so for the last few weeks, aku challenge diri aku untuk hidup seminggu tanpa beras. memandangkan perjalanan kehidupan aku dengan Faiq mungkin akan jadi agak membosankan di mana setiap hari kitorang kena makan, mandi, apa semua segala, so aku ni jenis tak berapa nak suka rutin yang sama sangat, so aku try untuk ubah suasana mengikut keadaan supaya kitorang ni tak bosan sangat hidup kat rumah.
tapi selalu je aku ingatkan kat Faiq, bersyukur Faiq tidur kat dalam bilik, ada rumah and so on.
ada orang, nak tidur dalam bilik, bilik pun takde taw.
okay so aku dah ajarkan anak aku untuk bersyukur.. (padahal takde topik nak borak dah rasanya. so kengkadang aku buatlah topik insaf sikit).
okay jadi sepanjang minggu aku mem burger kan tempat masak kitorang (sebab Faiq terlibat dalam proses masak skali, tukang buh garam, tukang uli daging), so aku rasa skill masak aku bertambah sikit. so, sepanjang aku makan burger kat luar, tak kisahlah kat kedai ke, kafe ke, beli tepi jalan ke, mekdi ke, burger king ke, pape jelah kan...aku nak riak sikitlah bahawasanya, aku belum pernah lagi makan burger yang teramat sedap sampailah ke minggu yang lepas-lepas ni. rupanya aku unlock satu rahsia iaitu tomato merupakan bahan perasa semulajadi. sebab aku ni ada Faiq, nak buang garam tu macam impossible je kan sikit mesti ada, aku cuma tak pakai MSG jelah kat rumah. so, setelah mendapat tahu dengan google "why tomato paired with meat or minced maet etc".. and aku dapat tahu bahawa, tomato merupakan bahan semulajadi yang boleh menambah rasa daging tersebut. wow amazing kan?
so aku pun apa lagi..apply terus..
so aku beli minced beef (atau maybe ada orang guna istilah ground beef, minced meat and so on), and aku memula tu buat meatball. elok dah meatball aku tu. then aku try buat patty burger. so sekeping tu aku divide dua and aku letak garam and lada hitam then aku bulatkan. dorang kata garam tu nak bagi tekstur daging tu lembut. and blackpepper tu nak bagi flavour daging tu lagi berlemak. cenggitulah kot yang aku faham. so dua bahan ni je aku pakai untuk perasakan daging tu.
![]() |
dah banyak kali consume baru aku terfikir nak potong macam ni. kalau tak, selambak butter aku kalau amek untuk sekali masak. |
then, aku pakai unsalted butter. masa kali kedua aku beli butter nih aku tersalah amek. aku amek salted butter which is tak sedap sangat. sebelum ni memang aku rasa sedap tapi selepas seminggu hidup dengan unsalted butter, aku rasa unsalted butter lagi win sebab rasa berlemak tu sedap. lunak2 gitu bila makan lagi2 dengan bun burger tu.
okay aku cairkan butter then aku masukkan bebola daging tu and pakai spatula aku penyekkan. kalau tengok dalam video orang lain, dorg ada pemberat untuk lenyekkan daging tu which is aku rasa terpaling loser sebab takde benda tu. haha. dah umur 36 hampir 2 bulan, baru aku tahu wujudnya benda yang boleh penyekkan daging burger supaya nak keluarkan juicy daging tu. mantop.
then ikut suka hati aku nak masak daging tu berapa lama. and bila dah masak, minyak burger tu cantik tertinggal dalam pan masak tu. memula aku try tomato raw je then aku susun roti bun and daging and tomato then aku siram aku punya daging tu sampai kena tomato bawah tu dengan baki butter hasil masak daging tu kan.. then ada sekali tu aku try grill sikit tomato tu supaya lebih flavourish.
tapi.. aku saspek, butter tu dah memadai tengah suam2 atas tomato tu kan, tambah lagi roti yang ada butter tu, bila aku makan (tanpa daging), peh! perginya memang takleh nak patah balek weh!!!
hahahaha.
![]() |
topik hangat aku sedang share. roti dengan butter, tomato disirami cairan butter hasil masak daging burger. |
aku tak tau camne magik boleh jadi sedap cenggitu.
roti dah bakar dengan butter, atas tu tomato, campur dengan cairan butter hasil masak daging burger tadi tu. sedap tak ingat ah. alhamdulillah.. daging tu plak aku rasa biasa jelah sebab seminggu aku duk melayan daging versi meatball segala. cuma aku nak highlight bab roti and tomato tu and the butter tu jelah.. fuh kenapalah kedai tepi jalan boleh buang tomato and letak kobis instead of kekalkan je tomato sebab tu memang natural flavour. aku siap potong sikit tomato grill skali dengan daging burger tu sebab nak bagi daging burger tu ada rasa natural.
memang betul.
tak payah pun pakai seasoning segala bagai.
aku rasa aku dah boleh bukak kedai burger dah pasni. hahahahaha. satu burger rm5 okay kot sebab unsalted butter punya psal. daging pulak minced beef bukan patty ready made. sos mayo hanya by request atau pun aku asingkan jek senang. takde option sayur just tomato. senang sket nak amek order. kahkah.
(berangan tak salah).
okay tu jelah.
dah boleh try kat rumah buat2 me time kaum mak memalam. cuma aku lupa nak beli pepsi masa tu. layan jelah ribena. kalau ade pepsi masa tu, fuh laweh. happening habis lah!
alhamdulillah..
Faiq layan daging burger and meatball yang aku buat untuk minggu tu which is bagus sebab nak galakkan dia untuk amek protein. tapi..syarat kena masak dengan butter. kalau takde butter, mm dah kunyah tu dia keluarkan je balik maybe sebab way too dry. so moisture daging tu bila masak dengan butter, jadi lebih berlemak dan lunak2 gitu. ahaha. sodap.