bismillah..
ya Allah please forgive me for writing this.
okay aku actually takde mood sangat nak update blog ni tapi sebelum aku berubah jadi Hulk, adalah lebih baik aku cepat2 settle kan emosi aku. ceritanya cmni..
semalam aku demam (sakit kepala sebelah kiri yang teramat sakit), sampaikan aku letak koolfever nak bagi kepala aku tangkap pening tu. bukan apa, bila cik panadol tu habis, eh masa tu lah busy kepala aku ni nak sakit. aku tak taulah sama ada tido salah bantal atau pon perut aku masuk angin masa tu sebab lambat nak breakfast (bangun lambat). aku kalau condition aku dah cenggitu, apa aku buat semua memang tak jadi. camnilah nasib hidup tanpa suami (hahahha eh ke situ pulak tetibe). haha. takdelah kalau dapat suami mithali, best lah tengah sakit cenggitu, tayah buat pape just rehat. tapi kalau dpt jenis manjang takde duit, aa payah dah ek. kita sakit, kita jugak busy nak settlekan anak, eh dia pun tak reti nak masak megi ke apa beli ke untuk diri sendiri. kita jugak yang kena padahal kita dah sakit ni. (haha nasib kau lah kak kalau dapat husband cenggitu, tapi minta dijauhkan).
so semalam entah camne aku masak nasi boleh jelantah plak. lagi menyirap je aku. dahlah aku acah2 nak buat lauk pindang sebab minggu ni aku beli ikan selar. skali nasi plak buat hal. Faiq plak tak minat nak makan selain haiwan yang digoreng sahaja. kalau haiwan dah jadi lauk berkuah, memang susah nak ajak dia makan. lagi lah aku ni nak jadi Hulk. pastu aku nak buat cekodok, elok dah aku buat base cekodok. bila nak goreng, aku tak tukar minyak goreng (yang semalamnya tu aku dah buat goreng roti puri yang tak berapa nak jadi sangat). so jadi tak sedap aku punya cekodok disebabkan minyak tu. aku buang je terus so aku suspek sebab tu aku pening kot and perut aku masuk angin. Faiq takde pulak isu maybe sebab dia makan yang first batch roti puri tu. aku plak punyalah nak habiskan almost semua dough tu.
okay then pagi ni aku pon busy nak buat sarapan. tak taulah aku kenapa makin besar si Faiq ni, perangai dia ya Allah.. apalah dosaku (sampai tahap cenggini aku punya overthinking).. asal aku nak masak, masa tu lah dunia dia ada je yang tak kena. aku nak fokus kat bab memasak ni, masa tu dia tetiba jadi chucky (child play). masa tu lah dia tak senang duduk bila aku ni nak masak. padahal depan mata dah aku ni just a few inches away je berdiri jarak dengan dia. kalau aku dukung sambil masak, lama2 memang tercabut tangan aku. padahal hari tu aku dah explain elok2 dah yang dia makin membesar.. letih aku nak dukung sambil masak. waktu dinner je kengkadang aku layankan sebab nak bagi dia diam sejenak..itu pun sebab ada counter top kat area aku masak tu. letih..
so hari ni, aku masak nasi, dah terlembik pulak. huaaaaaa!!! dah cenggitu, aku try positive nak buat jugak nasi goreng pakej telur mata. eh elok je aku tengah bengang nasi goreng aku dah lembik cenggitu, si Faiq duk merengek "nak nak nak". padahal sebelum aku masak tu aku dah hulur dah biskut and susu kotak buat alas perut dulu. pastu dia duk bergayut kat celah kerusi meja makan sambil merengek "nak" walhal aku tengok takde ape pon yang emergency. semalam, dia merengek aku gelak sebab rupanya tangan dia pegi masukkan kat handle peti ais pastu tak reti nak tarik tangan tu keluar.
maka aku berubah jadi Hulk tadi.. langsung aku tak tau nak nangis ke nak marah lama2 ke nak merajuk ke apa. stress sebab aku punya nasi dah lembik, pastu masak dalam keadaan stress cenggitu. kalau interview kerja, aku rasa ni lah moment paling mencabar sepanjang aku jadi stay at home mom. tapi masalahnya anak aku yang sorang tu, Layla tak pernah plak camni perangai.
aku stress.
pastu dalam 10 minit aku termenung, aku amek phone bukak fb jap. nasib baik la aku terbaca satu perenggan lawak yang di share oleh parents lain. so aku tergelak sikit kat situ. mujurlah bukan aku sorang yang tengah disaster dengan fasa toddlerhood.
![]() |
pic ni aku amek kurang dari 20 saat, dia dah sampai terpacak depan kipas. |
kalau nak kata kipas tu,
aku sampai google kenapa toddler suka dengan kipas.
rupanya sebab sense of control and kipas tu berpusing and angin tu buat dia seronok main dengan kipas.
-__-"
![]() |
aku punya mentally burnt out sebab ni je. |
tak tau nak kata apa dah.
so this too shall pass?
huaaaa!!
Faiq Faiq Faiq.
**aku punya stress sampai terpaksa healing depan pantai (via skrin tv). hahahahhaha.