so kenapa hari ni aku rasa mcm isnin sedangkan hari ni merupakan hari ahad ye? mungkin sebab aku punya productive hari ni lain macam sket walaupun aku dah bengang dengan produk local hashbrown yang sangat jauh beza dengan simplot. aku tak taulah adunan that particular hashbrown ataupun kentang tapi aku taknak salahkan kentang sebab aku rasa dorang tak reti nak compress kentang tu sampai boleh jadi kemas and crispy and crunchy macam hashbrown simplot. so aku nak simpan jelah hashbrown tu sampai setahun dalam esbok.
okay aku nak tanyelah kat sape2 yang rajin baca blog aku ni kan. kenapa orang selalu kata, jauh perjalanan luas pemandangan. kadang-kala aku puas fikir apa maksud tersembunyi di sebalik kata-kata tu. actually aku dah ada idea tentang itu tapi cara aku nak apply dalam kehidupan aku sendiri tu jadi macam eh eh eh. so hari ni aku berkebun cam biasa kat rumah hantu yang aku tengah stay ni. bukan apa, sebab ramai berkenan tanya psal rumah yang aku stay ni. so aku rasa penat nak explain jadi aku nak putuskan bahawa rumah aku stay ni sebenarnya haunted house. sebab tu pemilik rumah ni bagi je aku stay kat sini asalkan ada wakil yang selesaikan hal cukai pintu, api dan air.
![]() |
ada vibes haunted kan. |
jadi aku nak consider diri aku ni sebagai pekebun yang stay kat haunted house. so macam biasalah aku skang ni consider diri aku dah masuk alam tua (walaupun ada cengkerik yang suka nak kata aku masih muda sebab yang cakap tu kebanyakan lelaki, so aku nak consider tu semua hanyalah nak sedapkan ayat je nak tackle perempuan. aku harap aku tak senang leka dengan kata-kata begitulah. tu semua perangkap je bagi aku sebab deep down aku memang akui bahawa aku memang comel dan cute).
okay aku hari ni baru rasa nak up story pasal rumah. hari ni aku nak launch projek lalangs 2.0 sebab baru kini ku tahu how to manage all the lalangs yang membiak kat tanah haunted house ni. (nanti aku fikir nama sesuai untuk haunted house ni ye). so sebelum ni banyak je orang cakap itu ini and so on. oh lepas dah cantas lalang kena racun bla bla bla. ramai dah cakap cenggini tapi mengikut hasil carian aku di internet, ada seribu satu cara untuk hilangkan lalangs ni. and one of them adalah merupakan dengan pull out method. (bukan pull out method yang macam rancang keluarga untuk cegah kehamilan tu ye. haha). pull out method yang telah dinyatakan oleh lawn whisperer kat youtube channel sini:
memang aku akui aku berjaya kekalkan tanah haunted house ni tanpa lalangs adalah dalam dua minggu maybe?
![]() |
mesin banyak berjasa dengan aku. |
![]() |
bahagian tu aku cabut lalang dengan akar skali, memang tahan selama dua minggu. cantik je wall tu clear cenggitu lau tak, aduhai semak je. |
and aku dapat hasil carian on macam mana nak kembalikan kesuburan tanah yang memang dah tak subur lagi. so one of cost effective method like more to organic option is, menggunakan kulit telur. so bila mana aku dah gunakan telur aku ketepikan kat sinki untuk aku blend dan aku tabur atas tanah so that aku dapatkan tanah yang healthy semula. actually aku masih dalam proses try and error tapi aku yakin that particular method memang betul so daripada kulit telur tu dibuang begitu sahaja, why not aku bagi kat tanah aku supaya boleh baiki tahap kesuburan tanah haunted house ni kan. tapi masa last few days makcik aku and cousins aku datang rumah, aku tak tau mana pergi kulit telur yang aku ketepikan tu sebab kat sinki aku clear lepas dorang balik. haha. mesti dorang rasa aku ni orang yang messy and pengotor sebab kulit telur aku biar je dalam sinki kan? padahal aku tengah busy dengan projek lalangs 2.0. and masa dorang datang aku nak flex mesin rumput aku tapi masa tu pulak mesin tu merajuk. so aku dah baiki semalam sebab aku dah jumpa punca kenapa mesin tu merajuk sebab aku dah terjahanamkan terkena area batuan (bakat terpendam aku semakin hari semakin terserlah ya'll).
