pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Saturday, February 15, 2025

m a l a s / l e m a u

aku kan kadang pelik dengan diri sendiri. bukan apa, last week tu esbok aku masih je ade lagi items untuk dimasak. tapi bila Faiq masa isnin hari tu dah domam, terus aku jadi lemah gemalai nak masuk dapur. tapi aku cam..aduh ni kalau dah demam ni confirm apa aku masak memang semua ditolak. so aku order groceries through online jelah. segala jenis makanan orang sakit yang selain bubur nasi. 

layan gak biskut toddler tu.
tapi chipsmore lagi win sebab lembut sikit.

tapi masa isnin and selasa aku tengok Faiq masih okay je selera makan. selasa pagi aku bawak Faiq pergi klinik. (ahahaha jangan pelik apsal blog aku tetiba galau 2.0 sebab aku takde geng Faiq demam). haha. termenung gak aku lah sebab asek tidur je and melepek sepanjang hari. nak suruh sebut mama pon dia taknak. cuma dia masih simpan dendam kat aku sebab aku ditugaskan untuk bagi dia ubat demam yang dia mungkin takkan dapat lupakan bau and rasa ubat tu hahahahaha. dahlah aku bagi pakai picagari tu kan, termuntah balek plak semua ubat tu. dengan pasta yang aku masak tu join sekali. euw. kalau koolfever baby tu sampai kering kontang gelnya aku pakaikan masa tidur malam. baik ketiak, belakang badan and dahi. 

sedap gilo benda ni.
aku tumis bawang merah, celery, carrot.
then aku tambah sikit air blend biar hancur.
aku tumis semula then tambah pes tomato.
renih dalam 15 minit biar pekat.
salt n blackpepper cam biasa.
sebab nak something yang easy to his tummy,
aku buat versi vegetarian jelah.

pastu aku bagi pkai sudu jelah. baru okay sikit. kesian.. paling aku rasa tak leh blah, rasa macam aku ni lagi lemah gemalai bila mana Faiq nak rehat tapi masih nak melekap kat susu kesayangan dia. huaaaa!! walaupun itu satu petanda bagus bagi budak demam, tapi aku cam...nak menangis pon ado. haha. aku siap buat balek kegiatan overnite oats supaya susu Faiq tak kering kontang. tapi bagus sebab walaupun demam, bibir ada kering sikit, muka alahai tak tau aku nak cakap apa, dengan mata pandang aku semacam taknak senyum (sebab maybe dia tak sangka aku sanggup bagi ubat rasa tahap cenggitu), diapers dia okaylah basah..and mostly memang berat.

kesian..muka betul demam tapi masih nak ceria.

kipas kesayangan.

harap ni last day okay Faiq?
okay dah tu breakfast pun kira okay makan
walaupun sikit tapi better than yesterday.

sampaikan kelmarin ke semalam, terkeluar segala ketahian memang selambak. huhu. lega sangat aku rasa sebab kalau cenggitu maksudnya semua panas badan dia akan berkurang. 

demam pon ada cheat day ye Faiq.

so hari ni okay dah. badan Faiq dah tak panas lagi. tapi mengada masa demam sejak isnin (masuk rabu aku tak tau apsal jadi over cllingy), masih dikekalkan sampai hari ni. jenuh aku nak bergaduh dengan dia. bangun tidur nangis. lepas tu bila aku duk kat sofa dekat2 tak bagi. tapi tarik tangan aku. lepas tu aku sayang ciket, marah. ahahahah. memang cinggey abes perangai minggu ni. walaupun rasa mcm aku dapat rehat sikit kecuali malam tu ada la episod bangun2, so okaylah. hari ni aku rasa lemah nak masuk dapur.

aku punya holiday untuk this first quarter of 2025.

minggu ni memang lemau sangat aku rasa. 
senyap je rumah aku. haha. tapi risau gak nak tunggu minggu depan. minggu ni dia dah kumpul tenaga, risau minggu depan terlebih energy. haha. 

get well soon Faiq.
cepatlah sembuh, mama rindu Faiq versi encem boy.