okay jomlah aku nak bagi komen kat sini pasal isu curang selepas bercerai.
first and foremost, aku nak tanya, ada ke setia selepas bercerai? bagi aku takde. kalau dah bercerai tu, kenapa aku nak kena setia? jadi di sini ingin aku mengatakan bahawa, tolong buka minda tu luas2 bahawa, manusia macam aku ni tak iktiraf prinsip setia selepas bercerai kerana itulah sebab manusia bercerai. kalau rasa nak setia sampai mampus, baik kau tak payah cerai sebab takde point penting untuk jadi setia selepas bercerai.
aku bukan apa, post aku sebelum ni cte pasal love bombing tu bukan untuk ex husband aku tapi untuk someone yang berani nak tanya kabar dengan aku. then aku reply and jadi toxic plak tetibe masing2. so aku harap ex husband aku tak perahsantan lah. aku rasa aku takde feeling lagi kat dia kecuali untuk kawal kenakalan anak aku jek. cm yelah budak laki kan, kne ade orang yg ingatkan dia supaya tak over nakal sangat.
itu jeklah. kenapa sampai nak send video call kat aku?
p.s. iye ade orang berkenan nak amek tau pasal life aku selepas kita bercerai. so what? itu cubaan nak runtuhkan iman aku.. kahkah. apa tu? world's distraction. aku tacodddddd!!!!! haha. tapi rasanya aku dah selamatkan diri dah. sebab RISAU. kahkah!
**all the replies jadi complicated sebab ... kalau aku cte takut ade yang over excited. so better aku dendiam jelah. bunyi macam excited mcm drama tv tapi sebenarnya terlalu complicated. kalau masuk dalam drama mungkin jadi tayangan nombor 1 di alam semesta sebab memasing busy nak tau ending. cuma aku nak berdoa agar kedua-dua pihak dibukakan hati agar bernikah semula. jangan nak jaga muka orang lain, aku plak yang terpalit. kalau aku boleh buat declaration aku cerai, kenapa orang lain rasa nak sorok2. aku tak faham. tu takpe lagi lepas tu nanti buat berita tergempar tetibe seolah2 aku plak penyebab. malas aku sbb aku jenis kalau kaum hawa tu sndiri dah reject, bila lelaki masuk minang aku, tak memasal aku plak kne tuduh mcm2 nanti. aku dah pernah situasi cenggini. lelaki plak jenis taknak amek stand aku. bingai. letih aku pertahankan diri aku sorang2.
so kalau lepas ni aku nak berjodohkan duda, aku kena buat senarai panjang syarat aku nak letak supaya aku ni tak mudah orang attack aku sebagai "penyondols" atau "homewrecker" dan sebagainya. tu la umpama mcm aku kata, send someone drunk to hospital and bila dah sober, lupa nak cakap thanks kat aku. mcm org gila perangai.
prinsip aku senang jek: taknak dah? okay bye. umpama makanan favourite terhidang atas meja, orang lain dah taknak, memang aku habiskan semua. bye. sebab mmg masuk dalam list fav aku. jangan bila aku tengah sedap makan, sibuk nak mintak plak. memula dah kata taknak kan? apsal bila tengok aku makan, nak mintak? oo sebab nampak mcm sedap? macam je sedap. kenapa nak mintak bila dah masuk dalam pinggan aku. jadi sebelum termasuk dalam pinggan aku, pandai2 lah hargai ape yang tengah dimasak kat dapur tu. huhu. kalau skali aku ngap, jangan nangis. bukan apa aku tak suka orang jenis buang strawberry. dahlah mahal, bermusim plak.
plus, aku dah masukkan diri aku dalam lingkungan api pasifik. no turning back dah.