ada relationship dengan orang Melaka ni, macam menjalin hubungan dengan family sendiri lah senang cerita! Tapi, bila aku kaji balik, adik aku kahwin dengan orang Melaka, and adik aku lagi sorang tu pun kahwin dengan rakyat Melaka yang dah lama menetap kat sini, so, I'm like...okay...pape jelah kan. Sambil dalam hati bisik, okay gak kawan dengan orang Melaka, senang sikit nak dating LOLOLOLOL! 

Nak throwback balik, waktu tu aku tengah hujung final semester LL.B (adui aku masih nak tergelak bila ingat-ingat balik). Maybe end of December 2020. Masa tu dah nak PKP balik. Huu..sedih sebenarnya bila ingat balik (apo, aku ni kejap kelakar, kejap sedih LOL). Sedihlah sebab bila teringat balik kenapa aku end up online chatting. But the thing is, semua okay je waktu aku kenal this particular someone. Aku happy sangat sebab ada kawan waktu tu. Ada kawan nak bercakap even dalam video call sahaja. Huhu. The sweetest thing masa tu adalah bila mana, aku dah benak buat assignment kat rumah and fully online class dari pagi sampai ke malam, ada yang teman aku dalam video call. Masa tengah jawab final exam pun this particular someone masih setia teman aku dalam video call. Yang paling aku suka sekali bila dapat makan sama-sama through video call. (Yelah masa tu PKP, nak keluar makan apanya, jadi seronoklah ada teman waktu makan huhu). Okaylah, nak dijadikan cerita, kitorang ni sama-sama pernah berkahwin dan masing-masing memang dah ada anak (syukur alhamdulillah...aku dah tak perlu beranak lagi..hihihihi..entahlah, aku jadi trauma nak beranak lagi...banyak sebab lah, thanks Abg Fazrin sebab memahami).

Okay lah, terlari daripada topik pulak. We decided to get married. Macam biasalah, aku bab-bab nak berjimat ni memang lah nombor satu. Aku be like, bagus jugak kahwin waktu PKP ni, tak payah nak buat majlis...huhuhu...aku pun memang masa tu takde income or saving untuk kahwin. Just aku memang suka nak lepaskan yang basic. Entahlah, aku ni memang nasib hidup aku macam tu agaknya. Asal kahwin je, bila aku tengah takde duit. Pishangg~ Tapi, aku ni expert lah bab-bab yang mana boleh cut cost, aku memang utilised habis-habis. Disebabkan masa tu aku pun tengah tunggu result final semester, memang aku rasa macam budak baru habis sekolah je bila Abg Fazrin ni ajak aku kahwin. Apa pun aku takde. Nak beli baju nikah pun aku macam nak menangis. LOL. (Oh ya, nanti aku post gambar hari waktu nikah).

So, mungkin dah sampai seru...untuk aku mendirikan masjid (ke...rumahtangga eh?), aku pun kahwin dengan this particular someone. Aku pun tak taulah apa yang aku fikir masa tu, tapi semua macam mudah je urusan tu. Family Abg Fazrin ni, siap nak buatkan majlis untuk kitorang. Aku sebenarnya tak biasa untuk ada majlis kahwin versi Melayu sebab aku memang spesis perempuan yang dah cukup happy dengan majlis pernikahan yo. Satu, mungkin sebab aku tak suka nak membazir and lagi satu, aku mungkin tak cukup Malay. Hue3. (Okay lah, to be honest, aku sebenarnya had no idea of the real Melayu wedding. Apa yang aku tahu adalah menerusi pembacaan short stories waktu Form 1 kat sekolah dulu, tajuk 'Of Bunga Telur and Bally Shoes', yang mana, kalau Melayu wedding tu, mesti complete bila ada bunga telur. So that's why, aku memang suka bila orang kahwin, dapat bunga telur and bila aku kahwin, aku masih suka nak bagi orang bunga telur. Memang takat ni je yang aku faham bila sebut adat Melayu wedding).

