okay hari ni aku nak share pasal keturunan family aku.
kenapa aku ada mention "oh ni makcik aku, oh ni sepupu aku, oh ni cousins aku and so on". tapi orang luar mungkin pelik kenapa dorang takde letak nama syed or sharifah, sedangkan nama aku ada pulak syed and sharifah.
okay so ceritanya begini..
contoh:
ayah aku (ada syed) kahwin dengan ibu aku (tiada sharifah).
dalam adik beradik ayah aku, cousins yang mewarisi nama syed dan sharifah ni, hanyalah cousins yang datang daripada adik beradik lelaki ayah aku je. so, if lets say, makcik aku yang ada sharifah, anak-anak dorang takkan mewarisi nama syed mahupun sharifah tu.
so, aku amek contoh terdekat jelah ek.
aku sendiri kan..
aku (ada sharifah) kahwin dengan (lelaki tiada syed).
jadi nama anak-anak aku tak bolehlah letak syed or sharifah sebab aku sendiri dah kahwin dengan lelaki yang takde pangkal nama syed.
tapi, aku ada anak buah iaitu anak kepada adik beradik lelaki aku, yang nama sharifah..sebab? adik lelaki aku nama ada syed..so anak dia di binti kan dengan sharifah eh apa aku cakap ni? so anak dia boleh lah di binti kan dengan syed and boleh letak nama pangkal ada sharifah. so jadi sharifah xxx binti syed xxx. kalau aku contoh, takkan aku nak letak nama anak aku contoh, sharifah layla zulaykha binti muhammad asrul. pelik nye. sebab aku tak minat nama syed tu untuk letak kat nama keturunan aku, so aku kahwin jelah dengan lelaki yang takde nama pangkal syed. faham kan? thats why aku suka nama anak aku senang orang panggil, layla zulaykha or faiq zulfiqar. short form, layla or faiq je senang. tak payah susah2 macam nama aku punyalah panjang berjela.
faham kan?
and actually aku pun tak suka orang panggil aku sharifah sebabnya memang dalam family aku, kiranya dikalangan adik beradik ayah aku, takde pun orang yang kahwin dengan sesama sendiri sama ada syed dengan sharifah mahupun sharifah dengan syed. memang dah campur dengan orang yang nama takde syed or sharifah. contoh, arwah atok aku, syed hasan kahwin dengan arwah wan aku (bukan kelantan tapi panggilan nenek dalam bahasa nogori sembilan), yang nama tiada syed mahupun sharifah.
okay fahamkan?
jadi, bila macam tu, aku tak dapat rupa arab. kahkah. tak boleh menilai dengan rupa je contoh kulit and so on sebab even adik lelaki aku pun tak amek sangat rupa arab tu..kecuali masa dorg kecik2 jelah. bila dah besar, memang banyak ikut side ibu aku. so adik beradik ibu aku ni pulak, binti or bin rahmat. ada 12 orang. jadi makcik aku yang mana ada binti rahmat tu, anak dorang adalah sepupu aku. and disebabkan ada yang anak dah besar panjang, even makcik aku yang kitorang panggil maklong, ada je anak dorang umur lagi muda daripada aku and sepupu aku pulak ada je umur yang baya-baya anak aku. sepupu aku paling small, adalah anak kepada makcik aku yang bongsu sekali (kalau tak silap aku lah). dorang memang masih sekolah rendah and yang paling small tu memang masih tadika.
pelik?
tak kot.
aku takde keluarga tiri mahupun makcik yang stay kat area alor gajah. aku ade sorang sepupu kahwin dengan lelaki yang stay alor gajah (bukan stay lah just maybe dia orang sana tapi lepas kahwin pindah johor). terkejut aku sebab nama dia serupa nama crush aku and ada nama serupa dengan husband best friend aku (baru hari tu aku ada hati nak berborak padahal sebelum ni kitorang teka je nama dia sebagai iskandar hahahahahahaha). tapi tu kira pangkat suami kepada sepupu aku jelah. even makcik aku belah ibu aku pun, suami dorang tu kira pakcik yang kita selalu panggil (orang luar). and sepupu aku ada je kahwin awal, anak dah besar-besar baya adik aku yang lelaki last tu.
