[posting pertama saya dalam blog ini dibuat ketika saya berusia 24 tahun, 8 bulan dan 22 hari. jadi setakat bulan November 2024, saya telah genap berusia 36 tahun. nombor telefon mahupun nombor kenderaan saya tiada kaitan dengan kehidupan peribadi saya. harap bertabah.]

Monday, October 13, 2025

str

hello!

okay so hari ni aku nak cte sket pasal camne aku bleh terjebak dengan kegiatan str ni.. sumbangan tunai rahmah..

disebabkan aku bla bla bla


screenshot dated tahun 2025

 

okay ni je nak bagitahu update life aku..
dengar cte website dah baru, kena isi borang baru?

aku apply under ibu tunggal, isi rumah below rm2,500.00 sebab aku stay sendiri dengan anak aku yang lelaki ni berdua je skang. so aku dapat under bilangan anak 1-2 orang.

thanks MyKasihFoundation.

belanjer sket pic terkini..
anak aku tu dah boleh berjalan tapi bila keluar pergi
mall aku memang letak dia dalam stroller sebab
taknak dia jadi kelkatu ke sana ke sini sebab aku sorang je
kan..berdua dengan anak aku..
eh ada orang nak tahu umur aku skang berapa?
akhir bulan November tahun ni..
inshaAllah aku genap 37 tahun..
muda sangat ke nak pegang trophy ibu tunggal?
susah nak jawab sebab aku rasa aku dah jawab soalan
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
jadi soalan senang aku dah takleh nak jawab lagi.
hahahahahahaha
sebab..apa yang jadi dekat life orang lain,
bila jadi kat life sendiri,
tak sama macam kita bawa kes atau masalah orang lain.
walaupun aku ada basic sikit pasal Encik Undang-Undang ni,
aku rasa tak begitu sesuai kalau orang selalu kata
wah senanglah hidup kalau ada pape jadi..
bagi aku sendiri, tak..
kalau boleh aku nak minta kengkawan seuniversiti aku dulu
tolong uruskan life aku..sebenarnya.
ibaratnya macam ni.. kenapa orang keje kat oilrig tak pergi gali minyak kat tengah laut sendiri
dan bawa balik untuk isi minyak
kenderaan dorang?
sedangkan orang keje tu dah tahu
camne dan kat mana nak gali minyak. 
orang tetap datang petrol pump untuk isi minyak.
why?
*macam tak on point sangat tapi camtu la aku nak explain.
hahahahahahahahaha
secara peribadi, apa aku
rasa adalah selesaikan masalah orang lain lagi senang
daripada selesaikan masalah sendiri..
so kalau orang tanya,
"kau cerai, kau settle semua sendiri?
parents kau tak ikut pergi court?"
aku akan jawab: ye. aku yang wakilkan diri aku sendiri.
this is my own decision so,
aku tak suka heret family aku pergi tempat
aku study.
courtroom ni ibarat tempat aku study.
kalau dah aku nak heret satu kampung 
pergi masuk dalam courtroom,
better aku ajak masuk hospital jelah.
so freaking weird nak ajak parents masuk dalam
courtroom untuk kes cerai (bukan apa,
masa atas katil pon yang terlibat just aku dengan husband je kan.. so kalau nak cerai tu, aku rasa tak perlu
kot nak heret satu kampung masuk dalam courtroom).
ni just aku punya point of view jelah..
so kalau aku sendiri wakilkan diri aku sendiri,
jangan ada yang tanya lah kalau aku nak 
kutip manusia yang aku dah pulangkan kat parents dorang
ke tempat asal tu ye.
ibaratnya macam..hamster dah mati,
lepas tu kau pergi busy korek balik padahal dah bertahun
duk tanam hamster yang dah mati tu.
jadi bila procedure semua diri sendiri uruskan,
bukan orang lain pon,
janganlah tanya aku bila aku nak kahwin ke apa lagi..
kalau kau orang suruh masuk hall exam amek SPM skang,
kau nak ke?
taknak kan?
sebab? sebab kau tahu kau memang bodoh abadi.
kau amek Sijil Pelajaran Malaysia waktu skang pon dah tak function.
macam tu la aku rasa skang ni..
sempena International day for Failure hari ni.
HAHAHAHAHAHAA


lepas tu aku terjebak dengan apps AI Gemini sebab terpengaruh dengan group prompters  kat facebook, memang lawak lah untuk buang masa kat rumah sendirian..

aku share sikit..

penat aku prompt nak suruh buat 
asian tan skin tapi tetap gak dapat kulit punya glowing
hahahahhaa


apps ai gemini je ni..
nak kasi golap sket kulit aku tapi ai gemini tak benarkan
hahahahahahha
maka glowing2 la aku dalam apps ai gemini


banyak lagi pic aku dengan Faiq aku buat pakai apps ai gemini. best hahahaha

last year aku seronok kurus,

this year aku kembali sihat. wakakaka

*Faiq masa umur dia kurang 6 bulan masa tahun 2023, comey betul. skang dah tak comey sangat hahahahaha sebab gigi punyalah penuh!! so aku kalau rindu dia masa kecik, aku duk belek pic dia yang lama-lama.. rindu zaman dia comey.. 

**ade orang kecam aku sebab apsal aku kadang pakai tudung kadang tak.. aku malas nak layan sangat sebab kalau tu kelemahan aku sebagai seorang manusia, apa aku boleh buat kan..so kalau itu aku punya terpaling red flag ke, ape kejadah yang orang skang nak sebut, lantak korang ler.. ada tu siap beriya taknak kawan kalau aku tak pakai tudung. macam aku nak kawan sangat dengan kau. 

nota: adakah aku sedang mencari jodoh? tidak.