Bila Abg Fazrin bagitahu aku yang his mom nak buat majlis sehari selepas hari kitorang bernikah, aku just agree tapi aku cakaplah yang aku personally memang takde budget nak sumbang apa-apa. Tapi part paling aku rasa terharu is, bila his mom siap nak prepare decoration untuk our bilik pengantin. Ya Allah, sumpah aku terharu. Aku pulak, langsung tak prepare apa-apa kat rumah aku sendiri. Thankfully my mom agreed untuk masak after the hari pernikahan tu.. memang agak sayu lah aku rasa waktu tu. Aku sedih sebab masa aku buat huge decision untuk kahwin tu, Layla takde di tempat kejadian. Hati aku kosong sangat waktu. Ditambah lagi dengan hati aku nervous bila mana nak tunggu result final exam. Masa tu honestly aku rasa macam betul ke ni nak kahwin. 

Tapi, aku rasa happy sangat dapat kenal dengan Muhamad Fazrin ni sebab, he taught me a lot. Banyak perkara yang aku belajar from him especially on how to deal with my anxiety. Tapi kan, (eh tapi lagi..haha), aku paling kagum dengan kesabaran dia yang sangat lah tinggi. Tak tau nak explain macam mana, it's just, huuu...nak nangis pulak bila sebut pasal ni...it's like, aku baling sampah tapi dia bagi aku bunga lepas dah tolong aku kutip and bakarkan sampah tu.😭😭😭 (dahlah, ter menangis pulak aku jadinya bila teringat our kehidupan di alam perkahwinan ni). I love you so much it hurts. 

Dahlah, aku nak share gambar waktu majlis bersanding..yang terlalu Melayu bagi aku ni. Huhuhuhuhu...

Muka excited masing-masing.

        


Ni lah bilik pengantin yang aku cakap tu...katil je aku dapat import dari Ayer Keroh. huhu.



Hipster betul pelamin ni.



Aku suspect family aku tengah gelakkan aku sebab dah nampak pengantin perempuan acah puteri Melayu yang ketot.



Aku pun tak pasti kenapa pengantin tu digelar raja sehari sedangkan, aku ni tak berapa nak tinggi.

Tak tau lah kenapa kena turun bukit, lepas tu kena naik balik. :D


Gigih nak ikut SOP taw. Penjarakan social namanya.

Lepas tu ada yang tegur...tak payah lah nak SOP kalau tengah bersanding.

Done peluk tangan. lol.

Aku tak sangka lah my dad boleh buat benda ni dengan jayanya.

My mom masa ni dah bagi ceramah pendek dah pasal benda ni haha!

Ni pun nak loghat2 jugak renjis air kat aku.






Sedih jugak aku masa ni sebab kawan-kawan aku takde.

Aku masih blur...dalam hati be like, apalah yang aku buat atas pentas ni.







Dah habis bergambar, akhirnya dapat jugak aku makan. Lapar jugak masa ni sebab penat kena pakai baju puteri-puteri ni.

:)

Walau apa pun, aku nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada both of our family sebab sudi meraikan aku dan Abg Fazrin kesayangan aku ni. Dapatlah kitorang bercinta dan berkasih mesra. Cia3. Tapi masa ni agak lawak sebab Abg Fazrin ni busy kenalkan aku pada his big family sambil bisik-bisik, tapi sebab aku macam risau dengan benda yang ada atas kepala aku tu, aku be like.."oh...okay..." Haha. Susah sis nak fokus masa tu, yang sis tau sis dapat makan sedap masa tu. Huhuhhu...sedap tapi tak boleh nak makan banyak-banyak sebab nak cover cun punya pasal. LOL.

Okay, nanti aku share hari masa nikah pulak. Gambar atas ni aku sempat selamatkan daripada Nikon tu pun gambar jadi biru-biru tak taulah kenapa. Penat jugak nak edit bagi nampak macam gambar orang dulu-dulu. 

Okay, bye.

xoxo,
Sharifa.