Aku tengah bosan and actually dah on the way nak tidur. Hari ni anak aku Faiq tu ragam dia lain macam sikit. Sebelum pukul 8 malam selalu dia dah merengek nak tidur sebab siang tu dia dah cukup letih berjalan ke sana ke ke sini. Maklumlah baru dapat kaki, kalau orang dulu-dulu cakap. Aku yang letih tengok dia sebab dah jadi budak tak tahu nak duduk diam-diam. Memang setiap hari kena bebel dengan aku sebabnya dia belum pandai lagi tahu erti penat dan letih. Aku yang kena pantau dia punya tidur lagi-lagi waktu siang sebab dia tak pandai lagi nak cari katil ke bantal ke, rehat sendiri. Cuma bila dia dah start follow aku hampir setiap saat, semua benda tak kena dengan dia, aku ke sana dia dah start peluk kaki aku, and so on, itu maknanya memang masa tidur dah sampailah.
Jadi, berbalik kepada aku dengan dia ni nak tidur, aku yang stress tadi sebab aku baru je nak 'me-time' sorang diri depan tv layan nasi ayam aku yang tak berapa nak jadi, sambil layan teh o panas, musnah. Faiq terjaga siap pakej merengek macam dia lupa dia dah lama lahir dah setahun lebih dah pun. Sampaikan aku terpaksa inform yang dia tu bukan bayi lagi setiap hari nak menangis.
Asal petang, lepas mandi, dah kepenatan, dia menangis. Aku lagi nak sediakan makan, nak pergi ambil air pun dia dah meraung. Aduhai.
Jadi aku tergerak hati nak google budak dua pusar and bagi nama samaran. Ada kata elok sebab lagi mesra la kononnya.
Puas aku google nama samaran sebab tak tahu nak letak apa, aku pun berminat pulak tab under baby names bird theme. Entahlah, sebab Faiq and Layla masa baru lahir, aku memang tengok dah serupa anak burung sebab kecil dan kurusnya masa dorang ni umur 0 hari. So aku pun baca kat Faiq, okay Faiq nak nama apa untuk samaran.
Aku baca Phoenix, dia iyakan banyak kali pulak.
Aku macam.. okaylah, kalau dah sorang Phoenix, aku Phoebe. Tapi baru aku teringat, tema burung. So, aku Tori. Layla pulak apa? Harpie. Faiq terus diam layan mata dia yang memang cari mood nak tidur selepas dah terjaga waktu aku tengah busy siapkan dinner aku. Dia dah memang awal dah dinner.
So aku trylah esok kan, tengok perangai tu okay tak bila aku panggil Phoenix. Haha. Mungkin berat sangat kot nama Faiq tu.
Okay tu jelah cerita aku hari ni. Bye.
Happy 7th Birthday buat Layla Zulaykha aka Harpie.
Haha. Ikhlas daripada Tori dan Phoenix.