makanya, dapatlah aku sambung berkebun semula. memang best umur tengah mcm ni, duk busy settlekan lalangs sebab aktiviti cmni membantu aku untuk clearkan kepala otak aku yang tengah serabut sebab baru lepas kena love bombing. nasib baik aku dah selamatkan diri aku dari gejala begitu. scary..itu pun aku rasa ada lagi sisa tertinggal sebab dalam hati aku ni rasa ada something yang sangat tak menyenangkan and aku tengah figure out nak buat macam mana. entahlah, kepada sesiapa yang ada perasaan kat aku tu, tolong lah kawal sket perasaan tu sebab vibes tu kuat sangat kena kat aku. i'm busy right now to deal with that sort of feelings. bukan rasa butterfly in stomach tapi more to camne nak cakap ek..it's like...aku pun tak tau nak describe camne. yang penting perasaan sebal tu ada and aku rasa aku nak balas balek kaw2 tapi aku cam please mastura buat tak tau je. please just ignore that particular issue and please jangan bagi ruang untuk dia mencari publisiti murahan dengan aku. padahal nak je aku balas kaw2. geram aku rasa menyirap jek. kalau jumpa depan2 nak jek aku simbah air kat muka dia tak pon nak je aku amek spek dia and patahkan terus betul2 depan muka dia tak pon nak jek aku sorokkan segala jenis pen yang dia ada ataupon nak jek aku gunting segala baju dia. bukan apa sebab akal dia 10 aku ni akal satu jek. so i'm like pfffttttttttt memang sebal habis. padahal jauh beribu batu tapi eh sesedap hati je kacau aku punya fokus kt rumah. dosa tak baik taw buli orang mcm ni. dosa nanti waktu nak bercakap depan hakim, terbelit2 and terpusing2 and susah nak bukak mulut tu, i dont know ya. er er er er er er..
dahlah sambung balek cte pasal aku punya projek lalangs 2.0 ni. hmm nanti aku sambung balek oh wait!
kan hari tu aku ikut makcik aku pergi bercuti. so she brought me to stay kat satu homestay yang dia booking thru booking.com and aku suka jek jenjalan yg cenggitu. like stay in a hotel or homestay sebab..dengan cara cenggitu, aku dapat inspiration untuk buat rumah haunted house ni jadi vibes relax cenggitu. like clear, takde clutter and so on. so bila mana aku ada waktu free, aku buatlah projek lalangs 2.0 ni.. untuk first phase ni aku buat parameter kecil dlu.. which is, aku nak clearkan lalangs tu dalam small parameter je dlu. and try to maintain tengok ujikaji tahan berapa lama.. bukan apa, bila aku memilih untuk jadi stay at home mom ni, memang kena ada skill untuk hidupkan haunted house ni supaya aku sendiri rasa seronok stay kat rumah. so bilik aku kat atas tu memang tengah vibes hostel bukan hotel sebab aku tengah nak bagi bilik tu rehat jap. aku lepak je kat bawah dengan vibes homestay..nanti aku update lagi interior kat bawah ni macam mana. banyak je pekerjaan dalam rumah ni yang aku boleh buat cuma aku buat slow2 je sebab kalau aku rushing memang penat dan stress sebab aku rasa rumah ni punya luas dah macam shopping mall. nanti aku nak letak tag harga so that betul nampak mcm shopping mall. haha.
okay bye.
reminder: aku ade assignment baru which is anak aku Faiq dah rosakkan kipas kat hall tv ni. puas aku duk bukak tengok cable yang kecik tu tapi aku tak tau kenapa bahagian kepala kipas tu ada macam cecair berminyak yang melekit. aku belum google lagi pasal ni. tu la duk main tekan2 button kipas tu dah tak boleh gerak dah bilahnya. bila aku ganti kipas baru ni pon dia sibuk nak main on off kipas tu even punat on off tu kat sebelah belakang pulak. Faiq Faiq.
