pesanan tak berapa nak ringkas:

kandungan dan material blog ni hanya untuk pembaca yang minat nak tahu pasal diri saya je..kalau rasa tak puas hati dengan segala kandungan dan material blog saye ni, tak payahlah baca. simple jek kan. nama pun blog..

Thursday, May 30, 2024

jujur

kadang kala dalam hidup ni kita perlu jujur bukan dengan orang lain tapi dengan diri sendiri,
semuanya bermula dengan diri sendiri,
sama juga bila kita maafkan diri kita,
kita tak perlu minta orang lain untuk maafkan kita,
cukup sekadar kita maafkan diri kita.

orang tak tahu apa yang pernah kita lalui,
orang tak tahu kita juga pernah jatuh,
orang tak tahu kita bukan sekali gagal dalam urusan dunia,
orang hanya tahu mengukur kita dengan kejayaan yang kita ada,
orang tak tahu betapa peritnya sebuah kegagalan,
orang tak tahu kita pernah jatuh terduduk,
orang tak tahu kita juga pernah dihina,
orang tak tahu betapa asingnya diri kita bila kita jatuh,
orang tak tahu lukanya kita bila orang lain letak harapan terlalu tinggi pada kita tapi kita gagal tunaikan impian mereka,
di mata orang segalanya mudah,
di mata kita banyak yang kita simpan kita pendam kita ingat,
di mata orang kita nampak selamba seolah tiada perasaan,
di mata orang kita nampak kerdil,
di mata orang kejayaan kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga,
di mata orang kejayaan bukan untuk dirai tapi untuk diraih,
di mata kita banyak perkara perlu diambil kira,
di mata orang kita nampak pentingkan diri,
cuba tanya diri kita,
pernahkah kita hargai kejayaan kita sendiri,
di mata orang jasa untuk dikenang,
di mata orang jasa untuk dibalas,
di mata orang kebaikan budi pasti dibalas budi,
di mata kita kiri kanan depan belakang,
banyak lagi halangan dan ujian,
sebuah kejayaan bukan terjadi sekelip mata,
ada orang makan hari,
ada orang makan bulan,
ada orang makan tahun,
kita perlu ingat,
walau apa pun yang kita buat,
kita buatlah atas kehendak sendiri,
agar satu hari nanti bila kita memilih untuk berhenti,
kita tahu semuanya untuk diri sendiri,
kita pasti inginkan yang terbaik untuk diri sendiri,
bila kita buat sesuatu untuk orang lain,
kita pasti kecewa,
kecewa sama ada hari esok, hari ini,
hari mendatang,
kerana manusia, selalu lupa,
buatlah sesuatu untuk diri sendiri agar kita tak kecewa di kemudian hari,
ajarkan diri sayang diri sendiri agar kita tahu betapa berharganya kita,
di mata orang mungkin kita hanya secebis habuk,
di mata kita,
kita tahu kita terlalu istimewa untuk kita ditempatkan kerana kita lalui semuanya bukan orang lain,
orang lain itu anugerah yang dipinjamkan untuk kita bangkit,
orang lain itu anugerah yang bersinggah sementara untuk kita bangkit,
orang lain itu anugerah yang hadir untuk kita maju berjalan ke hadapan,
lihatlah kita dari mata sendiri kerana yang melihat itu yang lalui sendiri bukan mata orang lain,
belajar untuk sayangi diri sendiri sebelum sayangi orang lain,
kerana bila tiada orang lain,
kita masih ada untuk diri sendiri,
rindulah diri sendiri saat kita jatuh dan bangkit semula.