fahamkan.
jadi kalau ada orang yang sanggup nak mengaku ada apa kaitan dengan aku (padahal takde pon), aku nak jawab takde. jangan nak scam orang. plus, kalau ada yang nak terhegeh-hegeh tunjuk dalam family dia konon ada rupa lebih kurang dengan sepupu aku ke apa, itu mungkin lah netizen yang admire dengan life aku.
kalau ade lagi pulak tengok budak mungkin sama muka dengan aku, itu mungkin terkenan admire dengan aku masa dia pregnant. kahkah. jadi lahir-lahir anak serupa muka aku pulak sebab orang kata kalau tengah pregnant, anak mungkin senang terkenan dengan orang yang kita suka tengok, atau pun menyampah nak tengok.
okay tu jelah aku nak share.
takde ape pun kelebihan ada nama sharifah mahupun syed bagi aku sebab aku belum dapat jutaan ringgit sepanjang aku hidup ni dengan nama aku. kahkah!
tapi kalau aku nak highlight features muka arab aku,
boleh je..dengan makeup aku boleh buat.
kalau bare face cenggini, takde lah kot. tinggi pon tak, nak kata putih macam warga palestine tu pon tak. ada je cousins aku yang memang obvious nampak macam middle east tapi aku rasa sebab makcik aku yang bukan sharifah tu yang memang dah already cantik and jenis kulit melayu yang sawo matang. so bila mixed dengan pakcik aku yang ada darah arab, memang aku dapat cousins yang lawa and kacaks.
bukan itu saja, malahan makcik aku yang side ibu aku pun, ada yang lawa and handsome yang orang maybe suspect berdarah arab juga. aku pulak dapat sepupu jenis handsome tak ingat sebab makcik aku tu pernah kahwin dengan husband dia yang memang tak dapat dinafikan sejenis kacak terlebih. kahkah! tapi jodoh dorang tak panjang masa tu..tapi sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri tapi masih je connect dengan family yang asal which is aku suka nak panggil family pokok (ke akar?).
anak aku pulak?
kalau yang girl tu, dia dapat kulit abah dia sebab ex husband aku tu orang kelantan yang ada darah keturunan cina. plus, mak mentua aku dulu pun, orang mungkin ada darah thai kot sebab jenis kecil molek je orangnya. kalau nak ikut arwah abah mentua aku, orangnya jenis tinggi dan kulit golap banyak. so aku ada adik ipar masa tu yang ikut kulit abah dorang.
kalau yang boy ni, aku rasa semua orang dah tahu. tak payah explain lagi sebab lahir-lahir rupa aku dah surrender. cuma sekarang aku berdoa agar ikut lah kecomelan aku masa aku small. kahkah. tapi yang dapat mungkin hanya bab gigi kapak mungkin. haha. kalau dapat jenis gigi rabbit comel lah sikit macam cinta laura tu kan.
tapi aku suka nak confident kan diri yang aku ni sebenarnya ada keturunan blonde sebab hidung aku kadang-kadang mancung terlebih. aku ada tulang hidung jenis tak penyek kalau tengok muka aku from sisi tepi. kahkah. itu jelah kot aku rasa boleh flex sikit. tak pun jenis hidung mancung tajam, bibir nipis. mata terpaksa cover dengan eye liner heavy supaya tak nampak pucat sangat muka. (eh tu macam Beca dalam Pitch Perfect 2 aku layan semalam). hahahaha. so jangan pelik kenapa aku memang suka orang pure rambut blonde bukan brunette. (padahal situasi aku memang banyak je kena buli mcm si brunettte or maybe blonde darker types coloured). even dalam movies or drama series pun aku memang admire sangat orang yang original features blonde. and perangai dorang aku suka kalau yang digambarkan dalam movies or tv series, jenis out spoken and bila dengan geng dorang, ada kategori hot stuff vs dorky.