disclaimer: rumah haunted house ni takde kena mengena dengan ex husband aku punya family and even him pon. it is a matter between ayah aku and one of a human being yang sengaja dirahsiakan. and even aku pun takde kaitan dengan ownership of this particular haunted house. aku just ape tu..lupa lak terms dia apa.. bukan trespasser tapi.. orang yang kawal orang keluar masuk rumah tu. apa ek lupa laa..okay so jangan lah nak busy pasal harta sepencarian ke apo. sebab ni hal orang tua aku malas nak masuk campur. aku just nak gelak sikit jelah sebab ada manusia pernah bagi advice cenggini "kau duk jela situ tayah nak sewa kat luar ke apa sebab mana tahu parents si sharifah mastura ni meninggal ke apo, kau lah dapek rumah tu." wow senangnye hidup cenggitu. so sebagai kaum lelaki jenis tak keje sangat, memang aim wanita bekerjaya dengan harapan parents perempuan tu mati, and dia nak jadi waris rumah keluarga si perempuan. scary. aku bersyukur sebab aku dah cerai. alhamdulillah. plus mungkin yang bagi advice tu lupa aku ada adik beradik lelaki. tapi dia lupa rumah ni kitorang tak pegang ownership sangat. kesian..to both parties. tapi aku nak highlight sket jelah kat sini bahawasanya, masa kitorang baru kawen dlu, ex husband aku try hard tukar alamat rumah dalam ic dia and now bila dia nak tukar balek ke alamat rumah dia yang kat kampong tu, dah tak boleh. so aku tak tau la kenapa masa tu dia ajak aku pegi tukar alamat dalam ic dia and tu bukan masalah aku lagi. orang kepala jahat ni aku takleh fikir apa dalam otak dia. k bye. and kalau rasa ada yang kengkonon nak pilih aku atas sebab kekayaaan, sangat tak relevant sebab parents aku dah pesan awal2 yang dorang takkan tinggalkan apa2 harta untuk anak-anak. kahkah.
tapikan aku suka nak add lah untuk para lelaki yang ada niat cenggitu kat his wife. haha. kalau rumah tu dibeli atas nama husband and wife tu dah lain ceritalah kan. even kalau yang beli under satu nama only his wife skali pon, itu pon dah masuk cerita lain. tapi ni kes yang husband duk jadi pungguk rindukan bulan kat atas rumah family si wife pulak...seolah2 wife tu takde any siblings and takde ahli family lain pulak yang konon nak berpindah kat tangan dia without any sales and purchase agreement, cam konon tetiba jatuh kt tangan dia plak kan..aku nak gelak sket jelah sebab berangannya anda. haha. teruskan cita2 angan2 tinggi umpama langit.
masalahnye aku pon tak pernah berfikiran untuk memiliki this particular haunted house. aku just stay and jaga jelah elok2 sebab aku rasa ada lagi baki 15 tahun untuk manusia yang sengaja dirahsiakan tu, ada full custody of this haunted house. in the meantime, ada juga proses nak cari buyer (maybe). aku stay jelah sini selagi mana manusia yang sengaja dirahsiakan tu masih commit dengan bank..kalau nak mintak aku promote boleh je.. hehe.. hulur lah aku dalam rm2000, aku okay je..bila dah berjaya dijual nanti. wow demand nya aku. hehe. sbb tu aku buat projek lalangs 2.0. tapi kalau ade buyer, aku advice kau cement jelah tanah yang bahagian paling luas ni. jenuh weh. haha.
sangka baik aku: tapi kalau aku close up kat mental state manusia yang sengaja dirahsiakan tu, aku merasakan bahawa he intended to make this house as a property for his family bila dia dah takde atas muka bumi ni nanti. aku harap segala apa impian beliau dimakbulkan inshaallah. aku taknak komen lebih sangat pasal haunted house ni takut jadi drama pulak nanti.