Cerita Sedih Hari Ini

 Okay hai. 

Aku nak gelak pun ada sekarang ni sebenarnya. Haha. So dalam beberapa hari ni aku tak tau lah apa yang aku nak men sedih sangat. Macam ada benda je yang buat hati aku sayu. Apa pun aku tak pasti. Apa yang pasti aku seronok sebab dah period macam biasa and jadi normal. Penat gak bila dah setahun lebih tak period. Huhu.

Nak dijadikan cerita, semalam patutnya aku ni dah habis period tapi semalam elok je ada darah macam period. Aku pun terus google symptom miscarriage sebab last month aku ada sore breast and fatigue ya amat. Macam tetiba aku jadi cepat letih. Nak kata covid, tak. And lately aku tidur siap snoring weh! Hahahahaha. Cam babun je rasa. 

Aku pun risau sebenarnya sebab masa first day period pun memang ada blood clot. Tapi satu jelah macam tak berapa nak obvious. Tapi yang pelik period kali ni lain macam sebab darah tu macam keluar hancur2. So semalam sebelum tidur aku google lah, eh terkena pulak symptom miscarriage tu like cramping, leg cramp, spotting and bleeding. Terus aku tidur sebab tak sabar nak pergi klinik esok pagi. 

Dahlah kereta aku ni tengah bermasalah kan. So aku pun naiklah grab. Aku pergi klinik Amal kat area Bukit Katil tu sebab malas nak pergi KK malas nak duduk sana lama2. Bukan apa, memang perut aku sakit sangat2 macam senggugut tu. Tak tau lah tu memang period pain ke apa sebab aku ni jarang nak ada period pain. Kalau ada pun mesti one day before period. 

So dengan nervous bercampur sedih bercampur emosi aku pun sampailah klinik. Ada lah dalam 20 minit tunggu giliran...bila masuk je doctor tu cam relax je tengok aku. Aku pulak dah prepare awal2 untuk drama sedih. Haha. Aku pun cerita lah kisah period aku and kisah injection 'depo' aku sejak last year. Like baru last month aku decide nak stop kejap sebab rindu nak period. Dah lama tak beli pad.  ðŸ¤£ (Nak dapat cuti puasa ler tuuu). 

Tapi aku lupa nak bagitau pasal blood clot masa first day period tu. Aku just bagitau pasal pagi ni punya je. Aku amek lah gambar siap2 and tunjuk kat doctor. Huhuhu...doctor pun ajak pergi scan. Nervous weh! 

Alhamdulillah...doctor scan cakap semua okay. Segala jenis yang berkaitan kesihatan aku semua normal and cantik. Siap explain tengok aku punya ovari bagai. Aku tengok lah monitor scan tu nampak lemak aku (otak kau lemak! Hahahah) aku tengoklah screen monitor tu padahal tak faham pun, so kalau doctor cakap semua cantik takde apa yang perlu di concern kan, aku pun lega. Dalam hati dah gelak sebab takde drama sedih untuk hari ni. Lol. Aku just terpana and terkejut je bila doctor cakap ni darah istihadah.

Istihadah? Memang aku tak pernah pun alami benda macam ni. Orang kata istihadah ni darah penyakit. Aku belum google lagi sebab penatnya aku rasa bila darah tu keluar and sakit perut aku. Aku pun ceritalah kat doctor apa yang aku risau sangat. So bila drama sedih takde, aku pun cover lah dengan penyakit yang aku tgh hadap lepas pergi mandi air terjun bulan dua hari tu. Hahahahahaha. Thank you doctor bagi ubat! 

Aku rasa orang dalam klinik tu mesti macam tertanya2 apa aku buat kat klinik tu. Ni lah aku benci nak pergi klinik sorang2 sebab orang tengok aku lain macam ya Allah. Aku tak buat pape lah weh dan aku bukannya budak sekolah! 🥲 Kat kaunter staff tu tanya kenapa, aku pun cakap "hari tu saya period sampai hari ni tak habis dan pagi tadi keluar darah beku." Siapa yang dengar tu tengok aku sampai aku duduk. Like pandang apo kau?! Aku dah 34 tahun lah. Pakcik2 kat situ pun asek lah tengok aku. Yelah semua orang datang berteman, berlaki bini, aku pulak dah nampak macam mangsa banjir. Stress gue.

Bila staff panggil aku untuk bayar and ambil ubat, sorang pakcik ni sibuk je tengok ubat apa aku ambil. Wahahahahaha. Dah lah aku datang naik grab, pastu siap ambil ubat bagai, ya Allah...rasa macam foreigner dah. Pakcik ni pandang2 aku cakap indonesia kang baru kau tau! Haha. Be like "iya pak aku lagi hamil, ngapain lo?" Hahahhaha.

Alhamdulillah...dapatlah bawak balik cream and bedak. Huhu. Hmm pastu nak balik, kena pakai grab lagi. Masuk je grab, driver bukak lagu paling aku benci iaitu genre dangdut. Omg. Aku dah dress up kpop dah ni. Teruslah aku tweet "rileks rileks aku lempang jugak kau ni kang nak lagu rileks rileks". Eh macam dengar pulak pakcik tu. Terus tukar lagu kpop la lisa! Hahahahahahahah.

Aku pun apa lagi, terus fe feeling kayangan tengah jalan2 kat singapore sebab duduk kat seat belakang siap pakai seat belt. 

Apa pun agak letih hari ni sebab kaki aku memang lenguh dah berapa minggu ni tak tau kenapa. Nak rehat dulu sebab tak larat dah nak hidup. (Eh apo kau ni). 


Rehatlah sebab doctor cakap ni mungkin gangguan hormon sebab dah setahun lebih aku inject 'depo', so nak period balik tu dia ada gangguan sikit macam darah beku. Aku masih macam tak boleh terima sebenarnya tapi confirm lah takde apa sebab masa scan memang nampak perut kosong. Huhu. Alhamdulillah. Serius aku dah overthinking sampai kena pergi bedah kat hospital. Haha. Dah siap2 dah nak buat wasiat bagai. Siap termenung lagi. 

Okaylah selamat ber ramadhan! 

P/s: jgn kacau aku tgh dalam fasa moody, mood swing, pms, kewanitaan dan sewaktu dengannya. Maklumlah baru nak merasa period setelah sekian kalinya. Wahahahha.