[posting pertama saya dalam blog ini dibuat ketika saya berusia 24 tahun, 8 bulan dan 22 hari. jadi setakat bulan November 2024, saya telah genap berusia 36 tahun. nombor telefon mahupun nombor kenderaan saya tiada kaitan dengan kehidupan peribadi saya. harap bertabah.]

Monday, October 20, 2025

lelaki problem

hola!

aku jenjalan kat fb.. rata2 lelaki ni dia punya tahap pemahaman memang low. dia boleh beza kan janda dengan ibu tunggal. 

ni pemahaman aku la ek.

janda = orang yang dah pernah kahwin, then cerai.

janda berhias = orang yang pernah kahwin, tapi masih dara, then cerai.

ibu tunggal = orang yang dah pernah kahwin, then cerai. 

balu = orang yang kahwin, laki meninggal bukan sebab cerai.

kalau orang tu janda anak 1 or anak 2, itu pun dikira sebagai ibu tunggal.

--

mati2 orang lelaki tu kata, janda dengan ibu tunggal tu lain.

masalahnya, kalau janda or ibu tunggal tu nak kahwin, dia tak payah buat kursus kahwin.. just datang pejabat agama untuk interview oleh staff pejabat agama je..

aku nak tanya,

apa motif lelaki, yang dia sakit sangat hati dengan ex wife sampai sanggup buat apa je sedangkan dia pulak dah kahwin ada bini lain? dia cerai dah tu aku.. tapi dia masih nak sakitkan hati aku, nak suruh orang boikot aku supaya jangan amek aku jadi wife kepada sesiapa. tapi buli aku macam nak suruh aku pergi buat aduan kat orang...supaya kesian kat aku..  aku sbg waniters, aku tak faham. lelaki tolong fikir kan sikit..

kalau ada lelaki nak mengikis harta aku pon, pe masalahnya. 

yang penting aku tdo malam berteman..ye tak? 😆

so, aku kalau kahwin lepas ni, aku tak payah ada pun sijil kursus kahwin tu.. aku cuma kena hadir interview kat pejabat agama..isi borang online je macam biasa.. duit boleh je aku cari, lepak jelah.. kan... apa masalah nak halang aku kahwin..

dalam family aku tinggal aku sorang je masih menjanda.. huhu cedih.. orang lain tdo malam berlaki, aku je sensorang..

tiada pelukan..batin aku agak terseksa.. la pulak... penat kena buli dengan lelaki yang jenis tak suka tengok aku happy menjanda.. lepas tu dah buli aku, kau halang aku kahwin dengan halang orang untuk dekat dengan aku. sihir apa kau pakai ni? 🤔

apa motif kau sebenarnya? aku dah tak leh fikir apsal wujud lelaki spesis gini. kau cemburu, lepas tu kau kata tak mana da cemburu. lepas tu kau kahwin ada bini baru. lepas tu kau burukkan nama aku sampai orang takut nak dekat dengan aku. tolong..lelaki fikirkan.. aku tak tahu pe masalah lelaki jenis problem gini.

mas kahwin aku ikut Johor lepas ni ikut rate janda.

hantaran..nanti aku fikir. aku nak simpan rekod aku kahwin kat Johor je lepas ni. sekufu tu wajib.. 

- rupa okay2 ikut usia lewat 30an;

- kekayaan ikut gaji level UiTM Ijazah Sarjana Muda at least dah 2 tahun kerja tetap dan taknak tukar company;

- gaya hidup cukup rukun Islam dan Iman..

- duda pun aku okay je.. cuma duda yang takde anak lagi bagus! duda terbuang kiralah.. 

- tiada rekod jenayah Mahkamah biasa mahupun Mahkamah Syariah;

- bukan orang yang bankrupt!

- tak kisah kalau aku nak bekerja kat firma guaman

- kalau berlaku penceraian, harta aku, aku punya, harta kau, kau punya.. takde istilah sepencarian.

- kalau kau rasa taknak bagi nafkah kewangan atau perlindungan, jangan expect aku jadi orang rumah kena masak untuk kau, kena cuci baju kau, kena cuci jamban kau, kena lipat baju kau. kau ikhlas, aku seribu kali ikhlas, kau berkira, seribu kali aku berkira. 

- kalau nak ada anak dengan aku boleh, tapi lepas tu aku nak cerai.

redflag yang aku boleh terima: 

- dalam kalangan adik beradik, dia anak sulung / anak hujung2 tapi masih baya2 aku dalam lingkungan lewat 30an..

redflag yang aku dah serik (maaf cakap):

- dalam kalangan adik beradik, dia yang kedua 😭 (tak kira lah dia anak lelaki pertama tapi dalam turutan adik beradik dia tetap kedua, atau pon dia yang memang kedua.)

aku punya redflag pulak:

- aku tak suka nak pujuk orang. bukan ego tapi aku meluat dengan orang minta dipujuk.