pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Monday, February 10, 2025

umur bakal jodoh

aduhai semalam aku dah masuk tdo awal. jadi kul 2 lebih aku dah terbangun plak sebab rasa mcm dah terlebih tdo. haha. 
so topik hari ni aku nak buncangkan adalah, berkenaan dengan umur bakal jodoh.
walau ape pon yang terjadi untuk yang lepas2, aku masih tetap mengekalkan filter umur bakal jodoh yakni aku memilih manusia di kalangan umur range kelahiran 1987, 1988 and 1989.  tapi aku rasa aku mungkin senang nak jadi kawan kepada kelahiran 1989 sebab mungkin aku memang membesar dengan warga kelahiran 1989 sewaktu aku sekolah menengah. tak taulah bila masuk alam uni, dah bercampur plak. dulu masa alam kerja pun sama gak. 

aku dah banned budak kelahiran 1990 untuk dijadikan jodoh sebab bagi aku perangai dorang terlalu susah aku nak faham. dorang rasa diri dorang hype sangat tapi bagi aku, honestly tak pun. sebab dorang hanya memancar bila ramai2. kalau dorang sensorang, aku rasa dorang biasa jek sama mcm orang lain, hambar. kalau budak kelahiran 1988, even sorang diri pun dorang tu nampak exclusive sangat sebab entahlah. contoh mcm aku. sensorang pun aku banyak je aktiviti aku boleh buat. 

jadi aku rasa sape2 yang bukan dalam filter umur bakal jodoh aku tu, dah boleh simpan niat jauh dari aku. tu je nak bgtau. takpe biar lambat asalkan selamat.. rushing2 nak cari jodoh buat apa kan.. 

plus, nak kahwin so kena cetak umur dalam sijil nikah. malu siot kalau beza umur cam gampang tak kisahlah sape tua sape muda. aku nak frame sijil nikah nak letak kat dinding nak tatap puas2. so kali ni sijil nikah aku kena cun.

contoh: 

nama isteri: sharifah mastura binti syed mohd shah
nombor k/p: 881130-01-6**6
umur: 36 tahun (sijil nikah pon follow tahun and bulan birthday rupanya ek! hahahhaa baru aku perasan! aku fikir sijil lahir je kira cenggitu. laaaa no wonder la orang tuduh aku macam2!!! HAHAHAHAHAHAAHAHA)

okay jom berangan.

nama suami: 
nombor k/p: 88**30-01-****
umur: 36 tahun

nama suami: 
nombor k/p: 8811**-01-****
umur: 36 tahun

okay ni jelah aku rasa paling cun dah.